Bayi Susah Buang Air Besar & Tak Selesa Di Perut, Buat Senaman 30 Saat Ni!

Share

Di usia 6 bulan pertama, bayi akan mudah mengalami masalah kembung perut dan susah nak membuang air besar. Tempoh ini bayi tak pandai mengadu tetapi akan merengek siang malam untuk beritahu yang dia tak selesa.

Walaupun dah disapu minyak telon, masalah ini tetap boleh berlaku lagi jika tak cari jalan penyelesaiannya. Melalui perkongsian Kaunselor Laktasi, Puan Nad masrom di TikToknya, beliau berkongsi cara senaman untuk keluarkan angin di perut anak. Memang selepas senaman ini, bayi akan mudah kentut dan buang air besar banyak!

Senaman untuk bayi yang tak selesa di perut

Senaman ni sangat mudah dan boleh beri keselesaan pada bayi anda. Walaupun bayi tak terus membuang air besar, sekurangnya boleh melepaskan kentut dan mengurangkan angin dalam perut. Memang mudah dan berkesan!

@nadmasromBayi tak selesa kat perut? Jom ikuti tips ni. Ada yang pernah buat? Jom kongsi ##nadbreastfeedinginfo ##jombelajar ##learnontiktok ##tiktokguru♬ Anxiety – Nabil Iqmal

 Cara-caranya:

1.Tolak lutut bayi ke perut. Pastikan ketika lakukan senaman ini bayi tenang dan tidak menangis.

2. Lakukan secara 2-3 kali dan anda dapat dengar bunyi ‘prutt’ menandakan perut anak dah keluar angin!

Daripada perkongsian Puan Nad tersebut, ramai yang bersetuju teknik ini membantu dan berkesan. Cuma rajin atau tak saja nak buat. Tak semestinya buat hari-hari pun.

Bila nampak anak tak selesa dan tak membuang dalam tempoh beberapa hari, bolehlah buat senaman ni perlahan-lahan. Paling penting kena buat masa anak tak menangis. Biar anak tenang lagi mudah dia bagi kerjasama.

Kredit: Tiktok @nadmasrom

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN