Siapa sangka dari permulaan berjuang kini Ainul Mardhiah dah makin lincah dan aktif. Dari hanya terbaring, melalui fasa untuk pulih selepas pembedahan, kini pencapaian Ainul begitu buatkan walid dan mamanya bangga.
Walaupun perkembangan si comel Ainul ini tak sama seperti kanak-kanak seusianya, tapi semangat yang ada dalam diri benar-benar membuktikan Ainul adalah anak yang sangat kuat.
Saya nak share sedikit tentang kesan/komplikasi selepas major operation Ainul di Great Ormond Street Hospital dahulu. Jika kita perhatikan muka Ainul, kita akan nampak bengkak di sebelah kanan pipinya.
Saya rasa, hanya ini sahaja komplikasi pembedahan di UK dahulu. Muka Ainul di sebelah kanannya tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan saraf-saraf di muka kanannya tidak dapat disambung semula.
Begitu juga ketika Ainul menangis. Kebiasaannya jika kita menangis, mata akan tertutup rapat. Tapi apabila Ainul menangis, hanya mata kirinya sahaja dapat ditutup rapat. Mata kanannya pula akan terbuka. Tapi alhamdulillah, ketika tidurnya, matanya kedua-dua belah dapat ditutup rapat. Ini pun cukup syukur!
Tapi apa pun, kami tetap bersyukur dan ini hanyalah masalah kecil. InshaAllah nanti bila Ainul dah besar, kami akan rujuk Pakar Plastik untuk buat reconstruction (Jika perlu).
Sebenarnya sebulan yang lepas kami memang sudah jumpa Pakar Plastik berkenaan saraf mukanya yang damage ni, Pakar Nasihat Ainul ini masih kecil. Budak kecil ni sel-sel dan saraf-sarafnya akan tumbuh baru setiap hari.
Tapi andai kata bila sudah besar nanti, keadaan muka kanannya masih sama, Pembedahan Plastik boleh dilakukan. Tapi, bukan lah dalam masa yang terdekat. Mungkin tunggu Ainul 12 tahun dan ke atas. Tapi jika perkara ini mengganggu proses percakapannya, pembelajarannya, pemakanannya, mungkin pembedahan akan diawalkan.
Bab muka Ainul ini minor sahaja. InshaAllah boleh dibaiki apabila besar nanti.
Yang lain-lain itu, biarlah masa yang menentukan. Biarpun rawatannya mengambil masa yang lama, itu tidak mengapa. Asalkan puteri kami ini kekal sihat dan ceria seperti kanak-kanak yang lain.
Kredit: Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)