Beraya adalah punca jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) melonjak ketika ini dalam kalangan kanak-kanak bawah usia tujuh tahun.

Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Am, Dr Hanafiah Bashirun berkata, perkumpulan kanak-kanak pada musim perayaan Aidilfitri ini menjadikan lebih mudah berlaku penularan virus itu.

Katanya, cara jangkitan itu menular senang terjadi kerana berjangkit melalui titisan air liur dan titisan di udara.

“Faktor menjadikan senario punca jangkitan HFMD lebih melonjak ialah hari raya (Aidilfitri), pembukaan sekolah dan tempat kerja sepenuhnya secara fizikal.

“Ketika hari raya, ramai saudara-mara dan rakan taulan membawa anak beraya dan membiarkan mereka mereka bermain dengan rakan lain.

Beraya Punca HFMD Melonjak Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun

“Berkongsi mainan antara puncanya. Ini kerana tingkah laku kanak-kanak usia bawah tujuh tahun gemar memasukkan barang permainan di dalam mulut.

“Apabila kena air liur, kemudian diletakkan semula di lantai, budak lain pula ambil dan memasukkan dalam mulut lalu berlaku jangkitan jika virus HFMD itu ada,” katanya.

Beliau berkata, biasanya ibu bapa meletakkan banyak mainan di satu tempat supaya menjadi lokasi anak berkumpul untuk bermain.

Katanya, jika tingkah laku memasukkan mainan dalam mulut tidak dilarang dan kumpulan kanak-kanak lain pula datang serta berbuat perkara sama, jangkitan HFMD berlaku terutama sekiranya ada daripada kalangan kumpulan terbabit membawa virus.

“Penularan HFMD berlaku sangat cepat. Di sekolah jika kanak-kanak yang mempunyai jangkitan berpelukan dan bersentuhan, ia boleh menular.

“Selain itu, apabila ibu bapa bekerja biasanya mereka hantar anak ke taska atau pusat asuhan.

“Ada ibu bapa tiada rasa tanggungjawab sosial, sudah tahu anak demam, mempunyai ulser di mulut atau ada melepuh namun masih menghantar anak ke taska atau pusat asuhan,” katanya.

IKLAN

Menurutnya, secara kebetulan penyebaran HFMD berlaku semasa musim perayaan dan rantaian itu dipercayai berterusan dari rumah ke rumah terbuka, pusat asuhan, taska dan sekolah.

Katanya, tindakan pencegahan perlu dibuat ialah sama seperti Covid-19 iaitu kena putuskan rantaian virus itu.

“Paling utama dinasihatkan kepada ibu bapa yang ada anak mempunyai simptom seperti demam, ruam di tapak tangan atau kaki dan kurang selera makan, minta tolong asingkan anak.

“Jangan bawa anak ke tempat yang ada kanak-kanak lain termasuk taska, sekolah, taman permainan mahu pun berhari raya.

“Cari alternatif untuk jaga anak di rumah. Biasanya HFMD pulih dalam lima hingga tujuh hari. Jadi ibu bapa yang bekerja kena bergilir-gilir ambil cuti untuk jaga anak,” katanya.

Selain itu, Dr Hanafiah berkata, lakukan pensanitasi atau nyahkuman dengan sekerap boleh termasuk di barang permainan, sebarang permukaan berpotensi terkena sentuhan dan anak dijangkiti itu terutama penjagaan kebersihan tangan mereka.

Katanya, ini supaya anak atau kanak-kanak lain yang bermain berikutnya tidak dijangkiti virus pada permukaan berkenaan.

IKLAN

Beraya Punca HFMD Melonjak Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun

“Mereka nak main namun bukann mereka tahu ia ada virus. Jadi kita yang kena pastikan kebersihan persekitaran mereka.

“Punca HFMD adalah virus. Sekiranya jangkitan berlaku lebih sekali terhadap seorang kanak-kanak, ia berpunca daripada dua virus berlainan iaitu Coxsackie Virus A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV 71) yang bertindak balas dengan imun kanak-kanak itu.

“Virus ini kerjanya melompat dari rantaian perumah ke perumah yang lain. Jadi apabila duduk rapat dan berkongsi barang yang sama, rantaian itu tidak putus. Sebab itu elakkan perkumpulan beramai-ramai waktu ini,” katanya.

Menurutnya, jika ada juga kanak-kanak yang datang ke rumah beraya, pastikan buat pembersihan sanitasi atau nyahkuman dengan menggunakan langkah pencegahan seperti Covid-19 sebab virus akan mati dengan alkohol.

Katanya, disiplin tinggi menjaga kebersihan boleh memutuskan rantaian itu namun beliau meramalkan penularan HFMD hanya menurun sehingga habis musim perayaan.

“Mungkin kena tunggu hingga Syawal habis. Budaya kita memang suka beraya. Selagi tak berhenti beraya, selagi itu risiko jangkitan itu ada.

Mengenai rawatan, katanya, tiada ubat khusus untuk merawat HFMD namun masalahnya jika anak ada ulser dalam mulut selalunya tidak mahu makan dan minum seterusnya boleh menyebabkan dehidrasi.

IKLAN

Katanya, jika berlaku, selain guna gel untuk rawatan ulser itu, alternatif lain boleh gunakan picagari untuk masukkan air ke dalam badan anak.

“Jangan biar anak dehidrasi sehingga dirawat di wad. Biasanya budak atau bayi tidak mahu sedut atau minum air cara biasa sebab sakit ulser itu.

“Jadi alternatifnya masukkan air ke dalam mulut mereka menggunakan picagari.

“Untuk ruam ada ubat sapu dan biasa juga diberikan ubat demam,” katanya sambil menjelaskan HFMD tiada risiko kematian.

Namun, katanya, HFMD bahaya untuk golongan rentan termasuk pesakit kanser dan kanak-kanak yang mempunyai imun atau sistem pertahanan badan yang rendah kerana dibimbangi berlaku komplikasi.

Kredit: Metro

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Beraya Punca HFMD Melonjak Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI