KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa mulai hari ini, pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat, dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.
Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka.
Ads
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi) Dato’ Mohd Naim Daruwish berkata, “Pembukaan pendaftaran i-Suri hari ini adalah berikutan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018 minggu lepas.
Ads
“Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60, Bantuan Hilang Upaya, dan Bantuan Kematian. Ini adalah sebagai tambahan kepada insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan.”
Ads
Menurut statistik eKasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu, dan 28,116 ibu tunggal dari segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif Kerajaan tersebut setelah mendaftar untuk i-Suri.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000, dan untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.
Sumber: KWSP
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilema bagi ibu ayah untuk berlaku adil dan memberikan kasih sayang yang sama rata antara anak-anak. Kadang-kadang sikap ibu ayah yang terlalu fokus kepada seorang anak sahaja menyebabkan anak kedua rasa terpinggir. Sebab itulah wujudnya sindrom anak kedua atau anak tengah.
Second Child Syndrome adalah keadaan di mana anak itu merasa dipinggirkan sehingga karakter dirinya boleh berubah menjadi low self-esteem, suka menyendiri, merasa tak disayangi dan suka buat benda yang menyakitkan hati. Sebenarnya ia bergantung kepada cara parenting ibu bapa. Jangan sampai kita terlalu fokus pada anak sulung dan terlalu bagi perhatian pada anak bongsu dan berharap anak nombor 2 memahaminya sendiri.
Sama seperti perkongsian Ibu Rose (Pakar keibubapaan dan Kekeluargaan) di mana ada ibu yang berkongsi tentang masalah tidak dapat mengawal diri ketika mendidik anak yang kedua. Ikuti perkongsian ini.
TAK FAHAM KENAPA SELALU MARAHKAN ANAK KE DUA SAYA
“Ibu, saya mudah marah dan kadang ringan tangan bila ajar anak ke dua saya yang berumur 7 tahun. Kalau dengan anak sulung, saya tiada masalah begini. Saya selalu gagal kawal emosi. Saya tak faham kenapa dengan diri saya. Saya selalu rasa menyesal. In the end of the day, saya minta maaf pada anak dan akan ulang lagi. Apa patut saya buat Ibu?”
Soalan seumpama ini, sering kali masuk ke inbox Ibu.
Apa yang Ibu boleh katakan, apa yang terjadi ini adalah mungkin kerana beberapa sebab :
1. PROGRAMMING
Ya, PROGRAMMIG yang telah terbentuk di dalam diri berdasarkan pengalaman membesar. Mungkin ada sesuatu yang pernah berlaku pada diri semasa kecil. Ada sesuatu yang tidak happy berlaku pada diri ketika kecil.
Sebagai contoh, mungkin anda adalah anak ke dua atau anak yang merasakan diri kurang diberi perhatian atau disayangi. Maka, dari pengalaman masa membesar, anda seperti sudah terbina satu kepercayaan berkenaan anak ke dua atau anak ini.
2. PERSONALITI BERBEZA
Perbezaan personaliti antara anda dan anak anda yang menyebabkan anda mudah marah padanya. Sebab tu, mudah marah dan melenting pada anak tu sebab tak tahu ‘siapakah’ dia dan diri anda sebenarnya. Bila anda telah mengenali apakah personaliti anda dan anak anda dengan lebih jelas, InsyaAllah ia akan membantu anda bagaimana menangani pelbagai isu yang berbangkit. Memahami kekuatan dan kekurangan personaliti ini akan membuatkan anda lihat, dimanakah sisi anak anda yang boleh anda bantu.
Manusia ini unik dan masing-masing ada kelebihan masing-masing. Boleh jadi anak ke dua itu bijak di tempat lain dan anak sulung itu bijak di bahagian lain. Maka adalah tidak adil, bila dibandingkan kepandaian itu menggunakan satu kayu ukur yang sama. Huraian berkenaan MI ini ada Ibu kongsikan dalam Kelas #AudioParentingBijakPro. Ada 8 jenis kecerdasan semuanya, antaranya Interpersonal, Intrapersonal, Kinestatik, Visual dan beberapa lagi.
Baik, sekarang anda sedar yang tindakan anda itu tidak beri manfaat pun pada anak malah turut membuatkan diri jadi tak bahagia. Jadi, apakah yang perlu dilakukan? Maka disini, suka Ibu kongsikan beberapa langkah yang InsyaAllah dapat membantu secara ringkas:
I. REAFFIRMATION YOURSELF
Memandangkan ada PROGRAM yang unresourceful dalam diri anda, maka anda perlu TULIS SEMULA PROGRAM yang baru yang resourceful untuk diri anda, ini dipanggil REAFFIRMATION.
Anda perlu senaraikan apakah sikap yang anda mahu jadi, perkara yang anda mahu ubah. Anda sebutlah secara berulang-ulang setiap hari. Suatu yang positif.
Sebagai contoh :
❤️Saya semakin sabar. ❤️Saya semakin tenang. ❤️Saya semakin bijak kawal emosi.
Ulanglah dengan rasa yakin dan percaya. Bayangkan bagaimana rupa anda yang semakin sabar, semakin tenang dan semakin bijak kawal emosi.
II. Paksa diri untuk katakan ‘I LOVE YOU’ pada diri sendiri.
Cuba anda pandang cermin dan buat terapi sayangi diri. Ibu telah kongsikan pada posting semalam.
III. Paksa diri untuk katakan ‘I LOVE YOU’ pada anak yang selalu anda marah.
Sering-seringlah ungkapkan kata-kata sayang dan kasih pada anak. Ini sangat penting untuk membuatkan anak itu rasa yang dirinya dikasihi, dirinya penting dan dirinya bermakna dalam hidup anda. Dengan ini, anda akan dapat bina pertalian hubungan yang baik dengan anak ini dan InsyaAllah, ia akan sangat membantu anda ketika mendidik anak di fasa remajanya yang akan lebih mencabar nanti.
Walaupun apa yang Ibu kongsikan ini tidak begitu banyak, namun InsyaAllah ia sangat membantu buat yang memerlukan.
Anda dapat sesuatu hari ini?
Salam kasih, Ibu Rose dan Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum tidur kita biasanya akan berbual dengan anak-anak atau membacakan bed time story untuk mereka. Tapi pernah tak mama dan papa bacakan doa bersama-sama sebelum meninggalkan mereka dalam bilik untuk tidur.
Selain aktiviti seperti pillow talk atau bed time story, mama atau papa juga boleh bacakan doa untuk si kecil pada ubun-ubun mereka. Ia bukan sahaja aktiviti yang baik untuk diamalkan sebelum tidur, malah dapat memberikan impak yang positif terhadap sikap anak itu sendiri.
Sebelum Tidur, Doakan Antara Satu Sama Lain
Saya nak share satu aktiviti yang korang boleh buat dengan anak-anak sebelum tidur.
Elok dibuat selepas korang pillow talk dengan anak-anak, atau selepas korang bacakan buku cerita. Betul-betul sebelum nak tidur.
Macam saya, aktiviti baca buku cerita tu dah tak buat sebab semua dah boleh baca buku sendiri. So saya buat pillow talk dan aktiviti yang ini; mendoakan satu sama lain.
Mudah je caranya.
Kita mulakan dulu pada anak-anak. Lagi bagus, libatkan sekali tok laki. Biar satu keuarga saling mendoakan.
Ah, sweet kan?
Letak tangan kita pada ubun-ubun diorang, lepastu sebut je apa doa yang kita nak.
Macam saya, anak-anak suka minta doakan diorang supaya tak mimpi buruk. Sebab diorang ni jenis takut gelap. Tapi saya pulak tak boleh tidur kalau tak tutup lampu.
