Bengkak susu (breast engorgement) adalah masalah biasa yang dialami oleh ibu selepas bersalin, terutamanya dalam tempoh berpantang.

Ia berlaku apabila susu ibu terkumpul dalam payudara secara berlebihan, menyebabkan payudara menjadi keras, bengkak, dan menyakitkan.

Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom berkongsi tip untuk ibu menyusu yang mempunyai masalah payudara ‘bengkak’ susu. Mungkin ada yang guna pam susu, tapi sebenarnya akan lebih tersumbat bahkan ada risiko terkena mastitis.

Bengkak Susu Lepas Bersalin, Pakar Kongsi Cara Mudah!

“Bila payudara tersumbat, aduh sakitnya. Nak buat apa ni?

“Ramai ibu bila breast dah tersumbat, dah bengkak susu mesti cari pam susu nak pam susu kan? Tapi sebenarnya ramai ibu tak tahu bila ibu guna pam lagi teruk tersumbat. Silap-silap ada risiko boleh kena mastitis atau pun breast abscess.

“Jadi apa nak buat bila dah tersumbat? Perkara utama ibu boleh buat adalah demahan (tuam). Ambil kain bersih dan rendamkan dalam air suam dan demahkan (tuam) pada payudara.

“Jika payudara ibu dalam keadaan baik lagi, tak kemerah-merahan, boleh guna demahan panas tapi kalau ada tanda kemerah-merehan sebaliknya guna demahan dengan rendaman air sejuk. Demahkan (tuam) pada payudara.

“Kedua, buat urutan lembut dari arah belakang payudara ke arah puting dengan lembut, tak perlu tekan-tekan atau guna sikat.

Ads

“Ketiga boleh guna batu. Buatkan demahan sejuk dengan batu ini. Tangan sebelah lagi boleh buat perahan marmet.

“Ibu boleh juga ambil supplement lecithin. Elakkan penggunaan Epsom Salt kalau ibu tak tahu caranya sebab bimbang tambah teruk. Pastikan buat dengan Teknik yang betul.

Bengkak Susu Lepas Bersalin, Pakar Kongsi Cara Mudah!

Cara atasi bengkak susu

Tuam Suam – Sebelum menyusukan, ambil tuala dan rendam dalam air suam dan tuam payudara untuk melonggarkan saluran susu.

Ads

Tuam Sejuk – Kalau ada tanda kemerah-merehan guna tuam dengan rendaman air sejuk dan tuam pada payudara.

Urutan Payudara – Lakukan urutan lembut pada payudara dari arah belakang ke arah puting. Tak perlu tekan atau guna sikat.

Batu sejuk – Sebagai tuam pada payudara

Lecithin -jika perlu

Epsom Salt – Elakkan jika ibu tak tahu cara guna

Ads

Marmet – Boleh lakukan teknik perahan marmet secara perlahan supaya susu keluar

Bengkak Susu Lepas Bersalin, Pakar Kongsi Cara Mudah!

Risiko tak dirawat
Jika bengkak susu tidak ditangani dengan betul, ia boleh membawa kepada:

* Mastitis
Keradangan pada payudara yang boleh menyebabkan demam dan kesakitan yang teruk.

Abscess payudara
Pengumpulan nanah dalam payudara yang mungkin memerlukan pembedahan.

Masalah penyusuan
Kesakitan dan ketidakselesaan boleh menyebabkan ibu enggan menyusukan bayi, mengganggu proses penyusuan.

https://www.youtube.com/watch?v=z5Fy6vLR_PI

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI