Bayi kembar perempuan yang dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean Section (C-Sect) menarik perhatian sepasukan pakar perubatan apabila dilahirkan dengan kantung ketuban yang masih utuh, lapor akhbar Mirror UK.
Kejadian seperti itu dikatakan hanya berlaku sekali dalam setiap 80,000 kelahiran. Peristiwa yang jarang berlaku itu dikenali sebagai ‘kelahiran bertudung’ atau ‘kelahiran duyung’.
Kantung ketuban adalah kantung nipis berisi cecair yang meliputi janin semasa dalam kandungan dan melindunginya daripada kecederaan serta mengawal suhu supaya kekal hangat. Ia kebiasaannya akan pecah apabila seorang wanita melahirkan anak.
Sepasukan doktor berjaya melahirkan dua bayi kembar itu di sebuah hospital di bandar Vinaros, wilayah Castellon di Sepanyol pada Rabu lalu.
Pakar sakit puan dan obstetrik, Ana Teijelo bertanggungjawab ke atas pasukan perubatan berkenaan bagi memastikan kelahiran itu berjalan dengan lancar.
“Hari ini di Hospital Vinaros kami melakukan pembedahan Caesarean Section (C-Sect) bertudung (kembar ke-2) dan anda boleh lihat keghairahan pasukan kami,’’ kata Teijelo. – Agensi
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini membesarkan dua orang anak perempuan, lain pula kisahnya bila mempunyai anak lelaki. Bagi pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy, keduanya mengakui kehadiran anak lelaki mereka, Isa menambahkan keceriaan kepada keluarga mereka.
Isa yang dilahirkan 6 Ogos lalu ternyata memberi pengalaman berbeza buat keduanya. Malah kongsi Akim lagi dia bersyukur kerana Isa yang kini berusia hampir tiga bulan membesar dengan sihat.
Berkongsi perkembangan anak kecil itu kata Akim, dia dan Stacy baru sahaja mengambil vaksin yang pertama untuk Isa.
Berkongsi keletah anak kecilnya itu kata Akim lagi, Isa berbeza malah paling manja berbanding dengan dua kakaknya sebelum ini. Lebih-lebih lagi ketika hendak tidur bila mana terpaksa dibelai lebih berbanding dua anak perempuannya sebelum ini.
“Pada 6 November ini, Isa genap tiga bulan dan kami bersyukur kerana bayi semakin sihat dan tiada sakit-sakit. Malah, kami baru saja mengambil vaksin yang pertama untuk Isa.
“Sebelum ini kami ada dua orang anak perempuan jadi apabila ada anak lelaki ini, boleh dapat lihat kemanjaan Isa.
“Kakak-kakak Isa sebelum ini jika hendak tidur letak saja, yang ini kena pegang tangan dulu,”kongsi Akim lagi.
Akui Akim lagi, dia dan Stacy sebolehnya tidak mahu terlalu memanjakan anak lelaki mereka itu namun terpaksa mengikut rentaknya buat masa ini bagi memudahkan untuk mereka menjaganya.
“Saya pun tidak mahu terlalu memanjakannya, kalau tidur pakai buai dan sebagainya kerana susah hendak berjalan nanti. Tapi memang berbeza kemanjaan Isa berbanding kakak-kakaknya,” kata Akim lagi.
Terdahulu, Akim dan Stacy menyambut kelahiran cahaya mata keduanya itu iaitu Isa, pada 6 Ogos lalu. Pasangan ini turut dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata perempuan, Eshal Afiq Akim dan seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina.
Penjagaan gigi kanak-kanak sangat penting. Ramai yang inginkan gigi anak sihat, cantik dan putih. Namun penjagaan gigi anak-anak perlu dititik beratkan supaya gigi sentiasa sihat.
Dr Izaza menerusi akaun Facebooknya berkongsi bagaimana cara untuk pastikan anak rajin dan suka berus gigi.
“Doktor, macam mana nak bagi anak suka berus gigi?Kat umah tiap hari saya jadi Dragon”
Kuikui, ramai ke mak ummi mama ibu yang bertukar jadi Dragon, rimau atau monster tiap kali nak berus gigi anak?
Memang Dr Izaza akui, tiap insan yang bergelar ibu, ummi, mummy dan Emak mesti nak yang terbalik untuk anak-anak. Termasuklah nak jaga gigi anak seperfect yang boleh. Tak nak nampak hitam langsung kat gigi especially gigi depan, kan?
Memang lah anak tu tak tau rasa malu kalau gigi rosak, sebab kecik lagi. Tapi, mak ayah yang rasa malu sebab terasa macam tak pandai jaga gigi anak
So, macam mana cara paling SENANG dan TERBAIK untuk ajar anak berus gigi?
Dr Izaza kongsi 3 cara paling MUDAH untuk didik anak rajin dan suka berus gigi:
1. Mulakan dari kecil, seawal umur 1 hari. Baby lepas menyusu je pastikan mulut dibersihkan dengan kain basah
*Jadi anak dah terbiasa ada sesuatu masuk dalam mulut tiap kali lepas minum atau makan. Boleh kurangkan atau hindar “gag reflex” atau rasa nak muntah pada anak
2. Bagi anak pegang sendiri berus gigi, bila anak dah pandai pegang benda, seawal umur 4 bulan atau 6 bulan
*Ibu ayah kena monitor anak semasa anak pegang berus gigi, sebab takut dia terjolok masuk ke dalam tekak
3. Bawa anak ke klinik gigi seawal umur anak 6 bulan atau bila gigi pertama anak tumbuh, biasakan bawa setiap 6 bulan sekali
*Kena biasakan anak dengan environment dental clinic. Bagi anak biasa dengan dental chair dan dental light serta bunyi mesin yang macam macam
“Tapi anak saya dah besar Doktor, macam mana tu?”
