Dalam dunia yang serba laju ini, ramai antara kita terjebak dalam perlumbaan tak berpenghujung. Kerjaya, keluarga, sosial media semuanya datang dengan tekanan dan harapan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar definisi โbahagiaโ yang dicipta oleh orang lain, sampai kita lupaโฆ bahagia itu sebenarnya berbeza untuk setiap orang.
Bahagia Tak Perlu Sama
Ada orang rasa bahagia bila melancong jauh. Tapi ada juga yang cukup tenang hanya dengan secawan kopi panas dan bunyi hujan di tingkap. Jangan bandingkan jalan hidup kita dengan orang lain. Kalau kita asyik tengok hidup orang, kita akan lupa menghargai yang kita ada.
Kecil Tapi Bermakna
Bahagia bukan tentang kereta besar atau rumah mewah semata-mata. Kadang-kadang, ia tersembunyi dalam perkara kecil:
Ads
Bila anak peluk kita tanpa sebab.
Bila mak ayah sihat dan masih boleh telefon kita.
Bila kita berjaya tidur lena tanpa gangguan fikiran.
Semua itu juga bahagia, cuma kita jarang sedar.
Belajar Letak Had
Ads
Salah satu kunci bahagia ialah belajar kata โtidakโ. Tak semua jemputan kita perlu hadir. Tak semua komen perlu kita balas. Hidup lebih ringan bila kita tahu jaga sempadan diri sendiri.
Ads
Bahagia Itu Latihan
Jangan tunggu sempurna baru nak bahagia. Belajar raikan proses. Hari ini mungkin tak sebaik semalam, tapi kita masih di sini, masih bernafas, masih mencuba dan itu pun sudah cukup.
Bahagia itu bukan destinasi. Ia cara kita melihat hidup. Bila kita berhenti mengejar versi orang lain, kita mula cipta bahagia versi kita sendiri. ๐
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya cukup istimewa. Lain dari yang lain malah pernah menarik perhatian ramai melalui video transition di Tik Tok dari sejak zaman PKP lagi sehinggalah kini.
Kini, wanita bergelar Autie Purple yang cukup dikenali di Tik Tok ini terus meneruskan video-video perkongsiannya yang kreatif di Tik Tok.
Bermula dari Tik Tok dan kini akhirnya wanita ini menjadi content creator yang lebih dikenali dengan transition style yang cukup menarik perhatian. Malah cukup dikenali dengan warna ungu yang sering dibawa dalam setiap videonya.
โKalau diikutkan Autie ni memang penggemar warna purple. Masa kahwin 24 tahun dulu pun pakai purple. Memang suka.
โNama Auntie ni pula bukan dari diri sendiri tapi netizen sendiri yang beri nama itu menerusi komen-komen dan akhirnya kita terus pakai nama itu. Lebih dekat dengan follower Auntie Purple,โ katanya berkongsi.
Bercerita mengenai warna kesukaannya itu, akui Auntie Purple lagi dia paling gembira bila anak dan suaminya turut sama menyokong warna pilihannya malah tidak ambil kisah pun bila keseluruhan warna itu melatari seluruh rumahnya.
โAlhamdulillah anak-anak dan suami sangat tak kisah asalkan tidak mengganggu ruang privacy masing-masing. Macam anak-anak mereka pun ada citarasa mereka sendiri, jadi autie tak kacau. Bilik anak-anak ada warna merah, biru dan sebagainya.
โKalau raya pula misalnya, autie ada keluarga yang besar jadi kami memang akan undi untuk pakai baju warna apa. Tapi kalau turn auntie memang warna purple lah jawabnya. Kalau dalam keluarga pula, warna purple selalunya jadi pilihan di hari raya kedua atau ketiga,โ kongsinya lagi.
Bonding dengan anak-anak
Bercerita mengenai video di Tik Tok, akui Auntie Purple lagi, sebagai content creator dia menjadikan gelaran itu sebagai aktivitinya untuk bonding bersama anak-anaknya.
โBila auntie buat content itulah masa auntie bersama keluarga. Contoh content auntie buat dekat tepi pantai, kami lima-lima dengan anak-anak pergi pantai dan hasilkan video sama-sama. Semua terlibat dan bila nampak hasilnya menjadi dan fyp, anak-anak pun seronok,โ kongsinya terharu dengan kesungguhan anak-anak,โ katanya.
