Hari pertama sekolah selalunya jadi momen penuh emosi untuk mak ayah. Ada yang sibuk urus uniform, ada yang tak keruan sebab anak tak nak lepas tangan, dan ada juga yang sediakan bekal istimewa sebagai tanda semangat untuk si kecil.
Itulah yang dilakukan oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Farah Wen, bila dia kongsi bekal istimewa anaknya untuk hari pertama sekolah. Menariknya, bekal tersebut bukan biasa-biasa , siap ada caviar!
Posting Farah itu terus mencuri perhatian netizen. Ramai yang terkejut dengan “kemewahan” lunch box anak-anaknya. Ada yang bergurau dalam ruangan komen:
“Lunch box siap caviar ye, harga satu bekas dah pengsan, kalau tiga…” 😭😭😭
Ada juga yang berseloroh membayangkan suasana di sekolah:
Ads
“Wei kau makan apa untuk rehat?” “Aku makan caviar.”
Inspirasi Untuk Mak Ayah Lain
Tak kisahlah sama ada bekal itu nasi goreng kampung, roti sapu kaya, atau caviar sekali pun, yang penting adalah usaha dan kasih sayang di sebaliknya.
Ads
Pa&Ma percaya setiap bekal adalah tanda cinta seorang ibu bapa walaupun nampak kecil, ia boleh jadi memori besar untuk anak sampai bila-bila.
Kisah Farah Wen ni mungkin nampak “glam” bagi sesetengah orang, tapi mesej utamanya jelas, setiap mak ayah ada cara tersendiri untuk buat anak rasa istimewa. Yang penting, anak-anak tahu mereka disayangi dan disokong sepenuhnya. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Apa pun yang diperkatakan, kami semua sayang Ayden terutama Daddy (Aliff Aziz). Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia,” kata ibu penyanyi Aliff Aziz
Siti Hafiza Basharahil merujuk kepada cucunya selepas berlaku perceraian membabitkan Aliff dan Bella Astillah, semalam.
Hafiza menerusi status di Instagram berkata, kehadiran Ayden dalam hidup Aliff dan Bella ibarat cahaya buat mereka sekeluarga.
Menurutnya, tiada ‘talak’ antara anak dan ayah. Begitu juga hubungan mereka dengan Ayden sebagai datuk dan nenek.
“Melalui semua ujian dan kesengsaraan, perkara yang terbaik Allah berikan kami ialah cucu. Ia sangat berharga buat kami.
“Ayden akan sentiasa menjadi cahaya hidup kami walaupun tidak dapat melihat dia membesar pada masa akan datang.
“Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti,” katanya.
Menerusi status sama, Hafiza meletakkan wajah cucunya yang kini berusia dua tahun itu berserta tanda #tiadatalakantaraayahdananak #allahknowsbest #redhadantawakkal
Terdahulu, Aliff melafazkan cerai talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25.
Permohonan cerai itu difailkan Bella selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.
Selalu orang cakap, kenapa tak beranak ramai masa muda ni. Rugilah umur dah tua, baru nak beranak kecil. Kadang ada yang tak faham kekangan ini dan beri pelbagai tanggapan tanpa mengetahui hal sebaliknya.
Seperti perkongsian saudara Azlan Noor, wanita beranak ramai atau sikit bukan ditentukan oleh mental kuat atau tak.
Saya lelaki, tapi saya faham satu perkara. Beranak ramai atau sikit ni bukan ditentukan oleh mental kuat atau tak.
Semua tu ketetapan Allah kerana ujian ibu mengandung, bersalin dan berpantang ni tak sama setiap orang. Berbeza setiap anak.
Hanya yang lalui sendiri je yang tahu, keperitan yang dirasai dari awal hingga berpantang. Ada kawan cerita. Lepas pengalaman bersalin anak kedua, dia dah serik untuk mengandung dan beranak lagi.
Masa mengandung anak kedua tu, dia kena alahan teruk, muntah-muntah sampai kena tahan wad. Semasa berpantang, baby dia menangis non-stop selama 3 bulan.
Dengan diri sendiri belum terurus, sakit bersalin belum hilang, luka belum kering, tenaga hilang belum berganti, nak kena bersabar dengar tangisan anak. Koyak teruk mental kawan saya tu.
Setiap hari air mata tumpah. Setiap hari nangis seorang diri masa mandi untuk legakan hati.
Berubat? Dah tak tau nak berubat di mana.
Doktor? Dah tak tahu nak gi doktor mana.
Dah tak tahu nak buat apa dah.
Sampai satu tahap, satu hari tu anak nangis non-stop. Dia mesej suami,
“Boleh tak nak simbah je baby ni?”
Mujur Allah masih sayang dia dan anak dia, tak jadi apa-apa perkara buruk. Suami berjaya tenangkan dia dan kembalikan kewarasan.
Di sini kita belajar bahawa suami juga main peranan bantu dalam hal ni. Sebenarnya, mengandung, bersalin, berpantang ni, bukan isteri je yang perlu menanggung.
Yang silapnya, ramai fikir isteri je yang kena hadap semua tu.
Dari mula mengandung sampai berpantang, orang lelaki boleh teruskan hidup seperti biasa. Boleh keluar ngeteh dengan kawan sampai lewat malam. Tinggalkan isteri dengan baby dengan alasan susu cap gantung dah ada tak perlu bancuh. Sumbat terus keluar.
Bukan! Bukan macam tu.
Maaf cakap, dulu pun saya fikir macam tu jugak. Tapi selepas lihat sendiri betapa seksanya Surihati saya melahirkan tiga zuriat kami, saya faham suami selaku orang paling rapat lah yang kena main peranan bantu isteri lalui fasa dari mengandung sampai pulih sepenuhnya semula.
Jika nak isteri beranak ramai, isteri tengah mual dan muntah, tolonglah gosok dan usap belakang dia. Biar lega. Picit kepala dengan minyak, biar hilang pening.
Isteri kena tarik mengkarung malam-malam, tolonglah betulkan kaki dia. Kendurkan semula urat betis tu. Sapu dan gosok minyak biar kurang rasa tegang otot tu.
Isteri dah mula rasa sakit contraction tu, tolonglah berada di sisi, pegang kedua tangan dia, bagi kata-kata semangat. Lap peluh yang menitik di dahi dia.
Isteri dah disorong masuk wad bersalin tu, tolonglah ada di tepi katil bacakan surah, doa dan zikir. Lihat sendiri badan isteri terangkat-angkat, dada turun naik tahan seksanya saat zuriat anda nak lalui bukaan kecil tu. Amati sendiri betapa banyak darah isteri yang telah tumpah. Betapa letih dan lelah nak lalui semua ni.
Isteri dalam pantang, tolonglah beri sepenuh perhatian kepada isteri. Pakaikan dan ikat barut. Masakkan lauk berpantang. Carikan tukang urut. Bakar dan tungkukan. Pakaikan stokin.
Isteri nak menyusu, tolonglah bagi sokongan dan semangat. Buat urutan dibelakang badan. Tolong hilangkan bengkak susu. Bantulah sendawakan dan tidurkan baby.
Banyak? Tak banyak pun. Semua tu benda yang para isteri kena lalui. Semata-mata nak beri zuriat dan keturunan buat suami.
Kalau rasa penat dan tak mampu, Ketahuilah….Isteri juga penat untuk lalui semua ini. Namun sayangnya Allah kepada wanita bergelar isteri, Dia jadikan mereka kuat dan tabah untuk harungi semua ini.
Isteri tak minta pun ditukarkan suami yang kena memgandung ,bersalin dan lalui semua tu. Isteri hanya minta suami yang faham, ambil berat.
Untuk sama-sama berpayah tempuhi saat sukar ini. Untuk sama-sama berperit harungi saat jerih ini.
Untuk sama-sama bina keluarga bahagia yang diimpikan selama ini.
Itu sahaja.
Kredit: Azlan Noor
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Siapa sangka penantian pasangan suami isteri ini sejak 1993 berhasil apabila si isteri akhirnya berjaya melahirkan juga seorang anak perempuan, selepas 14 kali melahirkan anak lelaki berturut-turut sebelum ini.
Kateri Schwandt, 45, menikmati detik indah itu bersama suaminya, Jay Schwandt dengan menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Maggie Jaynie.
“Kami sangat gembira dan begitu teruja untuk menerima ‘kehadiran’ Maggie Jayne dalam keluarga kami.
“Tahun ini mempunyai banyak memori, tapi Maggie adalah anugerah terbesar yang kami bayangkan,” kata Jay, memetik laporan Mail Online menerusi Indiatimes.
Sementara itu anak sulung mereka, Tyler Schwandt, 28, berkata, “Ibu bapa saya akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan yang mereka sendiri tidak pernah sangka.
Selepas Tyler, 13 lagi adik-adiknya juga ialah lelaki iaitu Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker, Francisco dan Finley.
Menurut laporan itu lagi, anak lelaki termuda mereka (sebelum kelahiran Maggie), Finley mempunyai nama penuh yang menarik, iaitu Finley Sheboygan.
‘She’s a boy again’. Ingatkan anak ke-14 perempuan, rupanya lelaki lagi
Kisah menarik di sebalik nama Finley Sheboygan ini pernah menjadi perbualan hangat dan tular pada 2018 lalu.
Memetik Buzz Feed News, Kateri pada waktu itu sedang mengandungkan anak yang terakhir (sebelum Maggie).
Dengan 13 anak yang kesemuanya lelaki sebelum itu, Kateri begitu berharap yang anaknya ke-14 itu ialah anak perempuan.
Namun, ‘rezekinya’ sudah tercatat, anak yang lahir kali ke-14 itu masih lagi seorang lelaki.
Maka Kateri dan suaminya nekad menamakannya sebagai Finley dan nama tengahnya (middle name); Finley Sheboygan.
‘Sheboygan’ itu adalah singkatan daripada ‘she’s boy again’ yang bermaksud, anak perempuan yang diidamkan akhirnya ‘menjadi’ lelaki juga.
Mengimbas kembali, Jay Schwandt bertemu dengan isterinya Kateri Schwandt pada usia muda mereka dan berkahwin pada 1993.
Hasil perkahwinan itu, mereka ‘sempat’ memperoleh tiga anak (kesemuanya lelaki) sebelum bergraduasi di kolej pengajian mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.