Bersalin seminggu awal berbanding tarikh jangkaan, penyanyi Adira Suhaimi bersyukur, urusan melahirkan anak ketiganya berjalan lancar.
Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 28, berkata bayi perempuan seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan 8 Ogos lalu jam 1.20 tengah hari.
“Alhamdulillah, semuanya sudah selamat dan bayi juga sihat. Cuma, saya masih lemah, mungkin kesan ubat selepas pembedahan.
Ads
“Mengikut perkiraan awal, saya dijadualkan bersalin pada 16 Ogos ini, namun dimasukkan ke hospital, malam kelmarin selepas menunjukkan tanda mahu bersalin.
“Mengenai nama, saya memilih pangkal huruf A, sama seperti kakak dan abangnya, cuma masih belum ditentukan. Ada ketika, nama anak itu datang secara spontan,” katanya.
Ads
Penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Terdahulu, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Anggrek yang dilahirkan pada 10 Mac 2017, manakala Asan pada 9 September 2018.
Berita gembira itu turut dikongsi suami Adira menerusi Instagram yang menyifatkan, kehadiran bayi itu sebagai rezeki tidak ternilai dalam rumah tangga mereka.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tak sedih, sejak dari 2019 hingga kini masih belum ada rezeki untuk peluk anak seperti orang lain. Empat kali mengandung, empat kali juga kehilangan anak. Pengalaman ini bukan semua ibu mampu laluinya namun apakan daya, Allah sebaik-baik perancang. Biarpun dah berusaha untuk menjaga kandungan sebaik mungkin, takdir Allah tak dapat juga bertahan sehingga 9 bulan.
Kisah sedih yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, Puan Nurul Farhana sungguh sebak apabila dia dah cuba bertahan tetapi akhirnya tak kesampaian apabila doktor terpaksa juga mengeluarkan anak dalam kandungan atas sebab-sebab tertentu.
Terhenti perjalanan 23 minggu
Terhentinya perjalanan di minggu 23. Alhamdulillah. Saya sudah selamat melahirkan anak syurga ke 4 secara pembedahan pada petang 9 November lalu.
Memang ramai yang tidak tahu saya mengandung lagi. Hanya keluarga terdekat dan teman sekerja yang kebanyakannya tahu.
Jika diteruskan kandungan, boleh ancam nyawa
Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk menjaga kandungan ini. Antaranya pemasangan Mcdonald cerclage (jahit pangkal rahim) dan pemantauan doktor pakar setiap 2 minggu sekali.
Namun apakan daya, semalam jahitan tersebut terpaksa dibuka dengan kadar segera kerana keadaan pada masa tersebut baby sedang struggle untuk keluar (ketika jahitan masih lagi belum dibuka) yang mana menyebabkan rahim saya hampir pecah dan boleh membawa maut.
Bila sudah dibuka jahitan tersebut, sekali lagi saya diuji apabila baby berada dalam keadaan melintang dan tangannya yang masuk laluan untuk keluar. Jadi doktor pakar decide kena operation sebab mustahil baby dapat keluar dalam keadaan normal memandangkan fizikal baby yang sudah besar (600 gram).
Maka saya telah menjalani operation dan alhamdulillah baby telah dapat dikeluarkan lebih kurang pada pukul 4 setengah petang.
Bersyukur Allah masih panjangkan nyawa saya. Sungguh pada sepanjang melahirkan anak ini, kesakitan yang sangat luar biasa lebih lebih lagi ketika membuka jahitan tanpa bius dan pada masa yang sama benang tersebut sukar dijumpai doktor sehinggakan banyak kali doktor kejutkan ketika saya sudah berada dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri. Allah sahaja yang tahu.
Kehilangan yang perit tapi perlu reda
Allah Maha Baik. Apa yang terjadi ada hikmahnya walaupun saya sedar keadaan untuk menghadapi kehilangan anak Syurga yang ke 4 bukanlah mudah.
Oh ya.. baby boy tau. Nama diberi Wan Muhammad Isa Faed. Alhamdulillah sudah selamat dikebumikan berdekatan pusara abang-abangnya ❤️
Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus terutama suami, keluarga, keluarga mertua, kawan baik, teman sekerja yang tidak putus-putus memberikan semangat dan doa. Hanya Allah yang mampu membalasnya untuk kalian. Terima kasih atas segalanya.
Menjadi satu kejayaan dan kelegaan bagi kita bila mana anak duduk diam dan mendengar kata. Hakikatnya lumrah anak kecil adalah bermain dan aktif sepanjang masa. Kita perlu risau bila mana anak asyik duduk diam sambil menghadap gajet berbanding bermain terlompat sana sini.
Walau hanya sekadar menonton televisyen, namun masih perlu dirisaukan. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin Azmi. Jadi biar anak kita melompat aktif sana sini berbanding menghadap gajet yang merisaukan.
