Teruja rasa hati bila mengandung, bukan sahaja ternanti-nanti kelahiran si manja tetapi tak sabar nak shopping barang bayi. Ketika kandungan sudah mencecah enam bulan, biasanya bakal mama papa mula mencari barangan sebagai persediaan sebelum melahirkan anak. Bukan sekadar mencari pakaian bayi tetapi biasanya mama papa akan mencari barangan kelengkapan yang lain seperti botol susu, produk mandian dan sebagainya.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Penting untuk mama papa membuat perancangan bijak sebelum membeli kesemua barangan bayi supaya tidak membazir. Bukan apa, bila dah terlalu teruja waktu shopping mungkin semua benda mahu dibeli. Paling penting, rancanglah bajet perbelanjaan supaya setiap barangan penting dibeli dan tidaklah mama papa membazir pada benda yang tak perlu.
Ada banyak cara untuk merancang bajet perbelanjaan. Dengan beberapa cara ini, mama papa lebih fokus pada barangan yang mahu dibeli dan boleh membuat bajet supaya tidak membazir. Antaranya adalah seperti:
Buat Senarai Barang
Bagi memastikan setiap barang yang perlu dibeli, buatlah senarai. Dengan membuat senarai, mama papa boleh tahu apa yang betul-betul perlu. Senarai barang akan menjadi rujukan ketika membeli-belah jadi mama papa tidaklah belanja berlebihan. Untuk memudahkan membuat senarai barang, mama papa boleh membuat rujukan atau sharing ibu-ibu di internet tentang barangan yang perlu dibeli.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dengan cara ini, senarai barangan boleh dibuat beserta dengan harganya sekali. Buat kategori barangan yang diperlukan supaya mama papa boleh tahu berapa banyak yang patut dibeli. Tanpa senarai barang, mama papa mungkin akan terlebih beli dan menyebabkan pembaziran.
Bandingkan Harga
Salah satu cara untuk berbelanja dengan bijak adalah dengan membuat perbandingan harga. Sangat penting untuk research terlebih dahulu dan cari produk berkualiti dengan harga yang murah. Sesetengah tempat mengenakan harga yang mahal dari tempat yang lain, sedangkan ia produk yang sama.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Tak boleh culas, buatlah perbandingan harga. Sesetengah orang suka pergi ke beberapa tempat sebelum membeli sesuatu barang. Ini adalah cara terbaik untuk melihat perbezaan harga, tetapi boleh juga dibuat dengan melihat jualan barangan bayi atas talian. Bila rajin buat perbandingan harga, banyak penjimatan yang boleh dibuat!
Pergi Ke Baby Fair!
Bukan saja memudahkan kerana semua produk bayi ada di sana tetapi juga harganya murah. Banyak diskaun akan ditawarkan dan pastiknya mama papa boleh membuat penjimatan. Inilah yang paling menarik! Apabila berkunjung ke Baby Fair, banyak barangan dengan jenama berkualiti yang ditawarkan. Oleh itu, lebih mudah untuk mama papa membuat pilihan tanpa ragu-ragu kerana setiap barang yang dijual sudah pastinya sangat diyakini.
Jom, mama papa pergi ke Lotus’s Malaysia Baby Fair!
Lotus’s Malaysia Baby Fair bermula pada 28 Julai 2022 dan akan berlanjutan sehingga 10 Ogos 2022. Dalam tempoh dua minggu ini, banyak promosi serta diskaun berpatutan yang ditawarkan bukan sahaja untuk pasangan yang sedang menanti kelahiran bayi tetapi mama papa yang mempunyai anak kecil.
Kalau nak tengok sendiri setiap barangan yang dijual, mama papa boleh berkunjung ke semua cawangan Lotus’s. Mama papa mungkin lebih berpuas hati kerana dapat melihat setiap barangan dari dekat. Syoknya!
Untuk mama papa yang mungkin mempunyai kekangan masa untuk ke cawangan Lotus’s, anda boleh membuat pembelian melalui atas talian. Tak ada masalah kerana setiap barangan yang diberi diskaun juga akan ditunjukkan di laman web Lotus’s Malaysia.
Ads
Berikut senarai barangan yang diberikan diskaun hebat di Lotus’s Malaysia Baby Fair. Jom, tengok sama-sama!
Susu Tepung Anmum Essential Langkah 3 /4 1.5kg
RM79.99/unit
Pek Nilai Susu Tepung Dugro 3 / 4 Asli 1.5kg
RM39.99/pek
Susu Tepung Fernleaf 1+ Asli / 3+ Asli / Coklat 900gm / Calciyum Melting Chocolate / Creamy Vanilla 900gm
RM20.99/pek
Pek Mega Lampin Bayi Pakai Buang PETPET Gold+ S80 / M70+4 / L56+4 / XL44+4
RM27.90/pek
Pek Super Jumbo Lampin Seluar Bayi Pakai Buang PETPET Gold+ M60+4 / L50+4 / XL42+4 / XXL32+4
Sakit bersalin masih terasa lagi, diuji pula dengan pemergian bayi secara mengejut. Hati ibu mana yang tak sedih tapi itulah hakikat yang perlu dilalui dan sudah ketentuan ilahi. Walaupun hati mula belajar untuk reda, kenangan bersama bayi masih lagi kuat.
Peristiwa yang langsung tak terjangka sama sekali ini terjadi pada seorang ibu yang dikenali sebagai Thira Mishu yang berkongsi di Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) baru-baru ini yang menyatakan bayi lelakinya ditemui meninggal dunia setelah jatuh di celah katil.
Dalam perkongsian itu, dia memuat naik beberapa foto yang memaparkan pasukan forensik yang melakukan siasatan di bilik tidurnya dan wajah bayi lelaki berusia dua bulan itu.
Menurutnya, dia baru sahaja bangun dari tidur. Ketika itu menyedari anaknya, Mohd Adrayyan Zayn Amsyar tiada bersebelahan. Langsung sama sekali tak terlintas bayi sudah terjatuh di celah katil berkenaan.
Disebabkan pemergian anak secara mengejut, dia mengalami trauma yang agak teruk sehingga menyebabkan dirinya mahu berpindah rumah baharu.
Hi, siapa dekat sini ada pengalaman anak meninggal umur 2 bulan jatuh celah katil bukan tepi katil tapi celah katil kelamin. Trauma bilik tu pun takut nk masuk apa lagi tidur atas katil tu.
Macam mana nak hadap. Sekarang saya sampai nak pindah rumah. Punca trauma terbayang-bayang jumpa baby celah katil tu. Ya Allah. Saya tak kuat. Kadang rasa nak gila bila jumpa arwah dah tak bernyawa. Anak dah 11 hari meninggal. Sampai sekarang takut nak masuk bilik tu sorang-sorang.
Ramai yang tanya celah katil tu macam mana. Saya sertakan gambar dibawah. Sampai sekarang sejak arwah meninggal saya seram takut trauma nak msuk bilik ni sorang-sorang. Asyik terbayang jumpa baby celah tu dengan tak bernyawa. Saya baru je duduk rumah ni sebulan.
Di ruangan komen postingnya itu, ramai yang memberi kata-kata semangat dan faham perasaan seorang ibu kehilangan anak.
Malah si ibu ini juga turut menjawab beberapa pertanyaan yang menyalahkannya kerana cuai. Namun jika ini sudah tertulis, siapa kita nak menafikannya.
Ibu ini memberitahu, bayi ini adalah anaknya yang keenam. Ramai menuding jari menyatakannya cuai tapi semua itu hanya Allah yang tahu.
Jika orang kata saya cuai, anak-anak yang lain alhamdulillah sihat membesar. Sebelum anak keenam lahir, dah ada anak kembar. Kalaulah saya ni cuai, pasti anak-anak yang lain pun tak membesar dengan baik.
Tiada niat apa-apa pun, saya cuma berkongsi perasaan sedih ini untuk minta semangat daripada orang ramai. Harap semua dapat memahami.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berdepan kemelut rumah tangga yang tiada berkesudahan sememangnya memberi kesan yang teramat mendalam buat pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Berkongsi kisah duka yang dilaluinya menerusi satu temubual, Puteri Sarah mengalirkan airmata bila mengenangkan dia pernah mengasari anaknya dikala ujian berat melanda rumah tangganya.
Gara-gara terkena tempias stress ibunya, si kecil Syaikhul Islam yang ketika itu masih belum mengerti apa-apa merasa seperti tidak disayangi ibunya.
Sebak mendengar perkongsian Puteri Sarah mengenangkan detik itu.
“Saya bukan sengaja, Saya tak sedar sebab banyak sangat masalah dalam kepala saya. Saya tersentap saya tak boleh buat macam ni pada anak saya. Itu pertama dan terakhir saya pukul anak saya.
“Bila mak saya dan mertua datang tanya kenapa saya kurus, masa tu saya tak nak cakap apa apa. Saya kata saya diet.
“Bila ada benda sikit yang trigger saya akan jadi outburst. Saya selalu menjerit dekat Syaikhul,” ujarnya sebak mengenangkan detik pahit itu.
Tidak hanya terlalu tertekan bahkan kata Puteri Sarah lagi, dia yang ketika itu sedang menyusukan anak keduanya, Sumayyah juga turut terkena tempiasnya kala dilanda ujian dalam rumah tangga.
“Saya tak pernah cakap semua ni. Paling saya sedih saya hanya boleh susukan Sumayyah, enam bulan saja sebab saya stres susu badan tak boleh keluar.
“Bukan mudah bagi saya, padahal saya nak menyusukan anak saya sampai 2 tahun tapi sebab saya stres susu saya tak boleh keluar,” kongsinya lagi.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia juga ketika itu mudah rasa tersisih dan kurang yakin dalam banyak perkara.
“Demi Allah, saya tiada konfiden dekat diri sendiri. Saya rasa saya tak cantik, sangat buruk sampai saya down sangat. Saya tak jaga diri saya sampai satu tahap, berat saya menurun sehingga 47 kg. Saya sangat kurus kering ibaratkan macam batang mop, macam Skeleton.
“Saya tak happy dengan badan saya tapi saya tak boleh nak buat apa sebab self confidence saya sangat rendah. Saya jadi macam tikus, takut nak face the world,” tulisnya lagi berkongsi.
Memasuki usia 41 tahun, Natasha berkata dia dan suami tidak terlalu terdesak untuk dikurniakan anak meskipun mempunyai keinginan.
Menurut Natasha, mereka hanya berserah kepada Allah jika dikurniakan rezeki suatu hari nanti.
Ujarnya lagi, dia dan suami pernah berbincang untuk memiliki zuriat bersama, namun memilih untuk menstabilkan kewangan dan ekonomi mereka terlebih dahulu.
Selepas setahun mendirikan rumah tangga, sudah tentu kami inginkan cahaya mata. Kami pun pernah berbincang tentang zuriat.
Saya selalu usik suami untuk memiliki anak, namun kami kena stabilkan dahulu keluarga, punca rezeki dan anak-anak saya hasil perkahwinan terdahulu.
Ketika ditemu bual Natasha turut memberitahu dia tidak boleh menunggu terlalu lama disebabkan faktor usia.
Kalau mahu miliki zuriat pun, InsyaAllah untuk tahun seterusnya. Tapi saya pun tidak boleh tunggu lama sebab faktor usia.
Disoal mengenai perasaan suami, Natasha berkata suaminya itu tidak kisah jika perkahwinan mereka tidak dihadirkan dengan cahaya mata memandangkan sudah pun memiliki tiga orang anak tiri.
Suami kata dia tidak kisah. Kalau tidak ada, pun tak mengapa. Tapi kalau ada dia okay. Sebab bila saya cakap nak (anak), sudah tentu dia suka.
Bagi suami, kehadiran tiga orang anak ‘ekspres’ (tiri) sudah cukup menggembirakan hatinya. Dia sangat senang dengan kehadiran anak-anak saya. Tapi saya tahu dia inginkan anak sendiri juga.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.