Untuk anak-anak yang dah besar dan memang susah nak berus gigi, nanti Dr Izaza SHARE kat Post lepas ni.
Boleh terus ke facebook Dr Izaza Mohd Zan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gigi, penjagaan gigi anak, orang dewasa. Tapi tolong #SHARE dan #LIKE dulu Post di Facebook saya sebagai tanda nak tau lagi dan lagi pasal gigi anak-anak.
Kecacatan jantung yang wujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing. Jantung mempunyai 4 ruang, 2 atrium dan 2 ventrikel yang berfungsi sebagai jantung sebelah kanan dan jantung sebelah kiri.
Darah yang beroksigen rendah (deoxyhaemoglobin) yang kembali dari tubuh masuk ke dalam jantung sebelah kanan dan dipam melalui injap pulmonari ke paru-paru untuk mendapatkan oksigen. Darah beroksigen tinggi dari paru-paru ini kemudian kembali masuk ke dalam jantung sebelah kiri dan dipam ke seluruh tubuh melalui aorta. Tekanan sistemik adalah lebih tinggi dari tekanan pulmonary.
Apakah tanda-tanda kecacatan jantung pada anak?
Bayi yang mempunyai kecacatan jantung biasanya menunjukkan tanda-tanda berikut:
Mempunyai deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik.
Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.
Kegagalan jantung : bayi mungkin bernafas secara kencang atau sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu.
Tumbesaran terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen disebabkan oleh sakit jantung jenis biru.
Diagnosa jenis kecacatan jantung. Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut seperti:
Elektrokardiografi (ECG) untuk menilai aktiviti elektrik pada jantung yang tidak normal.
X-ray dada untuk menilai bentuk dan saiz jantung serta pembuluh darah.
Echokardiografi : imbasan organ jantung membantu untuk membuat diagnosa
Jika perlu bayi akan dirujuk kepada pakar jantung untuk membuat penilaian dan rawatan lanjut.
Rawatan
Perkara yang harus diingat:
Diagnosa yang tepat sangat penting bagi menentukan tindakan dan rawatan selanjut pesakit.
Keadaan jantung bayi adalah dinamik dan kemerosotan fungsi jantung boleh berlaku secara tidak disedari.
Kebersihan gigi adalah penting. Antibiotik perlu diberikan sebelum melalui pembedahan atau prosedur pergigian. Ini dapat mencegah pembiakan bakteria di dalam jantung.
Sebahagian bayi tidak memerlukan rawatan pembedahan seperti ASD dan VSD yang kecil yang tidak memberi apa-apa impak negative pada jantung atau badan.
Kecacatan jantung yang menyebabkan kebiruan harus dinilai sebaik mungkin bagi menentukan samada pembedahan diperlukan atau sebaliknya.
Jenis-jenis kecacatan jantung:
Jantung berlubang tanpa kebiruan:
Ventricular septal defect (VSD) : terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan kanan yang menyebabkan darah mengelencong dari ventrikal kiri ke saluran paru-paru. Lubang yang kecil biasanya tertutupsecara sendiri. Pembedahan jantung terbuka bergantung kepada saiz dan lokasi lubang tersebut.
Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD sederhana boleh ditutup dengan alat penutupan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan.
Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down. Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun.
Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan coil atau alat sumbatan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar selalunya memerlukan pembedahan jantung untuk menutupnya. Bayi yang lahir pramatang berisiko mempunyai saluran PDA ketika sakit dan boleh diberikan ubat untuk menutupnya.
Sakit jantung jenis biru (cyanotic heart defects)
Transposition of great arteries (TGA): dalam hal ini pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah. Ini menyebabkan pengaliran darah yang tebalik di mana darah yang kembali dari badan tidak pergi ke paru-paru malah kembali ke badan semula menyebabkan bayi mengalami kebiruan. Dalam kes tertentu sebahagian bayi perlu menjalani prosedur kecemasan sejurus selepas kelahiran.
Fallot tetralogy – kecacatan ini melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonari yang menyebabkan kekurangan pengaliran darah ke paru-paru. Pembedahan paliatif (meringankan simtom) biasanya dilakukan sebelum pembedahan definitif.
Kecacatan jantung jenis sumbatan
Pulmonary stenosis (PS) : Terjadi apabila berlaku penyempitan di injap atau di arteri pulmonary. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan belon yang dikembangkan di tempat tersempit ini atau pun secara pembedahan.
Aortic stenosis (AS). Saluran atau injap aorta yang sempit yang akan memmberi bebean ke atas ventrikal kiri. KAnak-kanak ini perlu diberi perhatian yang lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana mereka perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
Kanak-kanak
Keadaan ini boleh dicegah melalui imunisasi.
Kebanyakan pesakit akan melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun pesakit kecacatan jantung biasanya tidak seaktif kanak-kanak lain walaupun selepas menjalani pembedahan.
Penjagaan gigi endocarditis
Gigi yang rosak boleh menjadi sumber pertumbuhan dan pembiakan bakteria di dalam jantung, yang boleh menyebabkan keadaan menjadi serius. Keadaan ini dikenali dengan “ infective endocarditis”.
Kumpulan sokongan
Tiada kumpulan sokongan bagi menyokong pesakit kecacatan jantung. Kebanyakan persoalan/kemuskilan akan dijawab oleh doctor. Kumpulan sokongan yang ada pada masa ini adalah persatuan sindrom Down.