Nak elakkan anak minum minuman bergas, kebanyakan daripada ibu bapa akan memilih jus kotak. Alasannya lebih baik dan mempunyai vitamin dari buah tersebut.
Sebenarnya tanggapan itu juga salah kerana jus kotak juga dikategorikan sebagai makanan ringan kerana kandungan gulanya sangat tinggi seperti yang dikongsikan oleh Dr Hafiz Sulaiman.
Tapi tahukah anda, jika anda memilih jus kotak berbanding air soda bergas supaya lebih selamat, ketahuilah bahawa jus kotak ialah JUNKFOOD.
Jika masih ada sisa buah-buahan di dalamnya, ia biasanya mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tambahan.
Sudahlah sangat tinggi kandungan gulanya lebih teruk, disebabkan serat yang kebanyakannya dibuang, anda menyerap hampir kebanyakan kandungan gula didalamnya!
Ads
Bayangkan, 200ml jus kotak mengandungi hampir 20g kandungan gula ataupun 5 sudu gula. Gula yang paling TOKSIK iaitu FRUKTOSA (HFCS).
Gula fruktosa mudah: 1) Menyebabkan ketagihan gula! 2) Membebankan dan merosakkan organ hati. 3) Meningkatkan asid urik penyebab gout. 4) Meningkatkan kolesterol benar-benar jahat. 5) Meningkatkan stres dan kerosakan organ terutama otak dan saraf. 6) Meningkatkan risiko diabetes, masalah hormon seperti PCOS dan masalah rintangan insulin yang lain. 7) Mengurangkan kesan hormon kekenyangan (leptin) dan meningkatkan hormon sangap (ghrelin).
“Seriously” menggemukkan..itu dalam susu pekat teh tarik tu, fruktosa la tu.
Ads
Gula yang digelar “alkohol tanpa mabuk” oleh pakar obesiti terkenal yang juga pakar hormon kanak-kanak Dr Robert Lustig.
Sila periksa label jumlah gula di belakang jus kotak, anda akan dapati rata-ratanya mengandungi jumlah kandungan gula 15-35gram sekotak.
Maka elakkan jus kotak, usah selalu disuakan racun gula ini kepada anak-anak anda sehingga mereka ketagihan.
Selamatkan otak, saraf dan penglihatan mereka daripada bahaya kerosakan “glikasi” kesan pengambilan gula.
Melenting dan marah memang tidak dapat lari bila berhadapan dengan anak-anak yang membuat kesalahan berulang kali. Tapi apakah perkara ini betul untuk dilakukan kepada anak kecil yang masih sedang mempelajari tentang dunia ini menerusi bermain dan mencuba?
Salah sangka dan sangkaan buruk menjadikan ibu ayah seolah-olah hakim untuk menilai dan menghukum. Insiden-insiden kecil yang berlaku di dalam kehidupan sehari-hari mungkin menyebabkan ibu ayah marah, tapi jika sangkaan baik diberikan kepada anak-anak, tentu proses mendidik menjadi lebih mudah.
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini benar-benar membuka mata supaya tidak terlalu bersangka negatif kepada si kecil. Siasat dan tanya dulu sebelum marah!
Sebagai manusia yang normal, kita suka bersangka sangka. Kadang kadang sangkaan kita itu menyebabkan kita selalu melihat perkara negatif dalam diri anak anak.
Kita sangka apa yang kita lihat dan fikir itu selalu benar, walaupun hakikatnya tidak semua sangkaan kita itu benar.
BANYAK KERENAH TAPI PERLU BERSANGKA BAIK
Setiap hari, dalam berhadapan dengan anak anak, terlalu banyak kerenah mereka yang kita harus hadapi. Sampai satu tahap kita susah mahu bersangka baik dengan anak anak.
PERISTIWA 1: BUKA PINTU PETI SEJUK LAMA
Pada suatu hari saya sedang sibuk memasak di dapur. Kemudian melihat anak saya membuka peti ais dan berdiri lama di depan pintu.
Kemudian, apa yang terjadi, saya marah dia kerana sangkaan saya dia mahu bermain main sahaja.
“Kakak, jangan main dalam peti ais, nanti rosak peti ais tu!”
