Belum lagi reda dengan kes wabak koronavirus, kes polio pula mencatatkan peningkatan angka mangsa yang dijangkiti virus tersebut. Kes yang dilaporkan oleh Harian Metro tersebut berlaku di Sabah dan mangsa jangkitan polio baru berusia 3 tahun.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Sandakan dikesan dijangkiti virus polio menjadikan empat kes polio dilaporkan di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak bukan warganegara itu mendapat rawatan di hospital selepas mengalami gejala lemah kaki kiri pada 18 Januari lalu.
Menurutnya, kes disahkan polio oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Australia pada 5 Mac lalu dan siasatan mendapati kanak-kanak terbabit tidak menerima vaksin polio sejak lahir.
Ads
“Ia kes terbaharu disahkan polio di Sabah. Sebelum ini terdapat tiga kes membabitkan bayi tiga bulan dari Tuaran, kanak-kanak tiga dan lapan tahun dari Sandakan serta 11 tahun dari Kinabatangan.
“Hanya bayi yang masih dirawat di hospital dan memerlukan alat bantuan pernafasan, namun dilaporkan stabil. Manakala tiga kes adalah bukan warganegara dan tidak menerima vaksin polio,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ads
Noor Hisham berkata, semasa aktiviti kawalan dan pencegahan polio dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lapangan pada 24 Januari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dari Semporna ditemui mengalami gejala Acute Flaccid Paralysis.
“Kanak-kanak itu demam pada 10 Januari diikuti lemah kaki hingga tidak dapat berjalan seperti biasa pada 17 Januari, namun tidak dibawa mendapatkan rawatan.
Ads
“Hasil penelitian pakar, kes itu diklasifikasi sebagai polio compatible memandangkan gejala dialami mirip kepada polio,” katanya.
Selain itu, katanya, KKM turut menjalankan survelan bagi mengesan virus polio dalam persekitaran dan sebanyak 13 sampel air kumbahan diambil dari beberapa lokasi di Sabah.
Beliau berkata, survelan persekitaran diperluaskan ke semua daerah di Sabah dan Semenanjung Malaysia bagi memastikan virus polio dikesan awal agar langkah kawalan dan pencegahan dapat dijalankan segera.
Tahniah diucapkan buat Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka petang semalam.
Perkhabaran gembira itu disampaikan oleh Nabil sambil meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana proses kelahiran cahaya mata sulungnya itu yang dipermudahkan.
Kata Nabil lagi, Ayda selamat melahirkan anak perempuan mereka di sebuah pusat perubatan tepat jam 7.07 malam semalam.
Dalam pada itu, menerusi Instagramnya semalam Ayda turut memaklumkan bakal melahirkan bayi sulung mereka seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang selepas mengalami kontraksi.
” Assalamualaikum semua. Insyallah baby wuvv akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap.
“Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” kongsi Ayda di Instagramnya.
Beberapa keping gambar pasangan ini ketika berada di hospital dan sebelum memasuki bilik bersalin turut sama dikongsikan dikongsikan melalui Insta Story mereka.
Tahniah buat Ayda dan Nabil. Semoga Ayda dan baby wuvv cepat-cepat sihat untuk pulang berpantang di rumah.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pertama mereka. Tahniah!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi suka mengempeng, tak bagi peluang mama berehat lepas balik kerja seolah-olah tak cukup susu. Oh penatnya rasa!
Menurut Dr.Nurhaya Yacob, Perunding Laktasi dari Dr Nurhaya Lactation Center, ia adalah keadaan yang dinamakan penyusuan secara reverse cycle. Reverse cycle adalah satu fenomena di mana bayi lebih banyak atau sering menyusu pada waktu petang atau malam berbanding waktu “biasa” iaitu siang hari.
Keadaan ini adalah salah satu tindak balas normal bayi apabila ibu tiada kerana sedang bekerja, atau sedang sibuk dengan urusan lain walaupun bayi ada bersama ibu. Namun begitu, hal ini tidak terjadi ke atas semua bayi.
3 FAKTOR PENYUSUAN SECARA REVERSE CYCLE
a)KELIRU SIANG DAN MALAM
Reverse cycle biasa terjadi kepada bayi-bayi yang baru lahir. Ini kerana bayi masih berada dalam keadaan keliru di antara siang dan malam. Hal ini boleh juga terjadi di saat berlakunya aselerasi pertumbuhan atau growth spurt di mana pada fasa yang pendek ini, si comel lebih kerap terlihat menyusu terus di dada ibunya.
b)MENUNGGU IBU
Manakala apabila bayi yang tinggal bersama pengasuh semasa ibunya bekerja, ibu-ibu sering di beritahu bahawa tidak mahu minum atau minum susu ibu terlau sedikit. Mereka hanya meminum susu ibu sekadar untuk menghilangkan rasa dahaga atau mengurangkan sedikit rasa lapar. Malah sanggup menunggu kepulangan ibu untuk mengempeng lebih lama ketika bersama ibu.
c)KETIKA PENYUSUAN MELALUI BOTOL DIPERKENALKAN
Fenomena reverse cycle ini sering berlaku di saat ibu sudah mula bekerja atau si comel baru dikenalkan dengan pemberian susu melalui botol apabila berada bersama pengasuh, atau ketika ibu sibuk di siang hari, sehingga memendekkan tempoh penyusuan pada waktu siang. Maka dengan itu, si comel lebih banyak “melekap” di payudara ibu pada malam hari atau pada saat ibu berehat.