Hari ni, saya cuba perlahan ambil hp dari seorang pesakit 3 tahun lebih. Ikutkan dah nak masuk 4 tahun.
Bukan apa, maknya bagi tau anak ni guna hp dari pagi lepas celik mata sampai malam.
“Kalau tak bagi hp apa jadi, puan?”
“Dia mengamuk doktor. Berguling-guling. Tak tahan nak menghadapnya.”
Asalnya masuk wad sebab lain, lepas tu kami perasan dia ‘morbidly obese’ maksudnya obesity yang membahayakan kesihatan. Kemudian kami noticed dia tak boleh bertutur sebarang single word.
Mak pula nampak penat, sebab anak ni asyik mengamuk, tantrum, sukar dikawal dan senyap bila dapat hp sahaja.
“Lama dah ke exposure gadget ni?”
“Sejak umur anak 8-9 bulan macam tu. Saya kadang-kadang cuba stopkan hp, saya bagi dia tengok tv..”
Maaf puan, TV pun sama. Any electronic screen yang diberi excessive macam ni memang boleh ganggu perkembangan anak.
Kesannya akan nampak pada pertuturan, kesihatan fizikal cth berat badan sebab dia tak gerak, dan juga sikap dia. Satu lagi executive function.
Anak kena BERMAIN, BERGERAK, EKSPLORASI. Maka saya terangkanlah lanjut pada ibu.
Saya sekadar berkongsi disini, semoga ada manfaat.
Satu kajian di NZ tahun 2021, di mana mereka mengkaji simtom inattention/hyperactivity dan executive function dan kaitan dengan skrin exposure.
Executive function tu kebolehan anak-anak untuk ‘self control’, merancang, mengikut arahan, stay focus dan beberapa lagi.
Bukan apa sebab selepas PKP ni makin tak menang tangan kami sebab banyak kes rujukan kanak-kanak terlewat perkembangan.
Bila ditanya, kebanyakan ada exposure pada electronic screen (sama ada TV atau gajet) melebihi 4-6jam sehari sepanjang PKP.
Memang tak terkejut, kajian tadi menemui ada kaitan antara pendedahan berlebihan pada skrin dan kesannya pada executive function anak.
Dimana jika pendedahan berlaku sekitar 2 tahun, poor performance of executive function dapat dilihat pada usia 4-5 tahun.
Juga mereka menemui perkaitan antara MAKAN di depan skrin dan POOR PERFORMANCE pada executive function anak pada usia 4.5. tahun.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah adik Muhammad Fawwaz yang sebelum ini dihempap peti ais tahun lalu telah mendapat perhatian rakyat Malaysia. Perkembangan kesihatannya sentiasa dikongsi oleh bapanya, Mohd Bukhari Zainal Anuar dari semasa ke semasa.
Terbaru melalui perkongsian di FB Mohd Bukhari Zainal Anuar, nampaknya Fawwaz mula menunjukkan perkembangan positif setiap hari berbanding sebelum ini kerap mengalami kekejangan dan muntah.
Syukur Alhamdulillah. Tahap kesihatan anakanda Muhammad Fawwaz Adli semakin menunjukkan perkembangan yang positif dari hari ke hari. Pergerakkan anggota tangan dan kaki juga dah semakin aktif.
Tak ada lagi kekejangan, sembelit dan muntah-muntah. Berat badan pun semakin naik. Semoga ada sinar untuk Fawwaz sembuh dan kembali sihat seperti dulu. Adik-adik dah rindu nak main-main dengan along Fawwaz.
Menerusi laporan media sebelum ini, kehidupan Fawwaz dari seorang anak yang sihat dan aktif berubah sekelip mata selepas dia dihempap peti ais di dalam rumahnya.
Kejadian yang berlaku itu hanya disedari ahli keluarga ketika melihat peti ais itu sudah menghempapnya dan tidak dapat dipastikan bagaimana boleh terjatuh. Kini ia benar-benar membuatkan Fawwaz hanya terbaring sahaja.
Malah menurut doktor kesan kecederaan yang dialami di bahagian kepala Fawwaz mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Penjagaan rapi diperlukan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Tambah bapa adik Fawwaz, perkembangan postif yang ditunjukkan Fawwaz ini pun adalah atas usaha doktor yang sentiasa merawatnya selain doa orang ramai yang tak pernah putus untuknya.
Sumbangan dan bantuan dari pelbagai pihak juga sedikit sebanyak membantu meringankan urusan untuk menguruskan Fawwaz kerana dia hanya bergantung pada susu khas untuk minum dan menaikkan berat badannya.
Beraya dengan bayi boleh menjadi mencabar jika tiada persediaan. Ikuti tip penting ini supaya mak ayah dapat menikmati raya dengan lebih tenang, selamat dan menyeronokkan.