Didik anak faham tentang solat sejak dalam kandungan boleh membantu ibu untuk beribadah dengan tenang. Pada permulaanya mungkin bayi akan merenggek, tapi bila mereka mula membesar, mereka akan faham dan mudah melakukan ibadah.
Masa mengandung anak sulung, selalu ibu angkat ingatkan jaga adab, jaga akhlak, jaga ibadah. Hikmah ibu mengandung hampir tiada darah haid, lebih banyak ruang untuk tadabbur al quran, mampu solat sunat lebih banyak dari kebiasaan.
Antara pesan ibu angkat yang masih saya ingat.
1. Solat awal waktu. Bila nak solat, beritahu pada anak dalam kandungan yang kita mahu solat.
2. Melazimi wuduk. Kalau tidak mampu mandi wajib seawal yang boleh, segerakan ambil wuduk supaya tidak tidur tanpa wuduk.
3. Jangan tidur tanpa pakaian. Syaitan suka. Paling tidak, selimutlah.
Bila sudah habis nifas, solat yang pertama saya laksanakan selepas bersalin, saya letakkan bayi di sisi sejadah. Saya amalkan sampai anak sudah besar.
– Kalau anak tidur, saya letak saja toto nipis atau tilam bayi. Paling tidak kalau dia jaga, nampak saya sedang solat.
-Kadang berjaya, kadang kecundang. Ya, kita berurusan dengan bayi.
Setelah lama tak ada bayi, sekarang mulakan rutin solat bersama bayi semula.
Lelaki yang hebat adalah lelaki yang mampu angkat takbir, bukan angkat berat. Wahai Tuhan kami, Jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang beriman dan bertakwa!
Ads
Bila Ummi suruh solat Subuh, dan mengadu sejuk. Wahai Tuhan kami Jadikanlah solat sebagai kerehatan buat kami.
Hiba juga hati bila abang yang sulung dah boleh jadi imam untuk ummi dan adik-adik. Kadang kala jadi imam untuk abi juga. Balik sekolah, penuh riang gembira maklumkan.
“Ummi, hari ni Abang Amir jadi imam solat Asar di sekolah.”
Ads
Tiba-tiba rasa baru semalam mengilu parut luka torehan pisau semasa pembedahan untuk keluarkan beliau. Allah jualah sebaik-baik Penjaga.
Latih kepimpinan anak-anak lelaki melalui solat dengan memberi kepercayaan pada mereka menjadi imam dalam solat.
Ramai sahabat sedang menanti kelahiran bayi. Semoga rahmat Allah sentiasa kalian peluk erat-erat.
Kandungan pertama mungkin waktu ibadah sangat luas. Bila kandungan semakin banyak, dah ada anak yang perlu perhatian mungkin terasa kurang waktu untuk ibadah. Jangan sedih, ibadah bukan pada banyaknya helaian al quran yang kita baca. Menyantuni anak-anak juga ibadah.
Beruntunglah para ibu yang sentiasa Allah rezekikan ibadah setiap waktu!
Ummu Amir. Sungguh, solat mampu jadi waktu untuk rehat.
Nak tengok anak kita jadi apa 3 tahun akan datang, tengok bagaimana kita pada hari ini.
Bagaimana kita mengurus stres hari ini, mencerminkan cara anak urus stres 3 tahun akan datang.
Bagaimana kita bercakap dengan anak pada hari ini, mencerminkan bagaimana anak bercakap dengan orang lain 3 tahun akan datang.
Bagaimana kita menjaga kebersihan pada hari ini, mencerminkan cara anak jaga kebersihan 3 tahun akan datang.
Bagaimana kita melayani anak pada hari ini, mencerminkan bagaimana anak bagi respon pada kita 3 tahun akan datang.
Bagaimana rutin kita pada hari ini, membentuk disiplin anak pada 3 tahun akan datang.
Kadang-kadang, cara kita gaduh dengan pasangan pun anak-anak tiru bila bergaduh sesama adik beradik. Haih!
Kerana itu menjadi ibu bapa bukan semata-mata mendidik anak-anak. Tapi juga mendidik diri sendiri. Untuk menjadi versi diri yang lebih baik.
Sebab apa? Sebab anak-anak tak ikut pun apa yang kita cakap. Tapi mereka mudah tiru apa yang kita buat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Kita selalu dengar orang tua bercakap, “Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna!”. Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu ungkapan kegemaran milik pesakit hoarding disorder.
Nak tahu apa itu hoarding disorder? Jom ikuti artikel kami di bawah!
Simpan terlalu banyak barang, tapi sayang nak buang!
Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang mempunyai masalah hoarding? Selalunya, orang yang mempunyai masalah ini ada timbunan barang yang amat banyak di rumah.
Individu yang menjadi hoarder atau pengumpul barang selalunya sukar untuk berpisah dengan barang-barang kepunyaannya. Mereka mempunyai ikatan emosi, fizikal, dan sosial dan kadangkala kewangan terhadap barang yang mereka simpan.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang simpan barang dikategorikan sebagai hoarder. Apa yang membezakan mereka dengan collector atau pengumpul barang ialah orang yang mempunyai masalah ini akan simpan apa sahaja walaupun mereka tidak perlukan barang tersebut.
Lambakan barang yang mereka kumpul juga boleh memenuhi rumah hingga mencecah siling. Kadang-kadang, barang mereka terlampau banyak dan bersepah sehinggakan individu tersebut tidak dapat akses ke bahagian lain rumah mereka.
Keadaan yang bersepah ini selalunya akan memberi impak yang negatif kepada hidup mereka. Rumah yang bersepah pasti tidak sesuai untuk membesarkan sebuah keluarga.
Mereka juga akan jadi sensitif jika barang mereka dibuang atau dialihkan. Mereka yang menderita sakit ini selalunya akan mempunyai konflik dengan keluarga dan sukar untuk melakukan apa-apa aktiviti seperti memasak ataupun mandi di rumah masing-masing.
Hoarding disorder berlaku kepada 2 – 6% daripada populasi di seluruh dunia. Penyakit ini juga lebih biasa dalam kalangan lelaki daripada perempuan. Oleh itu, mereka yang hidup seorang diri, tidak berkahwin, miskin semasa membesar, ada sejarah keluarga yang turut lakukan perkara yang sama dan sudah biasa hidup dalam keadaan bersepah adalah mereka yang berisiko untuk menjadi hoarder.
Selain daripada menganggap barang yang mereka simpan boleh digunakan nanti, mereka juga kadangkala ada ikatan emosi yang terlampau kuat terhadap barang-barang tersebut.
Sebagai contoh, mereka mungkin tidak boleh buang barang yang berada di rumah mereka kerana ia milik ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia dan diwariskan kepada mereka.
Hoarding disorder, sebuah penyakit mental
Hoarding disorder adalah satu tanda individu tersebut mungkin alami obsessive-compulsive personality disorder (OCPD), obsessive-compulsive disorder (OCD), attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD), depresi, keresahan (anxiety) ataupun nyanyuk (dementia).
Ada kajian yang mendapati bahawa 1 daripada 4 penghidap OCD mempunyai masalah mengumpul barang. Penghidap penyakit ini boleh dipulihkan. Walau bagaimanapun, sukar untuk membantu pesakit yang mengalami keadaan ini kerana mereka sendiri tidak menganggap ia sebagai satu masalah.
Selalunya, ahli keluarga yang akan membawa pesakit hoarding disorder berjumpa doktor. Namun, mereka memerlukan sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada keluarga terdekat untuk berubah. Yakinkan pesakit bahawa tidak ada sesiapa yang akan membuang atau simpan barang mereka di rumah ketika mereka berjumpa doktor.
Ahli keluarga juga tidak boleh terlalu memaksa individu yang mempunyai hoarding disorder kerana ia hanya akan membuatkan keadaan jadi lebih teruk. Mereka mungkin akan putuskan hubungan atau mengelak daripada berjumpa anda pada masa hadapan.
Tunggu hingga mereka mendapat motivasi sendiri untuk berubah dan jangan paksa mereka secara keterlaluan.
Sukar, tetapi tidak mustahil untuk dirawat
Selalunya, penghidap hoarding disorder akan menjalani rawatan dan menerima ubat yang sama seperti pesakit OCD. Namun, kadangkala rawatan ini tidak berkesan kepada pesakit hoarding disorder.
Pesakit perlu mempunyai stretegi sendiri untuk melawan nafsu masing-masing. Antaranya adalah elakkan daripada kerap membeli barang sewaktu keluar rumah. Perubahan ini perlukan motivasi, komitmen dan juga kesabaran. Penyakit ini juga tidak akan pulih serta-merta dan perlukan masa selama berbulan-bulan.
Lama-kelamaan, individu tersebut akan mampu kurangkan barang, mengemas dan menyusun barang-barang mereka. Walau bagaimanapun, relaps mungkin berlaku pada masa hadapan.
Oleh itu, pesakit perlu ada pelan tambahan untuk atasi masalah yang sama jika ia berlaku semula pada tahun yang akan datang.
Pada akhir intervensi, pesakit hoarding disorder mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya. Tapi mereka dapat mengawal tingkah laku mereka dan lebih memahami penyakit yang mereka alami.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim panas melampau dan jangkaan negara bakal dilanda El Nino pada bulan depan ini ada baiknya mak ayah mempersiapkan lebih awal untuk keselesaan anak-anak.
Anak boleh jadi tidak tidur nyenyak di malam hari gara-gara panas melampau. Apa mak ayah nak buat? Idea dan perkongsian Sapiah Mamat yang memasang seluruh rumahnya dengan aluminium bubble foil ini satu idea bernas untuk anak-anak.
Paling penting kosnya juga murah dan mudah untuk dipasang. Jom kita bersedia lebih awal.
Just sharing. Sebelum dan selepas. Tips sejukkan rumah tanpa wajib pasang ekon.
Tak sia sia beli aluminium bubble foil kat Shopee. Segulung tu 40 meter tak sampai RM300 ringgitt pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang.
Kawasan tempat tinggal kak Piah ni dekat ngan laut, rumah pulak jenis rumah teres himpit himpit so takde banyak angin boleh masuk dalam rumah sebab tingkap tak banyak.
Tingkap depan ada satu dan tingkap dapur ada satu, jadi panasnya memang terasa berbahang le seawal jam 9 pagi dah terasa bahang, biasanya.
Kalau malam pulak, jangan citer ler, tidur pasang dua kipas pun masih berpeluh. Kalau mak ganu mai duduk ngan kak Piah, selalu ngeluh cakap panas, panas.
Tapi selepas siap pasang aluminium bubble foil ni penuh satu rumah, tidor malam terasa gigil walaupun tak pasang ekon, ooiii.
Ehh dasar orang padang pasir, pantang sejuk sikit terus rasa gigil.
Sebenarnya aluminium bubble foil ni paling sesuai diletakkan kat dalam siling. Sewaktu tukang pasang bumbung rumah, hahh elok letak aluminium bubble foil tu dulu sebelum pasang siling rumah. Tapi oleh sebab rumah kak Piah ni dah siap gitu doh, dah duduk “bersauna” berbelas tahun dah, jadi terpaksalah tampal dari dalam rumah je.
Rupa dia ala ala rupa dalam freezer dah sebab berkilat kilat gitu. Kalo nak tambah lawo, boleh tampal dengan wall paper pulak.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!