Soal berpantang kini kurang dititik beratkan oleh generasi muda. Asal sahaja makan secara sihat dan menjaga kesihatan diri, berpantang jadi mudah.
Pun begitu semuanya bergantung kepada tubuh masing-masing. Namun pesanan orang-orang lama jangan diabaikan kerana amalan kesihatan yang dibawa mereka juga sememangnya baik untuk kita.
Perkongsian Pn Mastura Rashid mengenai pesanan dari ibu mentuanya ini perlu kita amalkan. Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh kita sendiri bahkan juga untuk mengekalkan kerukunan rumah tangga. Barulah suami makin sayang.
Tiga pesanan untuk para isteri. Beberapa tahun lepas, saya pernah kongsikan pesanan ini. Dan hari ni saya nak kongsikan semula untuk renungan para isteri sekalian.
Sejak saya bersalinkan anak pertama, inilah pesanan mak mentua yang saya ingat hingga kini, dan insyaAllah akan saya perturunkan pada anak perempuan apabila mereka berkahwin kelak.
1. Jaga kesihatan rahim Berpantanglah dengan betul. Kerana sebenarnya waktu pantang adalah waktu terbaik untuk ibu pulihkan badan. Bimbang dah habis pantang nanti, sakit sana sini.
Jauhkan diri dari disentuh suami hingga terangsang, bimbang kelak mengundang penyakit dalaman. Makanlah berpada-pada dan pastikan ia berkhasiat untuk menambah susu, memulihkan tenaga badan dan memperbaiki emosi.
Ads
Pastikan cukup minum air supaya badan tak lesu dan sembelit. Bertungku, berdiang, berbarut, berbengkung, mandi herba wajib.
Cerita mak mentua lagi, biasanya sebelum pergi kerja, ayah mentua akan panaskan 6 biji tungku seawal jam 4 pagi untuk kegunaan mak mentua. Petang pun bertungku lagi.
Serius dia sangat berdisiplin, tambahan lagi ayah mentua memang put all effort dalam menjaga kebajikan mak mentua dalam pantang apabila dia tidak bertugas di hutan.
Disebabkan dari muda hingga tua sentiasa berpindah-randah dari satu kem askar ke kem askar yang lain, buatkan mak mertua sangat menjaga kesihatan dalamannya sebagai seorang ibu dan isteri. Kesihatan rahim ini juga termasuklah kebersihan dan kesihatan faraj.
Ada juga saya kongsikan beberapa senaman khas untuk merapi dan merapat faraj. Tak perlu meruang. Tak perlu sumbat apa-apa ya.
Ads
2. Jaga kecantikan payudara Kecantikan payudara antara perkara yang mak mentua selalu tekankan. Pesannya, jangan sampai boleh dilipat ke belakang.
Walaupun setiap payudara wanita berlainan bentuk, penjagaannya tetap sama. Saya pernah kongsikan cara urutan payudara dalam CMT.
Sentiasa urut dan sapu minyak supaya tak berkedut, tak kendur terlalu awal. Paling baik adalah minyak khusus untuk urutan payudara, tetapi jika tiada, boleh guna flax seed oil atau minyak halba sendiri. InsyaAllah ada masa saya kongsikan cara buat basic breast oil ni ya.
3. Masuk ke dapur Dua perkara utama yang sentiasa mak mentua pesan adalah, jaga perut dan nafsu suami. Jika bergaduh, jangan sesekali mogok tak masak. Suami mudah dipujuk melalui masakan air tangan isteri. Mudah dipujuk dengan sentuhan dan belaian. Jadi jaga kehendaknya, jangan sesekali menolak tanpa sebab.
Nombor 1, 2 dan 3 jika dijaga, insyaAllah akan buatkan suami bertambah lagi rasa cintanya.
Ads
Semoga perkongsian pagi ni beri manfaat pada semua. Dan kita ubah untuk suami tercinta.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Ayu Raudhah yang selamat menimang cahaya mata ketujuhnya di sebuah pusat perubatan swasta di Seremban semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya Zaquan Adha yang memberitahu isterinya melahirkan anak ketujuh mereka iaitu bayi lelaki pada 2 Ogos tengah hari semalam.
Zaquan juga turut memuat naik gambarnya yang setia menemani Ayu di dalam wad semalam.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki. Ayu tengah rehat, saya pula nak balik rumah untuk uruskan uri anak.
“Untuk suami di luar sana, biarlah kita yang uruskan, cuci dan tanam.
“Selain itu, saya juga nak ambil kakak dan juga abang-abang yang lain untuk tengok reaksi mereka dengan baby baru,” katanya menerusi Insta Story.
Paling istimewa, kelahiran anak baharu ini juga sebagai hadiah hari jadi ke-38 buat Zaquan.
Zaquan juga turut menerima ucapan hari lahir dan sebiji kek bagi meraikan bersama-sama bayinya.
Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan enam anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam kini berusia setahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak sihat, ibu ayah pun tenang.” Tapi bagaimana kalau tanpa sedar, makanan yang disuap kepada anak setiap hari menjadi punca racun yang merosakkan tubuh mereka? Inilah realiti yang berlaku di sebuah tadika swasta di China, apabila lebih 200 kanak-kanak menjadi mangsa keracunan plumbum — akibat makanan yang sepatutnya menyihatkan, tetapi sebaliknya penuh bahaya tersembunyi.
Tragedi Bila Makanan Menjadi Racun
Menurut laporan, sebuah tadika swasta di Tianshui, Wilayah Gansu kini mencetuskan kegemparan apabila 233 daripada 251 murid mengalami keracunan plumbum, dipercayai berpunca daripada makanan yang disediakan oleh pihak kantin.
Menurut laporan antarabangsa, ujian makmal mengesahkan bahawa beberapa jenis makanan yang disediakan di kantin termasuk kek tamar merah kukus dan roti sosej jagung yang mengandungi plumbum sehingga 2,000 kali ganda melebihi paras selamat.
Gambar Hiasan AI
Lebih mengejutkan, siasatan awal mendapati bahawa cat industri yang berbahaya telah digunakan untuk mencantikkan rupa makanan, kononnya bagi menarik perhatian ibu bapa dan meningkatkan bilangan pendaftaran murid.
Simptom Keracunan: Bila Anak Tiba-Tiba Tak Sihat
Kesemua ini mula terbongkar selepas beberapa ibu bapa membuat aduan bahawa anak mereka menunjukkan simptom luar biasa:
Sakit perut berpanjangan
Keletihan melampau
Bau mulut kuat
Keguguran rambut
Mudah marah dan murung
Sebanyak 201 kanak-kanak telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala pihak berkuasa telah menahan lapan individu termasuk pengetua dan kakitangan kantin untuk siasatan atas kesalahan berkaitan keselamatan makanan dan kesihatan awam.
Plumbum: Bahaya Untuk Anak Kecil
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiada paras pendedahan plumbum yang dianggap selamat bagi kanak-kanak. Walaupun hanya dalam jumlah kecil, plumbum boleh menjejaskan:
🧠 Perkembangan otak dan IQ 🫁 Sistem saraf dan fungsi organ penting 🗣️ Kemahiran bahasa, pertuturan dan pembelajaran 😔 Tingkah laku dan emosi
Plumbum tidak dapat dilihat, tidak dapat dihidu tetapi kesannya kekal dan boleh memusnahkan masa depan anak-anak yang terdedah kepadanya.
5 Langkah Lindungi Anak Dari Risiko Serupa
Sebagai ibu ayah, kita mungkin tak mampu mengawal setiap aspek di luar rumah, tetapi kita mampu bertanya, memerhati dan mengambil tindakan. Berikut antara langkah penting yang boleh kita amalkan:
✅ Ambil tahu tentang penyediaan makanan di tadika atau pusat jagaan anak. Tanya menu mingguan, sumber bekalan dan kaedah penyediaan.
✅ Elakkan makanan yang berwarna-warni luar biasa atau terlalu menarik secara visual. Kadangkala warna yang cantik menyembunyikan pewarna berbahaya.
✅ Galakkan anak bawa bekal dari rumah, terutama jika ibu ayah ragu-ragu dengan makanan luar.
✅ Perhatikan perubahan kesihatan anak. Jika anak kerap keletihan, sakit perut atau menunjukkan tingkah laku pelik — terus bawa ke klinik.
✅ Suarakan kebimbangan kepada pengurusan tadika. Hak ibu bapa untuk tahu apa yang anak makan setiap hari.
Pa&Ma Prihatin
Kes di China ini menjadi wake up call kepada semua ibu bapa bahawa kita tidak boleh ambil mudah soal pemakanan anak, terutama yang masih kecil dan belum pandai melindungi diri.
Makanan bukan sekadar untuk kenyang, tetapi asas kepada kesihatan, perkembangan otak dan tumbesaran si manja. Apa yang mereka makan hari ini, akan menentukan siapa mereka esok hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini, menerusi akaun instagramnya, dia mengumumkan nama anak perempuannya yang agak rare dan memuatnaik sekeping gambar anaknya yang sangat comel.
Setelah hampir empat tahun menunggu cahaya mata setelah melahirkan anak sulung lelaki 4 tahun lepas, pasti pasangan ini sangat merindui tangisan si kecil dalam keluarga mereka.
Assalamualaikum. Memperkenalkan my baby girl, my princess. Nama dia YUKI. Yuki means “happiness” / “snow”. Semoga ada nya Yuki dalam family kecil kami akan mendatangkan lebih kebahagiaan. Amin.
Cik Epal telah selamat melahirkan anak perempuannya pada minggu lepas, dia juga ada memuatnaik gambar beserta kepsyen seolah tahu dirinya akan melahirkan si comel ini.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.