TIP HADAPI REVERSE CYCLEBAYI BARU LAHIR
Sering kali di katakan bahawa bayi yang baru lahir lebih banyak menyusu di malam hari berbanding siang hari kerana kekeliruan yang berlaku di antara siang dan malam. Bagi mengatasi masalah seperti ini, ibu atau bapa di nasihatkan untuk
REVERSE CYCLEBAGI IBU BEKERJA AGAK MELETIHKAN
Reverse cycle pada sesetengah ibu yang bekerja beranggapan ia adalah satu hal yang mudah kerana bayi hanya memerlukan beberapa auns susu sahaja untuk di bekalkan kepada pengasuh mereka.
Namun ada juga segelintir ibu yang berasa sangat risau terhadap masalah ini kerana merasakan bayinya mendapat susu yang sangat sedikit dan bimbang sekiranya reverse cycle akan mengganggu tumbesaran si anak.
Ada segelintir ibu merasakan proses ini sangat melelahkan kerana mereka tidak medapat tidur yang cukup kerana si comel ingin berterusan melekap bersama ibu. Co-sleep atau tidur bersama bayi dan menyusukan si comel dalam posisi berbaring merupakan salah satu cara untuk membantu ibu-ibu agar melalui proses ini dengan lebih mudah. Malah banyak yang mendapati ia sangat seronok kerana merasakan proses ikatan bersama si comel seolah-olah lebih rapat kerana waktu siang yang sibuk bekerja. Carilah posisi yang paling selesa untuk menyusukan si comel supaya penyusuan menjadi satu proses yang sangat mudah.
Sebaliknya ada juga segelintir ibu yang merasakan ia adalah sangat melelahkan kerana tidak mendapat istirahat yang cukup. Yakinlah ibu, pengorbanan ini sangat berbaloi apabila kita melihat ke hadapan dengan semua kelebihan-kelebihan yang diperoleh melalui penyusuan susu ibu.
TIP HADAPI REVERSE CYCLEBAGI IBU BEKERJA
Tidak ada satu cara yang pasti untuk mengatasi masalah ini, namun antara cadangan yang boleh ibu-ibu laksanakan ialah,
a)Susukan bayi sehingga kenyang sebelum berangkat ke tempat kerja. Di tempat kerja ibu boleh meneruskan proses pemerahan seperti biasa.
b)Elakkan pemerahan susu sebelum pulang dari kerja kerana bayi akan ternanti-nanti saat bersama ibu untuk memulakan penyusuan. Dan pasti mereka akan jadi sangat marah kerana menyusu pada payudara yang kosong..
c)Bagi bayi yang sedang mengalami aselerasi pertumbuhan atau growth spurt adalah sukar untuk ibu tentukan berapa lama anak akan berterusan menyusu secara kerap. Namun begitu, bayi akan segera kembali seperti sedia kala apabila aselerasi pertumbuhan itu berakhir.
d) Ibu perlu fahami yang reverse cycle ini hanyalah satu fasa peralihan dan adaptasi di mana ia tidak akan memudaratkan bayi. Apabila fasa ini berakhir, semua akan kembali seperti sedia kala.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda melahirkan anak melalui pembedahan caesaraen selepas dua tahun dan menerima suntikan bius pada tulang belakang dan anda sering mengalami sakit belakang terutamanya di bahagian bawah berhampiran punggung membuatkan anda tertanya-tanya adakah disebabkan oleh suntikan bius.
Anda juga tidak boleh berdiri lama dan mengangkat berat. Sakit akan berlarutan dua hingga tiga hari sehingga perlu berbaring dan berehat untuk melegakannya. Mungkin anda tertanya-tanya adakah sakit belakang yang anda alami ini berpunca daripada suntikan bius tersebut? Penerangan ini mungkin boleh membantu anda.
Masalah sakit belakang yang anda alami berlaku dua tahun selepas pembedahan caesarean kemungkinan besar tidak disebabkan oleh prosedur bius semasa bersalin.
Terdapat dua jenis bius yang melibatkan suntikan di tulang belakang bagi pesakit yang bersalin melalui prosedur ini iaitu spinal anaesthesia dan epidural anaesthesia.
Spinal anaesthesia lebih kerap digunakan dalam kes-kes pembedahan caesarean. Teknik memberi bius melalui spinal anaesthesia menggunakan jarum yang amat halus iaitu pencilpoint spinal needles meninggalkan kesan yang amat minimum kepada pesakit.
Bagi teknik epidural anaesthesia pula, garis pusat jarum lebih besar tetapi sakit belakang itu akan berlaku sejurus selepas pembedahan, bukannya dua tahun kemudian.
Tempat jarum spinal dan jarum epidural disuntik adalah lebih jauh iaitu atas daripada paras punggung! Jika anda mengalami masalah sakit di bahagian bawah berhampiran punggung tetapi kawasan ini tidak pernah digunakan untuk prosedur bius bagi mana-mana pesakit yang melahirkan menerusi pembedahan caesarean.
Masalah sakit belakang atau low back pain yang dialami perlu pemeriksaan dan rawatan pakar ortopedik. Kebanyakannya disebabkan oleh masalah otot. Sesetengahnya akibat prolapsed intervertebral disc di mana kesakitan dari belakang akan menjalar ke kaki (sciatica). Jika masalah ini berlarutan tiga hingga empat minggu, segera dapatkan rawatan.
Ia sering berlaku apabila:
Sekiranya mendapatkan rawatan, imbasan sinar X akan dilakukan. Rawatan fisioterapi adalah langkah pertama sebelum ubat-ubatan diberi. Langkah-langkah lain seperti yoga juga pernah digunakan untuk menguatkan otot dan kawasan tulang belakang. Pembedahan hanya dilakukan adalah untuk kes-kes tertentu. Berbincanglah dengan doktor sebelum memberi kebenaran untuk pembedahan.
3 cara atasi sakit belakang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.