Keibubapaan

“Bergenang Air Mata, Allah Saja Yang Tahu” Adi Putra Sebak Anak Istimewa Bacakan Doa Di Hari Lahir!

Share

“Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu”. Begitu kata pelakon, Datuk Adi Putra kala melihat kesungguhan anaknya untuk membacakan doa di hari lahirnya.

Hati bapa mana yang tidak tersentuh kala melihat kesungguhan anak kecilnya yang begitu ingin meraikan hari istimewa bapanya walaupun tidak boleh mendengar dan bercakap seperti orang lain.

Menerusi Instagramnya, pelakon hebat ini memuat naik sepotong video pendek sempena hari lahirnya ke-40. Namun kata Adi Putra dia tidak dapat menyembunyikan rasa sebak dan terharunya kala melalui momen bermakna itu.

“Saya sangat sebak bila putri saya, Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya.

“Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu,”luahnya.

Kata Adi Putra lagi, inilah hadiah paling istimewa yang tidak dapat dibeli di mana-mana sambil meluahkan rasa terima kasih pada isteri tersayang di atas sambutan bermakna itu.

“Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli dimana-mana.

“Terima kasih isteriku, az-zahra, nani, yang meraikan ulang tahun ku ke 40 tahun. Perasaan sangat bersyukur yang pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin,” kongsinya lagi.

Perkongsian yang cukup menyentuh hati itu turut mendapat pelbagai reaksi warganet. Ada yang melahirkan rasa sebak melihat video yang dikongsikan olehnya.

Sehingga kini, video yang dikongsikan olehnya itu menerima hampir 307,000 tontonan daripada pengikutnya.

 

Terdahulu, Adi Putra melangsungkan perkahwinan bersama isteri tercintanya pada April 2006 dan dikurniakan cahaya mata pada 18 Oktober 2012.

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @adpadiputra & @adpaidaoutra

IKLAN