Kuatnya si kecil ni menangis, sakit ke dia? Buat ibu bapa baru, pasti anda sedikit cemas bila mendengar bayi menangis kuat-kuat sampai ‘melalak’ kan?
Buat yang tak tahu, tangisan bayi mencecah 110-120 db (rujuk web OSHA dan banyak sumber lain). Maka YA, kekuatan bunyi jerit tangis bayi boleh merentas jarak jauh.
BAYI SUKA MENANGIS KUAT-KUAT DAN ADA MASA SAMPAI ‘SELAK’ (HILANG BUNYI SEKETIKA). ADAKAH NORMAL?
⛔ 70db itu seperti bunyi vacuum cleaner rumah
⛔ 80db itu seperti bunyi trafik sesak/kuat
⛔ 90-100db itu seperti bunyi banyak ‘power tool’ seperti gerudi tangan dan pemotong rumput
⛔110 – 120 db itu pula seperti night club, konsert rock dan siren ambulance.
Itulah juga kekuatan bunyi jerit tangis bayi yang buat ramai ibu berkata, ‘bagai kena dera’, ‘macam nak tercabut anak tekak ‘, ‘sampai biru muka ‘ dan ‘sampai hilang suara’..
Ads
Ads
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
Bagi yang bergelar ibu, tahun pertama bayi adalah masa yang sangat sibuk dengan detik-detik penting dalam perkembangannya dari saat pertama kelahiran sehingga mencapai usia setahun dan seterusnya.
Tahukah ibu, si kecil kebiasaannya akan memiliki kemampuan mengikut tahap umur mereka. Tugas ibu adalah harus rajin memberi rangsangan agar si kecil dapat melakukannya dengan baik.
Melalui rangsangan yang berkesan, anak akan mula belajar sesuatu yang baharu dalam fasa perkembangannya.
Berikut 13 kepintaran bayi yang dimiliki di usia 0-6 bulan:
Usia 1 bulan
– Menggerakkan kepala dari satu sisi ke sisi lain.
– Mata akan berkedip bila ada cahaya. Walaupun penglihatannya masih belum jelas, tapi bila lampu tiba-tiba dibuka bayi akan berkedip untuk menyesuaikan matanya dengan situasi dari gelap ke terang.
Usia 2 bulan
– Memberi senyuman pada ibu ayah yang biasa dilihatnya dari jarak sangat dekat.
– Mengulang bunyi “ooh” dan “aah” sebagai perkataan awal dari babbling.
Usia 3 bulan
– Membuka dan menggenggam. Cuba letakkan jari anda di telapak tangannya, pasti dia genggam.
– Memegang dan menggoyang mainan. Jika mainan yang berbunyi lagi memberi tarikan pada bayi.
Usia 4 bulan
– Berguling kerana otot punggungnya dah kuat.
– Dah mula nak kenal warna terutama warna-warna terang; kuning, merah dan hijau terang.
Usia 5 bulan
– Memerhatikan benda-benda kecil kerana koordinasi kedua mata mulai berkembang. Bayi akan mendekatkan benda ke arah matanya selain dapat memfokuskan perhatiannya pada benda yang kecil.
– Mengambil dan mendekati mainan, dengan cara apa sahaja seperti berguling atau pun mengerakkan badan dalam posisi meniarap.
Usia 6 bulan
– Memegang sendiri botol susu kerana otot lengan dan telapak tangan sudah kuat.
– Boleh meniru ekspresi wajah ibu bapa.
– Mula mengeluarkan perkataan “ba..ba..ta..ta”.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak boleh jadi cerdik, mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling. Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran. Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling, proses rangsangan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Pakar Keibubapaan Positif, Parent Connect ini boleh ibu bapa lakukan kepada anak-anak dari lahir sehingga berusia 18 bulan.Ibu bapa, pengasuh, penjaga di taska mempunyai peranan sangat besar.
Fasa awal kehidupan seorang anak dari usia 0-1.5 tahun adalah fasa mewujudkan rasa percaya (trust) kepada dunia di sekeliling anak.
KENAPA RASA PERCAYA PENTING?
Apakah signifikasi RASA PERCAYA pada perkembangan pemikiran seorang anak?
Bayi dan anak kecil tidak boleh menjadi ‘pelajar’ (learner) yang kompeten dan tidak boleh menjadi seorang pemikir selagi mereka tidak merasa selamat (secure), disayangi dan dipedulikan (cared for) oleh orang dewasa yang dianggap istimewa oleh bayi dan kanak-kanak tersebut.
Orang dewasa yang istimewa ini perlulah benar-benar faham keperluan anak kecil tersebut dan tahu apakah yang cuba disampaikan melalui ekspresi wajah, gerak tubuh dan bunyi-bunyian yang dibuat oleh bayi atau anak kecil yang belum boleh bertutur dengan baik.
Disebabkan setiap bayi dan kanak-kanak adalah unik, hanya orang dewasa yang istimewa dan rapat dengan anak kecil ini sahaja yang benar-benar mengetahui setiap gerak geri bayi berdasarkan masa yang diluangkan, dan pemerhatian yang dibuat.
CARILAH PENJAGA YANG BOLEH RAPAT DENGAN ANAK
Adakalanya pengasuh lebih mengenali anak kecil berbanding ibubapa sendiri yang sentiasa sibuk. Carilah pengasuh, nurseri atau TASKA yang mempunyai key person atau individu istimewa ini jika anda ibubapa yang bekerja.
JANGAN SIA-SIAKAN MASA KETIKA ANAK KECIL
Bagi ibubapa di rumah, janganlah sia-siakan masa yang ada bersama anak kecil.
Pada usia awal ini, bukanlah bahan mainan yang menjadikan anak bijak, bukanlah program tv kanak-kanak yang ‘educational’ menjadikan anak bijak, bukanlah app yang menjadikan anak bijak, bukanlah vitamin minda yang menjadikan anak bijak, bukanlah jenama susu tertentu yang menjadikan anak bijak, bukanlah kad imbasan yang menjadikan anak bijak, bukanlah kelas atau aktiviti kanak-kanak berbayar yang menjadikan anak bijak, dan bukannya pelbagai produk di pasaran yang mengaku boleh menjadikan anak bijak yang menjadikan anak anda bijak.
Ia sebaliknya yang menjadi asas kepada perkembangan pemikiran anak kecil adalah perhubungan yang rapat atau ‘ATTACHMENT’ di antara orang dewasa yang istimewa dan juga anak kecil itu.
TIDAK MENJADI USAHA SELAGI TIADA SENTUHAN, BELAIAN & GURAUAN
Walaupun anda menghabiskan beribu-ribu ringgit sekalipun untuk membeli produk-produk ‘anak bijak’ di pasaran tetapi jika tidak ada sentuhan, belaian, dan gurauan dengan anak dan anak tidak merasakan bahawa dirinya penting bagi kita, maka perkembangan pemikiran anak tidak dapat berlaku dengan optimum.
PERKEMBANGAN OTAK MELIBATKAN EMOSI
Seperti yang saya tulis sebelum ini, perkembangan bahagian otak yang melibatkan emosi dan perasaan menjadi asas kepada perkembangan pemikiran. Apabila merasa percaya, selesa, selamat dan dipedulikan, anak kecil akan mula rancak meneroka persekitaran mereka yang akan membentuk pengalaman untuk mereka ‘fikirkan’.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil. Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja. Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya sendiri.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa mengajak bayi bercakap dalam bahasa betul adalah cara yang paling tepat untuk membantu perkembangan pertuturannya? Satu kajian yang dilakukan oleh profesor psikologi dari Stanford University menunjukkan bahawa otak bayi boleh bertindak balas dengan bahasa yang kompleks dengan susunan tatabahasa yang baik.
Contoh ayat adalah seperti berikut, “Jom makan oren!”, adalah sebaiknya ibu mengatakan “Ibu potong oren ini untuk makanan selingan kita. Jom makan buah oren ini bersama-sama.”
Secara realitinya, anak kecil meningkatkan pembelajaran bahasanya dan meningkatkan kemampuan kognitif kecerdasannya daripada hubungan sesama manusia secara langsung. Untuk memastikan anak boleh menyerap dan belajar bahasa dengan baik, sebaiknya ibu bapa selalu menggunakan hubungan mata secara langsung dan menggunakan kosa kata sederhana untuk bercakap. Sebenarnya bayi sudah terlebih dahulu boleh belajar bahasa sebelum dia boleh bercakap.
Oleh itu, ketika berbual dengan bayi, pastikan anda tidak bercakap bahasa bayi. Bercakaplah dengan jelas kerana bayi sudah belajar berkomunikasi sebaik dia dilahirkan. Bayi belajar mendengar suara daripada orang-orang di sekitarnya dan belajar bahawa suara yang dia dengar itu mempunyai kekuatan untuk memenuhi keperluan mereka dan boleh menarik perhatiannya.
Semakin kerap kita bercakap dengan kosa kata yang jelas dengan bayi, maka semakin kaya kosa kata yang akan dimiliki olehnya nanti. Bila tiba saatnya, anda akan kagum kerana bayi kecil anda boleh bercakap dengan jelas tanpa perlu bercakap pelat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!