Bayi Kritikal, Ada Pendarahan Di Paru-Paru. Abby & Suami Mohon Doakan Baby D

Share

Selepas lima hari berada dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal, bayi lelaki Abby Abadi yang dilahirkan tak cukup bulan seberat 540 gram kini dilaporkan dalam keadaan yang tidak berapa stabil.

Menerusi update terbaru di instagram suami Abby, Faizal Zakaria, mereka sekeluarga mengharapkan doa orang ramai untuk bagi kekuatan pada baby D agar dapat terus bertahan.

Berita ini agak menjentik hatinya dan Abby selepas doktor memanggil mereka berdua dan  memberitahu keadaan terkini baby D.

Pelbagai cara dilakukan oleh Abby serta suami untuk menguatkan fizikal bayi mereka yang dipanggil Baby D dengan dibantu oleh Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza.

Baby D alami pendarahan di paru-paru

Namun begitu, Faizal menjelaskan doktor memberitahu bahawa bayi mereka mengalami pendarahan paru-paru.

Dari hari ke hari , rasa macam tak kuat untuk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D. Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dapat mendoakan kesihatan Baby ye sayang.

Doktor dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah. Abah dan mama ingatkan itu perkara biasa…rupanya… ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama 😭

Bahaya ke, Abah tanya Doc. Doc kata ye.. Luluh jantung Abah mendengarnya

Abah tahu baby D boleh terus bertahan 

Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu, hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang.

Percaya doa orang ramai mampu beri sinar baru

Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yg Baby kritikal, tp Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sbb Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana.

Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar 😭

Harap ada keajaiban

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bayi pasangan ini kuat bertahan. Mereka berharap agar ada keajaiban yang boleh menyelamatkan Baby D supaya dapat menunjukkan perkembangan positif.

Sumber: Ig Faizal Zakaria

IKLAN