So setiap anak akan ambil giliran untuk didoakan (dapat polish skill mengambil giliran dan bersabar tunggu turn masing-masing).
Tangan wajib letak atas ubun-ubun, kalau setakat tadah tangan je, diorang tak puas hati.
“Ya Allah, bagi Bamir tidur lena tak mimpi buruk, bagi Bamir bangun awal untuk solat subuh, bagi Bamir sihat, dan selalu bersikap baik.”
Ini antara bunyi doa yang selalu saya sebutkan. Simple je tapi seriusly, memang besar gila impak pada diorang untuk keesokan harinya.
Dan kalau dah biasa buat benda ni, memang boleh nampak beza pada diorang kalau kita doakan tu sambil lewa je. Ni memang saya nampak dan rasa sendiri kesannya.
Curhat Sambil Berdoa
Korang kena cuba sendiri.
Nak tahu apa yang lagi best?
Diorang pun pandai nak doakan kita juga. Syok kot anak yang takde dosa, doakan kita. Selalunya diorang akan copy paste je ayat kita tu.
Tapi ada masanya, diorang ni buat curhat sambil berdoa.
“Ya Allah, bagi umi tak marah-marah. Bagi umi tak kawan dengan syaitan. Ya Allah, bagi umi cakap elok-elok, bagi umi suka senyum.”
Huwaaaaaaaaaa
Mau tak sentap hati kau dibuatnya.
Tapi, doa tu akan menyebabkan kau cuba nak jadi mak yang lebih baik untuk hari esok.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila lebih dari seorang anak bersekolah, semestinya keperluan sekolah anak pun makin bertambah. Sebagai contoh anak sekolah rendah ada dua sesi persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
Andai kata anak mama papa ada 3 orang yang bersekolah rendah pasti ada 6 buah beg. Penuh dalam bilik atau di ruang tamu. Itu belum lagi dikira dengan beg kerja mama papa dan buku-buku sekolah anak.
Kadang tu, sakit juga mata mama bila anak balik sekolah tak letak beg elok-elok. Bila diminta suruh letak dalam bilik, barulah bawa masuk. Bagi mama yang nak pastikan beg-beg sekolah anak diletakkan tersusun, cubalah buat idea ini.
DIY rak beg sekolah yang diilhamkan oleh Atam Ayu ini sangat menarik dan rumah pun lebih kemas. Tak perlulah mama nak berulang kali suruh letak beg elok-elok tiap kali balik sekolah. Dah ada rak ni, secara tak langsung boleh ajar anak letak semuanya di situ.
DIY RAK BEG SEKOLAH
Bahan-bahannya:
1) 3 rak buku 3 tingkat saiz besar – dipasang 2 tingkat — 40/ sebuah X 3
2) Box putih Aeon — 16.90/sebuah x 3
3) Kaki sofa — 2/pcs X 12
4) Hook A ecoshop 2.10/pack X 2 (penyangkut untuk letakkan beg sekolah anak terpulang nak buat atau tak)
5) Hook B ecoshop 2.10/pack X 2
Jumlah keseluruhan untuk siapkan rak beg sekolah ini adalah RM 203.10. Dianggarkan satu rak tu dalam RM 67.70.
Bagi yang nak tahu cara DIY ini disediakan langkah demi langkah. Mudah sangat!
(Nak dapatkan kaki rak ini boleh beli di kedai perabot atau secara online. Klik saja di sini)
(Inner rak ini boleh dapatkan di Aeon Mall)
(Pasangkan kaki rak itu di empat penjuru)
** Untuk rak itu, pasangkan satu lapis je pelapiknya untuk beri ruang meletakkan beg. Dalam inner box tu mama bolehlah simpan stok alat tulis, stokin, penutup muka anak-anak atau sebagainya. Jadi pagi-pagi nak ke sekolah tak perlulah dah nak kelam-kabut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.