Saya menegur dia dengan suara yang agak tinggi. Kemudian, anak saya pandang muka saya dan dengan muka yang sayu. Dia berkata
“Kakak lapar lah ibu, nak makan”
Alahai, rupanya lapar nak makan.
Saya sudah bersangka yang buruk kepada anak saya, rupa rupanya dia lapar. Mungkin sudah tidak faham sangat menunggu makanannya disediakan.
PERISTIWA 2: CURAH MAKANAN IKAN BANYAK & IKAN MATI
Saya teringat juga satu peristiwa di mana anak saya telah memasukkan makanan ikan dengan banyaknya ke dalam akuarium.
Perbuatan itu telah menyebabkan air keruh dan ada ikan yang mati.
Sangka saya, dia buat itu suka suka dan memang ada niat yang tidak baik pada ikan ikan tersebut. Saat itu saya rasa sangka kecewa dan marah. Namun, ketika itu saya sabar dan bertanya kenapa dia melakukan perbuatan itu.
Kata anak saya, dia sebenarnya mahu beri ikan makan. Ikan nampak lapar, tetapi entah bagaimana penutup makanan ikan itu terbuka dan tumpah lah makanan ikan dengan banyak.
Ketika saya dengar penjelasan dia saya terdiam. Begitu banyak sangkaan buruk kepada perbuatannya itu. Sedang hakikatnya dia sebenarnya ingin memberi ikan makan dan bukannya sengaja ingin membuat ikan tersebut mati.
IBU AYAH PERLU BERSANGKA BAIK SUPAYA DIDIKAN LEBIH BERHIKMAH
Dalam mendidik anak, kita perlu banyak meletakkan sangkaan baik kepada mereka.
Anak kacau kita solat sebenarnya dia nak solat bersama, tapi belum tahu bagaimana untuk melakukannya.
Anak suka lawan kita mungkin kerana kita selalu berkasar pada mereka.
Bermula dengan sangkaan yang baik lah kita akan semakin rajin memberi nasihat dengan lembut dan berhikmah dalam mendidik anak-anak.
TANPA SANGKA BAIK, KITA AKAN SELALU NAMPAK BURUK ANAK
Tanpa sangka baik kita akan sentiasa nampak keburukan pada anak anak. Walau kita berdoa, kita selitkan kemarahan kita, nasihat pun selalu diberi dengan bebelan yang menyakitkan.
Selalu selitkan dalam doa kita:
“Ya Allah, aku tahu anak aku baik, anak aku soleh solehah. Jika dia berbuat silap atau salah mungkin dia tidak sengaja atau dia belum mampu untuk mengawal dirinya, berilah kekuatan untuk aku melihat kebaikan dalam setiap perbuatan anak anak”
SANGKA BAIK & SABAR AKAN DIBERI GANJARAN BESAR, BERLAPANG DADALAH IBU AYAH
Saya faham nak bersangka baik dengan anak bukan mudah. Kita akan selalu rasa anak kita nakal, menyusahkan, menyakitkan hati, tak dengar kata.?
Namun, ingatlah satu perkara, Ibu bapa yang sentiasa memandang kebaikan pada anaknya, bersangka baik dan bersabar atas setiap perbuatan anak anak akan diberi ganjaran yang cukup besar.
TIADA ADA ANAK YANG NAKAL, YANG ADA HANYA ORANG TUA YANG TIDAK SABAR
“Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah anak yang belum tahu. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah orang tua yang tak sabar. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah pendidik yang terburu-buru melihat hasil.”
Kadang-kadang, seorang anak hanya perlukan satu orang yang percaya kepadanya untuk menggapai bintang. Bagi Aisya Monetta, gadis berusia 13 tahun yang kini melangkah ke pentas antarabangsa, orang itu adalah ibunya.
Di usia yang masih muda, Aisya bukan hanya seorang penyanyi — dia juga seorang penari, pelakon, penulis lirik, pengacara dan bahkan boleh menyanyi dalam lima bahasa. Tapi di sebalik semua bakat luar biasa itu, terselit kisah cinta, pengorbanan dan semangat juang seorang ibu tunggal.
Ibunya mula menyedari keistimewaan Aisya sejak Aisya berusia lima tahun. Suaranya, minatnya yang tidak pernah padam terhadap nyanyian, dan keberaniannya untuk mencuba pelbagai seni menjadikan Aisya seorang anak luar biasa.
