
Bayi menangis sering disalah tafsir sebagai tanda bayi terlalu manja atau sengaja mahukan perhatian sepanjang masa. Hakikatnya, tanggapan tersebut kurang tepat. Menurut perkongsian Dr. Redza Zainol, menangis adalah sebahagian daripada proses perkembangan normal bayi, khususnya dalam beberapa bulan pertama kehidupan mereka.
Bagi bayi berusia bawah tiga bulan yang sihat dan normal, mereka boleh menangis sehingga tiga jam sehari. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tangisan merupakan satu-satunya cara bayi berkomunikasi untuk menyampaikan keperluan, ketidakselesaan dan emosi mereka kepada ibu bapa atau penjaga.
Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan bayi menangis. Antaranya ialah:
Oleh kerana mereka belum mampu bercakap atau menunjukkan kehendak dengan jelas, tangisan menjadi bahasa utama untuk menyampaikan apa yang mereka rasa. Setiap tangisan mempunyai maksud tertentu dan ibu bapa biasanya akan lebih mudah memahami coraknya apabila semakin mengenali anak mereka.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Johns Hopkins University di Baltimore, ibu bapa yang memberi respons terhadap tangisan bayi membantu membentuk perkembangan emosi yang lebih sihat.
Apabila ibu bapa sentiasa memberi perhatian kepada bayi yang menangis, ia membantu mereka:
Hubungan yang terbina melalui perhatian dan sentuhan kasih sayang ini menjadi asas penting kepada perkembangan emosi anak pada masa hadapan.
Sebaliknya, jika tangisan sering diabaikan tanpa sebab yang munasabah, bayi mungkin mengalami kesukaran untuk membina rasa keterikatan yang kuat dengan ibu bapa atau penjaga utama mereka.
Kajian turut menunjukkan bahawa bayi yang sentiasa berasa selamat dan menerima respons positif sepanjang tahun pertama kehidupannya cenderung membesar sebagai individu yang lebih seimbang dari segi emosi.
Mereka berpotensi menjadi:
Perkembangan ini tidak berlaku dalam sehari, tetapi dibentuk melalui pengalaman harian yang konsisten bersama ibu bapa. Justeru, memberi perhatian apabila bayi menangis
bukan bermaksud memanjakan anak, sebaliknya memenuhi keperluan emosi yang penting pada usia awal kehidupan.Ada masanya bayi menangis walaupun sudah menyusu, lampin telah ditukar dan keadaan kesihatannya kelihatan baik. Dalam situasi seperti ini, ibu bapa boleh mencuba beberapa langkah mudah untuk membantu menenangkan mereka.
Letakkan bayi di atas rocking chair atau dukung sambil menghayun perlahan. Pergerakan lembut sering membantu bayi berasa lebih tenang dan selesa.
Sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu bapa mampu memberikan rasa selamat dan mengurangkan keresahan bayi.
Suara ibu atau ayah yang lembut boleh membantu menenangkan emosi bayi. Bacaan ayat suci Al-Quran juga sering memberikan suasana yang lebih menenangkan.
Cuba bawa bayi berjalan di halaman rumah menggunakan stroller atau mendukungnya sambil menikmati udara segar. Perubahan suasana kadangkala membantu mengalih perhatian mereka.
Ada sesetengah bayi menjadi lebih tenang apabila mendengar bunyi enjin dan merasai pergerakan kenderaan yang stabil.
Kadangkala bayi menangis kerana tidak selesa akibat angin yang terperangkap di dalam perut. Pastikan bayi disendawakan selepas menyusu bagi mengurangkan ketidakselesaan tersebut.
Bayi menangis bukan tanda mereka terlalu manja. Sebaliknya, tangisan merupakan cara semula jadi untuk menyampaikan keperluan, ketidakselesaan dan emosi yang sedang dialami.
Memberi perhatian kepada tangisan bayi tidak akan menjadikan mereka bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Malah, ia membantu membina rasa selamat, kepercayaan dan kestabilan emosi yang diperlukan untuk perkembangan mental yang sihat.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr. Redza Zainol, respons ibu bapa terhadap tangisan pada tahun-tahun awal kehidupan memainkan peranan besar dalam membentuk anak yang lebih yakin, berdikari dan bahagia apabila membesar kelak. Oleh itu, apabila bayi menangis, cuba fahami mesej yang ingin disampaikan kerana setiap tangisan mempunyai sebab dan keperluannya yang tersendiri.
Sumber: Dr Redza Zainol