Siapa menyangka ibu yang cukup kreatif ini pernah berjauhan dengan suami, PJJ selama hampir 20 tahun dan membesarkan anak-anak sendirian.
โAuntie dulu PJJ dengan uncle, hampir 20 tahun dan cabaran menjaga anak-anak waktu kecil dulu memang secara sendirian sebab suami jauh jadi kini anak-anak pun dah remaja. Alhamdulillah anak-anak auntie mendengar kata dan patuh.
โKadang-kadang saya direct saja tanya dengan anak-anak kalau mereka ada masalah tetapi ada masanya saya jadi ibu dan menjadi kawan paling rapat dengan mereka,โ kongsinya.
Gambar tular, lelaki mengaku tidur atas kubur ibunya, โYa Itu Memang Saya.โ Baru-baru ini tular gambar seorang lelaki tidur di atas kubur. Berikutan itu seorang penghantar makanan, Abdul Azim Hasmandi, 28, mengaku itu dirinya.
Sebelum ini tular sekeping gambar di TikTok memaparkan lelaki itu sedang berehat dan baring bersebelahan pusara ibu tercinta. โTidur di kubur arwah mak, ya itu memang saya,โ akui Abdul Azim.
Pemuda itu berkata, dia tidak tahu-menahu tentang hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok melainkan kawan-kawan sekerja memberitahunya.
ย
Menurut anak kedua dari empat adik-beradik itu, pemergian ibunda tersayang, Norlia Mahmood, 62, sekitar Jun lalu masih meninggalkan kesan mendalam sehingga hari ini, membuatkannya sentiasa ingin menziarahi kubur demi melepaskan rindu.
โArwah meninggal dunia kerana kemalangan motosikal pada pagi Jumaat sebab nak elak seorang pejalan kaki ketika pulang membeli barang basah untuk meniaga nasi lemak di Bandar Baru Bangi.
โSebenarnya, ia salah satu cara untuk saya merasa dekat dengan umi selain sedekah Al-Fatihah dan baca Yasin sebab saya memang rapat dengan arwah. Kadang-kadang teringatlah pada dia.
โBanyak perkara tak dapat buat semasa dia hidup, jadi ini inisiatif saya sendiri seperti luang masa di kubur, bersihkan pusara, borak dan teman arwah. Sekurang-kurangnya rasa dekat walaupun berbeza alam,โ katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, sekeping gambar dimuat naik seorang pengguna TikTok, Su Ahmad menampakkan Abdul Azim tidur bersebelahan kubur ibunya hingga mengundang reaksi sayu warga maya.
Hantaran tersebut turut mendapat lebih 292,200 tanda suka, 13,000 perkongsian dan lebih empat juta tontonan setakat ini.
Ditanya mengenai penerimaan dan tanggapan dilemparkan terhadapnya, Abdul Azim berpandangan, adik-beradik yang lain terkejut apabila mengetahui dia sering berehat di kubur ibunya.
Bagaimanapun, jelasnya, dia sudah lama reda dengan ketentuan Ilahi sejak hari pertama arwah terbaring kaku di pinggir jalan sewaktu kemalangan, namun tidak dinafikan rindu yang paling berat adalah apabila kehilangan ibu.
โAdik-beradik dan ahli keluarga saya yang lain pun tak tahu saya selalu baring di kubur. Ada yang terkejut, ada juga yang marah. Tetapi, saya tak hirau kerana cara kita bersedih atau hadapi kehilangan berbeza-beza.
โJadi, macam-macam cara untuk โtapisโ kesedihan itu. Kalau buat perkara lain, saya tak mampu. Nak tak nak kena reda sebab ini cara saya hilangkan kesedihan.
โSaya dah tak dapat bercakap, lihat depan mata atau dengar gelak tawa umi selepas ini,โ ujarnya lagi.
Fenomena El Niรฑo dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal tahun 2027. Susulan amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), ibu bapa disaran mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca panas dan kering yang dijangka berlaku boleh memberi kesan kepada kesihatan anak-anak, terutama bayi dan kanak-kanak yang lebih mudah terdedah kepada masalah dehidrasi serta strok haba.
