Pelakon berbakat besar yang juga merupakan anak bongsu kepada pasangan Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Al-Yahya iaitu Sharifah Aryana berkongsi berita gembira yang dirinya kini hamil lima bulan.
Sumber foto: Instagram Sharifah Aryana
Lebih mesra disapa sebagai Yana, mengakui teruja dengan fasa baharu dalam hidupnya yang bakal menjadi seorang ibu. Namun begitu, dia tidak menafikan merasa gementar tetapi bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat.
Turut berkongsi bayi dalam kandungannya baik-baik sahaja. Lebih manis, Yana turut memberitahu bahawa dia sedang mengandung bayi lelaki.
Sempat juga memohon maaf, Yana memohon agar orang ramai mendoakan dia dan suami serta segala urusan dipermudahkan. Sama-sama kita doakan kehamilan Yana baik-baik sahaja dan akan selamat melahirkan lebih kurang empat bulan lagi. Tahniah!
Boleh ke merancang jantina anak sama ada nak lelaki atau perempuan? Bukankah itu semua kerja Tuhan.
Bagi yang sudah mempunyai ramai anak lelaki tentu teringin pula anak perempuan dan sebaliknya.
Tak salah untuk kita berusaha dan berikhtiar asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Tak semestinya usaha tersebut adalah seratus peratus tepat kerana selepas berusaha kita wajib bertawakal kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.
Banyak petua dan tips yang dikongsi bagaimana cara untuk merancang jantina anak. Antaranya seperti yang dikongsi oleh Puan Taibah Nurwahidah.
CARA MERANCANG JIKA MAHU BAYI PEREMPUAN ATAU BAYI LELAKI
Alhamdulillah saya & suami dah mencuba & diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak kedua kami.
Maka sepasanglah anak kami setakat ni. Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-sia kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.
Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dulu? Bagaimana jantina anak ditentukan. Sperma membawa kromosom XY & ovum membawa kromosom XX.
Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki & perempuan adalah 50-50. Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik.
Perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.
Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena faham apa sifat kromosom X & Y terlebih dahulu.
X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan, manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju.
Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali. Di sini la saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (Cikgu kimia la katakan).
TIPS BERGUNA
1) PEMAKANAN Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan laut (seafood), manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu.
Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl, maka suami-suami main peranan besar kat sini.
Ok, apa yang saya & suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood.
Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam & siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam & daging.
Selain tu, suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam, tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia.
Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu, susu, cheese & butter. Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya. Elakkan makan masam & isteri elakkan makanan tenusu.
2) TEMPOH BERSAMA
Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kita kan. So ada 2 cara nak tahu waktu subur.
Yang pertama senang je, pergi farmasi beli Ovulation Test, bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.
Ataupun cara ke-2, hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna Application Period Calendar kita boleh tengok corak kitaran haid kita.
Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia, waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke 16 itulah hari subur.
Ok kenapa penting nak tahu waktu subur, tadi kan dah cerita pasal tempoh hayat X & Y. Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur.
Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa.
Yang tinggal hanya X. Maka jadilah XX (girl). Kalau nak baby boy, terbaliklah jadinya, perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan. Maka jadila XY (boy).
Ok itu saja tips yang saya & suami gunakan. Banyak sebenarnya tips lain kalau Google, tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow.
Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa. Minta sungguh-sungguh pada Allah.
Semoga tips ni dapat memberi manfaat pada yang membaca.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil jangan pandang ringan jika ada masalah kencing kotor. Tahukah anda bahawa kencing kotor jika tidak dirawat boleh membahayakan serta menyebabkan kematian kepada ibu hamil?
Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk membesar, ia juga boleh menyebabkan kekuatan otot salur ureter dan pundi kencing bertambah renggang. Keadaa inilah yang menyebabkan ibu hamil lebih berisiko mengalami masalah kencing kotor.
Apabila rahim mula membesar, ia berupaya untuk menyekat lebih banyak air kencing. Ditambah pula dengan kelemahan otot pundi kencing untuk menolak air kencing keluar, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Faktor-faktor lain seperti peningkatan tahap keasidan air kencing dan gula yang terdapat di dalamnya berikutan perubahan hormon yang berlaku menjadikan wanita hamil mudah untuk didiagnosis dengan masalah kencing kotor.
Tanpa rawatan, jangkitan tersebut boleh menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan keradangan pada organ buah pinggang. Apabila sudah sampai ke tahap itu, kuman yang terdapat pada sistem salur kencing wanita hamil mudah untuk bergerak masuk ke dalam aliran darah.
Mungkin ramai bakal ibu yang merungut tatkala doktor meminta mereka memberikan sampel air kencing semasa temu janji rutin. Mana tidaknya, ramai ibu mengandung yang lain beratur untuk memberikan sampel air kencing dan anda sangat yakin bahawa anda tidak ada masalah kencing kotor.
Jika masalah kencing kotor tidak dirawat dengan segera, ia boleh mengundang bahaya dan juga kematian. Jadi, adakah anda enggan menjalani ujian air kencing seperti yang dipinta oleh doktor hanya kerana anda rasa prosedur tersebut menyusahkan?
Ketahuilah bahawa kencing kotor tidak selalunya didiagnosis pada mereka yang mempunyai air kencing yang keruh atau berkeladak. Mereka yang mempunyai masalah UTI kebiasaannya akan mengalami simptom seperti:
*Rasa terbakar sewaktu kencing *Darah di dalam air kencing *Air kencing keruh *Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar *Tidak dapat menahan kencing
Jika seseorang itu mengalami jangkitan pada buah pinggang, antara simptom yang akan dialami adalah:
*Demam *Loya *Muntah *Sejuk menggigil *Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk
Ambil langkah berjaga-jaga
Ujian saringan yang dilakukan oleh doktor merupakan satu keperluan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kencing kotor seperti jangkitan buah pinggang. Jika anda disahkan positif jangkitan, terapi antibiotik akan diberikan secara serta merta bagi merawat keadaan tersebut.
Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang selamat dimakan oleh anda mengikut kepada keperluan semasa. Jika anda hamil, sudah semestinya antibiotik yang diberikan tidak akan menyebabkan komplikasi kepada anda mahupun anak di dalam kandungan.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dijangkiti? Anda boleh mencuba tip berikut:
*Minum air mengikut kadar saranan harian (6-8 gelas) atau seperti yang dipreskripsikan oleh doktor anda.
*Jangan bertangguh untuk membuang air kecil. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan lebih banyak bakteria membiak di dalam pundi kencing.
*Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan dari depan ke belakang.
*Tindakan ini boleh meminimumkan risiko bakteria untuk merebak dari kawasan punggung ke bahagian intim.
*Pakai pakaian dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas.
*Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap.
*Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau berkafein.
Kencing kotor lazim dialami wanita
Apabila kita berbicara tentang kencing kotor, pasti anda akan terbayangkan air kencing keruh umpama air teh dan berkeladak. Hakikatnya, bukan semua individu yang mengalami masalah kencing kotor dapat didiagnosis daripada rupa air kencing mereka.
Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh golongan wanita. Pada kebanyakan kes, jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, namun ada juga yang disebabkan oleh kulat atau virus meskipun ia jarang berlaku.
Saluran kencing melibatkan organ buah pinggang, salur ureter (menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan salur urethra (saluran yang membawa keluar air kencing).
Kebanyakan UTI yang berlaku hanya melibatkan salur urethra dan pundi kencing. Jika jangkitan tersebut berlaku pada organ buah pinggang atau salur ureter, kebiasaannya individu tersebut akan mengalami simptom yang lebih teruk.
Terdapat beberapa sebab mengapa kencing kotor lazim berlaku pada wanita berbanding dengan lelaki:
*Salur urethra wanita lebih pendek berbanding dengan lelaki.
*Kedudukan salur urethra wanita yang berdekatan dengan vagina dan anu, memudahkan kuman merebak.
*Penggunaan pelbagai jenis produk kontraseptif seperti spermisida (pembunuh sperma) menyebabkan populasi bakteria baik pada faraj berubah.
*Wanita menopaus mengalami perubahan hormon.
Kencing kotor semasa mengandung lazim dialami oleh wanita hamil. Pemeriksaan awal oleh doktor penting bagi memastikan komplikasi kencing kotor dapat dielakkan.
Jika anda mengalami gejala seperti yang tersenarai di atas, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan daripada doktor.
Menjalani tempoh kehamilan selama sembilan bulan sendirian bukan mudah jika tanpa sokongan dari suami.
Namun bagi pelakon, Uqasha Senrose yang kini sedang hamil dia ditemani ibu dan adik beradiknya yang setia menemaninya sepanjang hamil memandangkan suaminya, Kamal Adli terikat dengan jadual lakonan yang padat.
“Sepanjang tempoh kehamilan ini Kamal terbabit dengan penggambaran di luar daerah dan pada masa sama saya juga terbabit dengan penggambaran drama.
“Sebab terlalu risaukan saya, Kamal minta ibu dan kakak temani saya dan kami berhubung setiap hari,” kongsinya.
Tambah bakal ibu ini dia juga berdebar-debar untuk melahirkan cahaya mata sulungnya nanti malah cukup bersyukur kerana tidak mempunyai sebarang alahan sepanjang hamil.
“Saya bersyukur kerana tiada sebarang alahan sepanjang tempoh hamil ini tetapi saya cukup gementar untuk bersalin nanti kerana tiada pengalaman sebelum ini.
“Kalau boleh saya juga nak bersalin normal nanti,” kongsinya lagi.
Bercerita soal jantina bayi sulungnya, Uqasha dan Kamal masih belum mahu berkongsi jantina anak mereka sebaliknya hanya mahu berkongsi dalam masa majlis doa selamat selepas bersalin nanti.
“Saya dan Kamal sepakat tidak mahu mengetahui jantina bayi kami sampailah melahirkan kelak.
“Kami juga akan umumkan dalam satu majlis khas dan doa selamat nanti,” katanya lagi.
Semoga dipermudahkan urusan Uqasha sehingga detik melahirkan bayinya kelak.
Terdahulu, Uqasha dan Kamal mendirikan rumahtangga pada 5 November 2021. Uqasha pernah dua kali keguguran ketika awal perkahwinannya serta penghujung 2022.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.