Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan supaya kanak-kanak yang belum mendapatkan vaksin agar berbuat demikian menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dengan kadar segera sebelum negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata, langkah itu bagi memastikan kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun mendapat perlindungan daripada jangkitan teruk dan komplikasi Covid-19.

Beliau berkata, terdapat dalam kalangan ibu bapa menganggap semasa fasa peralihan ini, kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan tidak perlu lagi diberi vaksinasi.

Namun, beliau berkata, pada hakikatnya, terdapat peningkatan 160 peratus bilangan kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital pada tahun ini.

“Ibu bapa diminta mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan pautan janji temu atau membawa anak lima hingga bawah 12 tahun secara ‘walk-in’ ke pusat pemberian vaksin (PPV) yang diberitahu sebelum ini.

Beralih Fasa Endemik, Sebelum 1 April, Kanak-Kanak Disyor Ambil Vaksin Covid

IKLAN

“Pilihlah untuk vaksinkan anak kerana manfaatnya lebih besar daripada risiko mendapat kesan sampingan vaksin,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata, ibu bapa yang membawa anak mereka ke PPV Covid-19 pada hari bekerja akan diberikan surat pengesahan kehadiran (time-slip) yang membuktikan mereka membawa anak untuk divaksin.

Justeru, beliau berharap majikan sektor kerajaan dan swasta memberi kerjasama dalam hal itu.

IKLAN

Sebelum ini sebanyak 1,315,497 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.1 peratus populasi itu di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi PICKids.

Kredit: Bernama

Beralih Fasa Endemik, Sebelum 1 April, Kanak-Kanak Disyor Ambil Vaksin Covid

IKLAN

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI