Berlaku Sekali Dalam 80,000 Kelahiran. Kembar Lahir, Kantung Ketuban Tak Pecah

Share

Bayi kembar perempuan yang dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean Section (C-Sect) menarik perhatian sepasukan pakar perubatan apabila dilahirkan dengan kantung ketuban yang masih utuh, lapor akhbar Mirror UK.

Kejadian seperti itu dikatakan hanya berlaku sekali dalam setiap 80,000 kelahiran. Peristiwa yang jarang berlaku itu dikenali sebagai ‘kelahiran bertudung’ atau ‘kelahiran duyung’.

Kantung ketuban adalah kantung nipis berisi cecair yang meliputi janin semasa dalam kandungan dan melindunginya daripada kecederaan serta mengawal suhu supaya kekal hangat. Ia kebiasaannya akan pecah apabila seorang wanita melahirkan anak.

Sepasukan doktor berjaya melahirkan dua bayi kembar itu di sebuah hospital di bandar Vinaros, wilayah Castellon di Sepanyol pada Rabu lalu.

BACA JUGA [“Berat Tak Naik, Haid Macam Biasa.” Tak Tahu Hamil Sehingga Dah Nak Bersalin]

Pakar sakit puan dan obstetrik, Ana Teijelo bertanggungjawab ke atas pasukan perubatan berkenaan bagi memastikan kelahiran itu berjalan dengan lancar.

“Hari ini di Hospital Vinaros kami melakukan pembedahan Caesarean Section (C-Sect) bertudung (kembar ke-2) dan anda boleh lihat keghairahan pasukan kami,’’ kata Teijelo. – Agensi

Sumber: Kosmo

ARTIKEL MENARIK [Ini Sebabnya Ada Bayi Tak Boleh ‘Bunyi’ Masa Tidur! Besar Baru Nampak Kelebihan]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak Asyik Berkepit, Tak Nampak Kejap Dah Cari, Buktinya Bonding Kita Kuat!]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

IKLAN