Menurut MET Malaysia, fenomena El Niรฑo berpotensi menyebabkan cuaca lebih panas daripada biasa sepanjang Monsun Barat Daya, selain mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan. Keadaan ini bukan sahaja meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, malah boleh mencetuskan kebakaran hutan, jerebu dan pelbagai masalah kesihatan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keluarga.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca semasa serta mendapatkan maklumat terkini melalui aplikasi myCuaca dan saluran rasmi MET Malaysia. Beliau turut menasihatkan orang ramai menggunakan air secara berhemah, mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka dan mengutamakan kesihatan diri serta keluarga, khususnya golongan yang lebih berisiko terjejas akibat cuaca panas.
Jadi, apakah sebenarnya fenomena El Niรฑo dan mengapa ia boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak, orang dewasa serta warga emas?
Dalam kenyataan medianya pada 14 Jun 2026, MET Malaysia memaklumkan pihaknya sedang memantau rapi perkembangan El Niรฑo yang dijangka menyebabkan keadaan cuaca lebih panas dan kering daripada kebiasaan.
Fenomena ini dijangka memberi kesan sepanjang Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga September 2026.
Bagi memastikan negara bersedia menghadapi sebarang risiko cuaca ekstrem, MET Malaysia telah memperkukuhkan penyampaian maklumat cuaca dan amaran awal kepada pelbagai agensi kerajaan serta orang ramai.
Sehingga Jun 2026, lebih 70 sesi taklimat, mesyuarat dan program libat urus berkaitan cuaca panas dan kering telah dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Selain itu, MET Malaysia turut menyediakan ramalan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut sehingga tujuh hari ke hadapan, mengeluarkan ramalan jerebu serta bersedia membantu pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan sekiranya diperlukan.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berhubung perkembangan fenomena El Niรฑo yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam tempoh terdekat sehingga awal tahun 2027.
Menurut beliau, fenomena itu dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa sepanjang Monsun Barat Daya, sekali gus berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan serta meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, beliau menasihatkan seluruh rakyat agar sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa.
โGunakan air secara berhemah, elakkan aktiviti pembakaran terbuka serta utamakan kesihatan diri dan keluarga, khususnya golongan yang lebih terdedah kepada cuaca panas,โ katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa persediaan awal dan tindakan yang bertanggungjawab daripada semua pihak amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
El Niรฑo ialah fenomena cuaca semula jadi yang berlaku apabila suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menjadi lebih panas daripada biasa.
Walaupun berlaku jauh dari Malaysia, fenomena ini mampu mempengaruhi corak cuaca di seluruh dunia termasuk Asia Tenggara.
Di Malaysia, El Niรฑo lazimnya menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering, jumlah hujan berkurangan serta meningkatkan risiko kemarau, jerebu dan kebakaran hutan.
ย
Kanak-kanak merupakan antara golongan yang paling mudah terjejas apabila suhu persekitaran meningkat.
Ini kerana badan mereka belum mampu mengawal suhu badan dengan baik seperti orang dewasa. Selain itu, mereka juga mudah kehilangan cecair badan tanpa menyedarinya.
Antara risiko yang boleh berlaku termasuk:
Ibu bapa perlu segera mendapatkan rawatan sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda berikut:
Golongan dewasa terutama mereka yang bekerja di luar bangunan seperti petani, pekerja pembinaan, penghantar makanan dan pengawal keselamatan juga berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan ketika cuaca panas.
Antara kesan yang boleh berlaku ialah:
Warga emas mempunyai keupayaan yang lebih rendah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suhu yang mendadak.
Mereka juga sering mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung yang boleh menjadi lebih serius ketika cuaca panas.
Antara risiko yang boleh berlaku termasuk:
Strok haba merupakan keadaan kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat segera.
Segera dapatkan rawatan di hospital sekiranya seseorang mengalami:
Bagi mengurangkan risiko kesihatan sepanjang tempoh El Niรฑo, orang ramai disaran:
โ Minum air kosong dengan kerap walaupun tidak berasa haus.
โ Kurangkan aktiviti luar antara jam 11 pagi hingga 4 petang.
โ Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah.
โ Gunakan topi atau payung ketika berada di luar rumah.
โ Pastikan bayi dan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan selesa dan tidak terlalu panas.
โ Elakkan aktiviti pembakaran terbuka.
โ Pantau maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan saluran rasmi MET Malaysia.
Fenomena El Niรฑo mungkin tidak dapat dielakkan, namun dengan persediaan awal dan langkah berjaga-jaga yang betul, ibu bapa dapat melindungi kesihatan anak-anak serta memastikan keselamatan seluruh keluarga sepanjang tempoh cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga tahun 2027.