“Bakat Aisya adalah anugerah dari Allah SWT. Tugas saya adalah memeliharanya, membimbing dan memastikan dia tidak tersasar,” luah ibunya penuh ikhlas.
Sebagai seorang ibu tunggal, hidup tidak mudah. Namun dia tidak pernah melihat status itu sebagai kekurangan, sebaliknya sebagai kekuatan untuk menjadi segalanya buat Aisya – guru, jurulatih, sahabat, dan penyokong paling setia.
Tahun 2025 menjadi titik penting dalam hidup mereka berdua apabila Aisya diumumkan sebagai Pemenang Pingat Emas MCOPA dan layak ke WCOPA Hollywood mewakili Malaysia.
“Bangga? Terlalu bangga. Tapi lebih dari itu, saya terharu. Pengorbanan kami mula menampakkan hasil,” ujar si ibu.
Namun, kemenangan itu bukan penamat. Ia adalah permulaan perjuangan yang lebih besar. Mereka kini giat mencari penaja untuk membolehkan Aisya ke Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama, latihan vokal diteruskan setiap hari bersama jurulatih profesional dan ibunya sendiri.
Setiap anak pasti akan merasa lelah, ragu dan sedih. Tapi seorang ibu yang tahu potensi anaknya tidak akan membiarkan anaknya tenggelam.
“Saya akan peluk dia dan cakap, ini semua ujian hidup. Kita kena kuat. Nothing comes easy to be at the top,” kata ibu Aisya yang menjadi semangat utama Aisya setiap kali dia goyah.
Dalam hidup mereka, setiap air mata, setiap penolakan, dan setiap cabaran dianggap sebagai bahan bakar untuk terus melangkah.
Ramai ibu bapa takut bila anak menunjukkan minat dalam bidang yang ‘luar biasa’. Tapi kisah Aisya adalah bukti bahawa bila kita percaya dan menyokong, anak kita boleh terbang jauh.
“Jangan pernah padamkan semangat anak. Never give up your child’s passion. Sokong mereka walau sekecil mana pun permulaan itu.”
Dan untuk anak-anak, pesanan Aisya cukup ringkas:
“Jangan takut. Jangan malu. Kejar impian kamu. Jangan lupa ibu bapa, dan sentiasa bersyukur.”
Apa yang Aisya dan ibunya perjuangkan bukan sekadar trofi atau sorakan. Ia adalah satu misi — untuk membina hidup yang lebih baik, untuk membanggakan ibu yang berkorban, untuk menjadi anak yang solehah dan ikon yang memberi inspirasi.
“Saya nak bawa nama Malaysia ke pentas dunia, dan paling penting, saya nak bahagiakan mummy,” kata Aisya penuh semangat.
Kisah Aisya dan ibunya bukan sekadar tentang nyanyian atau pertandingan, tetapi tentang keyakinan, ketabahan dan kasih sayang seorang ibu. Ia adalah peringatan bahawa anak-anak boleh berjaya bila mereka ada seseorang yang percaya kepada mereka — walau hanya satu orang, ia sudah cukup.
Tidak dinafikan proses hamil & melahirkan cukup menyakitkan. Hadirnya anak dalam keluarga sebuah rahmat, punca mengalirnya keberkatan & rezeki dalam keluarga.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini menyentuh sanubari ibu & ayah yang kadangkala terlupa detik sukar mengandung & melahirkan dan tidak menghargai anak-anak. Dalam kesibukan urusan dunia, jangan abaikan tanggungjawab memberikan kasih sayang & perhatian kepada mereka.
Main sorok-sorok dengan anak dan isteri. Tak sabar nak jumpa umi & anak-anak.
Pandanglah anak-anak & isteri dengan kasih sayang. Sakit sangat untuk dapat seorang anak, bersyukurlah. Ada yang diuji tanpa anak. Hargailah pasangan kerana Allah.
Ingat suatu hari nanti anak-anak akan meninggalkan rumah & pasti kita akan terpisah.
Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Jangan pandang rendah, cari emas dalam diri mereka, hargai, puji & doakan mereka.
Jika kita tak hargai anak, siapa lagi nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’.
Pegang & dukung anak rahmat Allah, Allah sayang kita. Bila mati anak yang akan doakan kita. Doa mereka membawa kita kepada reda Allah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...