Membuat keputusan untuk kembali hamil dan menambah bilangan anak bergantung kepada persetujuan bersama. Namun bilakah masa yang betul-betul sesuai dan disarankan untuk hamil sekali lagi?
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, memilih untuk mengandung adalah bergantung kepada kesihatan ibu itu sendiri. Namun panduan ini yang disyorkan untuk semua.
“Berapa lama saya kena tunggu untuk mengandung lagi?”
“Kena tunggu anak yang baru lahir ni umur berapa baru boleh mengandung lagi?”
Apa saya tulis ini untuk panduan umum sahaja. Paling baik adalah consult your doctor. Individualized assessment.
Faktor yang perlu dilihat untuk buat keputusan yang baik – umur ibu, berapa ramai anak yang dimahukan, ada apa-apa komplikasi semasa mengandung dan kelahiran anak yang sebelumnya, cara kelahiran?, ibu berjaya lose weight sebelum mengandung dan banyak lagi.
WHO menggariskan panduan: 33 bulan antara kelahiran (bermaksud anak sebelumnya berusia lebih kurang 3 tahun).
Ads
Panduan ni boleh saya anggap bersifat conservative, dan banyak O&G berpendapat 3 tahun ni macam terlalu lama dan usually akan advice patient – okaylah 2 tahun tu just nice and acceptable. Anak dah 2 tahun pun tak tentu lagi akan mengandung dalam masa terdekat kan?
Kalau ada caesar, dan nak cuba bersalin secara VBAC – 2 tahun recommended untuk kurangkan risiko parut pecah ( scar rupture )
Kalau kehamilan dan kelahiran terdahulu tiada masalah, boleh la try untuk mengandung lagi bila si kecik umur 1 tahun (kalau nak)
Kalau tunggu 18 bulan (1 tahun 6 bulan ) umur anak tu – boleh kurangkan risk kelahiran pramatang.
Kenapa tak disarankan mengandung dekat-dekat ?
Ads
* Anemia disebabkan kurang zat besi * Tingkatkan risiko dapat kelahiran pramatang * Tak sempat nak kuruskan badan, dah mengandung lagi * Susu drop Kalau breastfeeding waktu mengandung * Saiz baby boleh mengecil * Paling PENTING, kalau pernah ada history kelahiran pramatang, saya sarankan space out sekurang-kurangnya 18 bulan.
American College of O&G ada sarankan jangan mengandung kalau anak kecil masih lagi umur 6 bulan, dan women dinasihatkan untuk space out sekurang-kurangnya 18 bulan.
Kalau women tu dah berumur, jarak 12 bulan boleh dipertimbangkan.
Ok? So jangan mengandung lagi kalau si kecil masih umur 6 bulan. Preferably jarakkan 12-18 bulan ( depends on individual factors ).
Kalau tak ingat juga, take 2 years as magic number to space out your family.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tali pusat terbelit pada leher bayi tiada kaitan dengan mee segera & shawl ibu, ikuti penjelasan daripada doktor ini!
Bila doktor memaklumkan tali pusat terbelit pada leher bayi dalam kandungan, mama jangan pula panik. Tidak bermakna anda tidak boleh bersalin normal!
Menurut Dr Muhammad Izzat, Pegawai Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, kejadian keadaan tali pusat terbelit pada leher bayi dalam kandungan pada kelahiran bayi semasa kehamilan telah cukup bulan ialah lebih kurang 33-35%. Hampir 3.5 % melibatkan belitan berganda.
TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI ( NUCHAL CORD )
Bunyinya memang menakutkan kepada semua ibu yang sedang hamil, tetapi benarkah keadan ini berbahaya dan boleh menyebabkan apa apa masalah yang boleh membawa kepada kemudaratan kepada bayi?
Kita biasa dengar kebanyakkan ibu melahirkan bayinya secara pembedahan caesar kerana dikhabarkan bayi dalam kandungan terbelit tali pusat.
Persoalannya, perlu ke tak sebenarnya si ibu yang ada bayi terbelit tali pusat ini menjalani pembedahan caesarean ataupun mereka boleh jer bersalin normal?
Saya kongsikan fakta serta bukti perubatan dari jurnal antarabangsa mengenai tali pusat di leher, bukan sahaja memanfaatkan ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata mereka juga mungkin bermanfaat untuk doktor-doktor yang merawat mereka.
Ia biasa bagi bayi dalam kandungan
1.Selagi bayi berada didalam rahim, belitan tali pusat dileher bayiTIDAK BERBAHAYA dan ia adalah satu perkara yang biasa berlaku lebih-lebih lagi jika tali pusat itu panjang.
Ia bukan sebab untuk melahirkan secara pembedahan
2.Tali pusat dileher bayi juga bukanlah satu sebab musabab untuk pembedahan caesarean kerana ramai ibu yang mengalami keadaan ini bersalin secara normal, didapati ada tali pusat dileher bayi semasa bayi dilahirkan.
Doktor atau penyambut kelahiran akan memotong atau melepaskan tali pusat dari leher bayi sebaik sahaja kepala bayi keluar dan seterusnya diikuti oleh bahagian badan bayi.Jika ketat belitan tali pusat dileher bayi, kadang kadang bayi boleh jadi biru jap tetapi akan pulih segera.
Jika tali pusat terlalu ketat atau pendek
3.Terdapat peratusan kecil di mana belitan tali pusat terlalu ketat dileher bayi. Jika belitan tali pusat itu terlalu ketat atau tali pusat menjadi terlalu pendek, semasa proses bersalin, kepala bayi tidak akan dapat turun kebawah
belitan ini menyukarkan pergerakan bayi ke bawah dan bekalan oksigen kepada bayi melalui tali pusat boleh terganggu. Selalunya keadaan ini berlaku ketika si ibu dah sakit untuk bersalin. dalam keadaan ini, doktor akan sarankan ibu untuk melahirkan melalui pembedahan caesarean.
Apa yang perlu ibu lakukan jika diberitahu ada tali pusat terbelit dileher bayi?
1.Bertenang. jangan panik ! Tak perlu berbuat apa apa sehingga bersalin. Bayi anda berkebolehan menanggalkan tali pusat dilehernya sendiri.
2.Boleh bersalin normal ke tidak? Boleh cuba dan lihat. Jika ada apa apa masalah tentang bekalan darah dan oksigen kepada bayi akibat jerutan tali pusat yang ketat, biasanya doktor akan dapat mengesannya melalui graf jantung anak ( CTG) semasa dalam proses bersalin itu.
BUKAN SEMUA ibu yang ada tali pusat dileher bayi ini memerlukan caesarean. Jangan Takut !
3.Tiada kaitan antara makan maggi mee dgn ibu pakai tudung atau selendang belit-belit kat leher dengan tali pusat berlingkar kat leher bayi. JANGAN MENGARUT !
Kehamilan adalah salah satu pengalaman hidup yang cukup bermakna. Namun yang demikian, kehamilan tidak datang tanpa risiko dan komplikasinya. Selain hipertensi ketika hamil, salah satu penyakit yang kerap berlaku dalam kalangan ibu yang berbadan dua adalah kencing manis (diabetes gestasi).
Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bacaan normal kencing manis semasa mengandung dan juga aspek-aspek diabetes gestasi penting yang lain.
Bagaimana diabetes gestasi boleh terjadi?
Di luar konteks kehamilan, masyarakat mungkin selalu mendengar bahawa terdapat dua jenis diabetes iaitu diabetes jenis satu dan diabetes jenis dua. Diabetes jenis satu disebut sebagai diabetes yang bergantung kepada insulin kerana patofisiologinya membabitkan ketidakupayaan organ pankreas untuk menghasilkan hormon insulin. Gangguan ini dipengaruhi oleh keadaan autoimun yang menyerang organ pankreas. Pesakit diabetes jenis satu selalunya adalah golongan kanak-kanak. Diabetes jenis dua pula adalah disebabkan oleh kerintangan insulin dan juga kekurangan relatif dalam penghasilan hormon insulin.
Kebanyakan diabetes adalah daripada jenis ini. Keterjadian penyakit ini disebabkan oleh faktor gaya hidup dan juga kecenderungan genetik. Lazimnya, penghidap diabetes jenis dua adalah golongan dewasa.
Dalam konteks kehamilan, wujud pula satu bentuk diabetes yang lain iaitu diabetes gestasi. Ketika mengandung, tindakan insulin akan sedikit terganggu akibat beberapa hormon (estrogen, kortisol dan human placental lactogen) yang dirembeskan oleh uri. Apabila memasuki trimester kedua dan ketiga, uri akan membesar dan matang sepenuhnya. Ini akan menyebabkan rembesan hormon-hormon penggugat insulin berada pada tahap yang tinggi. Tindak balas pankreas terhadap rintangan ini adalah dengan menghasilkan lebih banyak insulin demi mengawal paras gula dalam darah. Selepas minggu ke-24, seandainya paras gula terus-menerus gagal dikawal, seseorang itu akan didiagnosis dengan diabetes gestasi.
Penyakit diabetes gestasi bukanlah satu penyakit yang boleh dipandang ringan atau diambil mudah. Ini kerana kesannya melibatkan kedua-dua ibu dan juga bayi yang dikandung. Berita baiknya adalah majoriti penghidap diabetes gestasi akan pulih dengan sendirinya selepas melahirkan bayi mereka. Namun yang demikian, terdapat segolongan kecil penghidap yang kurang bernasib baik akan terus-menerus menghidap kencing manis walaupun telah selamat bersalin.
Risiko setiap wanita adalah berbeza
Menurut Laporan Obstetrik Kebangsaan, semenjak tahun 2011 sehinggalah tahun 2015, insiden diabetes gestasi adalah semakin menurun. Pada tahun 2015, buat pertama kalinya, insiden diabetes gestasi mencatatkan nilai bawah 8% iaitu 7.42%. Penting untuk diingati bahawa bukan semua orang mempunyai risiko yang sama untuk menghidapinya. Terdapat sesetengah kumpulan wanita hamil yang lebih cenderung untuk didiagnosis dengan diabetes gestasi berbanding kumpulan wanita hamil yang lain. Antara faktor risiko untuk penyakit ini adalah:
-Wanita yang mempunyai Indeks Jisim Badan melebihi 27 kg/m2
-Pernah didiagnosis dengan diabetes gestasi untuk kehamilan sebelum ini-
-Mempunyai ahli keluarga terdekat (first-degree) yang menghidap diabetes mellitus
-Pernah melahirkan bayi makrosmik (berat melebihi 4kg)
-Sejarah obstetrik lampau yang teruk (i.e., kematian dalam rahim, kecacatan kongenital, bahu bayi tersekat ketika bersalin)
-Paras gula dalam air kencing ≥2+ dalam dua bacaan yang berbeza
-Sedag menghidap masalah obstetrik lain (hipertensi primer, hipertensi ketika mengandung dan polihydramnios)
Selain perkara-perkara di atas, peningkatan usia juga dikaitkan dengan risiko menghidap diabetes gestasi yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, wanita mengandung yang berusia 25 tahun dan ke atas, walaupun tanpa faktor risiko yang lain, akan disaring sekitar minggu ke-24 hingga minggu ke-28.
Komplikasi akibat diabetes gestasi
Seperti yang disebut dalam bab sebelum ini, penyakit diabetes gestasi membawa risiko untuk beberapa komplikasi obstetrik yang tidak diingini.
Secara asasnya, apabila bacaan normal kencing manis semasa mengandung tidak berjaya dicapai, ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Ini akan menyebabkan darah bayi juga akan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Untuk mengatasi masalah ini, pankreas bayi akan bertindak menghasilkan insulin tambahan. Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
Bayi makrosomia akan meningkatkan risiko komplikasi ketika bersalin dan/ atau kemungkinan untuk bersalin melalui pembedahan Caesarean section. Komplikasi ketika bersalin yang boleh berlaku termasuklah:
-Tempoh bersalin menjadi lama
-Bahu bayi tersekat
-Kekoyakan perineum darjah tinggi
-Tumpah darah (pendarahan pasca-bersalin)
-Kecederaan barchial plexus
-Asfiksia perinatal
-Hipoglisemia neonatal
-Tersedut mekonium
Selain daripada komplikasi di atas, terdapat juga risiko jangka masa panjang untuk bayi tersebut. Kajian mendapati bayi makrosomia terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk menghidap obesiti dan diabetes ketika membesar. Oleh itu, mengawal paras gula untuk mendapatkan bacaan normal kencing manis semasa mengandung adalah sangat penting.
Mendapatkan bacaan normal kencing manis semasa mengandung
Dalam merawat diabetes gestasi, pemantauan bacaan paras gula dalam darah adalah penting. Ini kerana, ia dapat membolehkan pesakit dan juga doktor mengenal pasti sama ada paras gula adalah terkawal dan bacaan normal kencing manis semasa mengandung berjaya dicapai.
Kaedah pemantauan utama adalah melalui pemantauan kendiri (SMBG). Kaedah ini digunakan untuk kedua-dua pesakit yang menghidap kencing manis sedia ada dan juga mereka yang menghidap diabetes gestasi. Berdasarkan bacaan yang diperolehi ini, doktor dapat melaraskan kandungan dan jenis ubat yang perlu digunakan untuk memastikan paras gula terus berada dalam tahap yang terkawal.
Sasaran bacaan normal kencing manis semasa mengandung adalah seperti berikut:
Sebelum makan/ ketika puasa semalaman: ≤5.3 mmol/L
1 jam selepas makan: ≤7.8 mmol/L
2 jam selepas makan: ≤6.7 mmol/L
Kawalan paras gula ini dicapai melalui penggunaan ubat antidiabetik. Kadangkala, insulin juga akan digunakan untuk melengkapi kesan ubat antidiabetik. Selain penggunaan ubat, modifikasi diet juga akan dilakukan demi meningkatkan keberkesanan rawatan yang diberikan. Walau bagaimanapun, mendapatkan bacaan normal kencing manis semasa mengandung bukanlah satu-satunya matlamat rawatan. Disebabkan wanita hamil yang mengalami diabetes gestasi terdedah kepada risiko yang tinggi (5 kali ganda) untuk menghidap pre-eklampsia, ubat pencegahan pre-eklampasia (aspirin dos rendah bermula minggu ke-12) turut diberikan.
Tuntasnya, kehamilan adalah salah satu pengalaman hidup yang cukup bermakna. Menyedari hakikat bahawa anda akan melahirkan ‘ahli baru’ kepada keluarga anda pasti membawa kegembiraan yang tidak terkata. Untuk itu, persediaan rapi perlu dibuat agar anda tidak terkejut dengan realiti kehamilan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah mengumumkan diri hamil baru-baru ini, selebriti dan pengacara serba boleh, Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom nampaknya dah mula bertenaga dan kembali aktif. Walaupun mengandung di usia 40-an, Kak Lina bersyukur bayi dalam kandungan membesar dengan sihat.
Terbaru di instagramnya, Elly akui usia kandungannya sudah pun melewati trimester kedua. Apa yang membuatkannya teruja, dapat melihat gelagat comel bayi dalam kandungan ketika membuat detail scan.
Menurut Elly lagi, hari ini (2 Jun) syukur berpeluang untuk membuat pemeriksaan kandungan di klinik bagi melihat perkembangan bayi dalam kandungan secara lebih jelas .
Berkongsi rasa syukur itu, dia berkongsi gambar scan bayi dalam kandungannya dengan menyatakan bahawa semua dalam keadaan sihat.
Bukan itu je, Kak Lina juga turut berseloroh dengan meminta para pengikutnya melihat jari lentik bayinya dalam perut.
“baby cakap, cantikkkk dikkk.. tengok tu ibu jari dia…mama gerammmmm da.. syukur Alhamdulillah baby sihat & mama pun sihat.” tulisnya.
Mohon doa orang ramai
Dalam perkongsian itu juga, Elly turut mengharapkan orang ramai dapat mendoakannya dan bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat sehingga lahir.
Doakan Kepom & baby selamat ya kesayangan..
Usaha, doa yang tak putus, pasti Allah makbulkan
Kak Lina juga turut mendoakan agar mana-mana pasangan yang sedang berusaha mendapat zuriat dapat dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Usaha, doa dan tawakal, pasti Allah makbulkan.
Kak kepom pun Doakan anda yang sedang usaha untuk mendapat zuriat, terus kekal usaha, doa dan tawakal ya. Kesihatan pun kena jaga juga, senaman kena buat, jaga makan dan ambil ubat yang sesuai ya.
InsyaAllah Allah susun cantik buat kita semua.. cuma cepat dan lambat je .. Bersangka baik selalu.
Dalam pada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Elly Mazlein dengan mendoakan agar urusan Kak Lina Pom Pom dipermudahkan sepanjang proses kehamilan sehinggalah sampa masa melahirkan bayi.
Ada juga yang masih belum dikurniakan zuriat turut sama meninggalkan komen dengan berharap supaya warganet yang lain dapat sama-sama mendoakan rezeki buat mereka yang menanti untuk menimang cahaya mata.
Kredit: ellymazlein
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.