Musim cuti sekolah inilah masa yang sesuai untuk anak-anak berkhatan. Sebagai ibu bapa amat penting untuk mengetahui tip penjagaan luka selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.
Berkhatan, Doktor Kongsi Tip Jaga Luka
Selari dengan perubahan zaman, kanak-kanak kini tidak lagi dapat membayangkan kelibat Tok Mudim dengan pisaunya. Hanya doktor dengan peralatan khas untuk berkhatan. Teknik berkhatan yang digunakan kini juga ada beberapa kaedah iaitu biasa, laser dan clamp.
Ads
Ramai ibu bapa yang memilih untuk menggunakan teknik clamp kerana cara penjagaannya yang lebih mudah dan tempoh penyembuhan juga lebih cepat. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka bersedia secara mental untuk menghadapi prosedur berkhatan.
Ads
Ads
Supaya Tak Bentan, Bernanah & Cepat Sembuh
Berikut dikongsikan tip tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
*Jangkitan/nanah
*Bengkak/bentan
*Jahitan terbuka
*Keruping melekat pada balutan
2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
*Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
*Cuci luka dengan normal saline
*Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
*Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda
3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
*Tahan sakit: diambil bila perlu
*Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
*Ubat cucian: lazimnya normal saline
*Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
*Sakit/bengkak melampau
*Nanah yang banyak
*Demam tinggi
*Tak boleh kencing
10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
*Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
*Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
*Gam: tak perlu jumpa doktor semula
Semoga tip ini dapat membantu ibu bapa memudahkan urusan menjaga anak-anak selepas melalui proses berkhatan.
Sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu, anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib, 37, iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lalu.
Berat makin naik, perkembangan baik
Shuib berkata, selepas dikeluarkan dari inkubator, perkembangan ditunjukkan Ayash yang berusia 20 hari itu sangat baik.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib). Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya.
Baru-baru ini Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).
Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikut kepercayaan orang dulu-dulu, bayi baru lahir yang dah tumbuh gigi awal dianggap istimewa. Namun mengikut istilah perubatan, ia dipanggil gigi natal. Gigi natal merupakan gigi yang muncul semasa bayi dilahirkan.
Biasanya gigi ini akan dibuang kerana akar tidak kuat dan mudah tercabut sehingga membolehkan bayi tercekik jika tertelan gigi berkenaan. Keadaan ini sangat jarang berlaku, sekitar 1:2000 bayi yang baru dilahirkan.
Gigi perlu dibuang risau risiko lain
Dalam perkongsian di video TikTok yang dimuat naik oleh seorang wanita, Ciknurul, dia berkongsi kisah anaknya yang baru sahaja dilahirkan namun memiliki dua batang gigi di bahagian bawah.
Jelas doktor, keadaan itu berlaku kerana mungkin faktor terlebih kalsium dan menyarankan agar gigi tersebut dibuang kerana terlalu lembut, bimbang bayi akan tertelan jika tercabut.
Doktor cakap terlebih kalsium, dan doktor hospital buat surat suruh cabut sebab gigi dia lembut dan bergoyang.
Katanya lagi, sebelum ini anak keduanya mempunyai rambut berwarna putih sejak dari dalam perut lagi, manakala bagi anak ketiga pula sudah mempunyai gigi ketika dilahirkan.
Saya anak nombor dua ada tumbuh rambut putih dari dalam perut, nombor tiga tumbuh gigi pula.
Video yang berdurasi selama 17 saat itu meraih lebih 976 ribu tontonan dan mendapat lebih 50 ribu tanda suka di TikTok.
“Selalu bawa tuah ni”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berpendapat bayi yang tumbuh gigi sejak dalam kandungan ini membawa tuah kerana ia jarang-jarang berlaku. Malah, ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama iaitu sejak lahir sudah mempunyai gigi.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas selamat melahirkan puteri sulungnya pada 22 Februari yang lalu, penyanyi Ernie Zakri dan suami, Syamel tampil berkongsi nama buah hati tersayang mereka semalam.
Melalui Instagram, Ernie memuat naik sekeping gambar memegang tangan si comel mereka yang sudah pun diberi nama cukup indah, Nur Khawla Soleha.
“Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha,” tulis Ernie ringkas.
Turut berkongsi nama panggilan Ibu dan Daddy, baik Ernie mahupun Syamel mendoakan agar cahaya mata sulung mereka ini membesar dengan sihat malah menjadi anak solehah serta dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.
“Semoga menjadi anak solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah swt.#CallMeKhawla,” kongsi Ernie di Instagramnya.
Melalui Instagram, Syamel turut berkongsi gambar dan kapsyen yang sama.
Dalam pada itu, meskipun masih belum berkongsi wajah si comel Nur Khawla Soleha, rata-rata peminat memuji pilihan nama keduanya yang cukup indah dan mempunyai makna yang baik.
Terdahulu, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pasangan ini selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 22 Februari lalu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!