Kisah adik Muhammad Fawwaz yang sebelum ini dihempap peti ais tahun lalu telah mendapat perhatian rakyat Malaysia. Perkembangan kesihatannya sentiasa dikongsi oleh bapanya, Mohd Bukhari Zainal Anuar dari semasa ke semasa.
Terbaru melalui perkongsian di FB Mohd Bukhari Zainal Anuar, nampaknya Fawwaz mula menunjukkan perkembangan positif setiap hari berbanding sebelum ini kerap mengalami kekejangan dan muntah.
Syukur Alhamdulillah. Tahap kesihatan anakanda Muhammad Fawwaz Adli semakin menunjukkan perkembangan yang positif dari hari ke hari. Pergerakkan anggota tangan dan kaki juga dah semakin aktif.
Tak ada lagi kekejangan, sembelit dan muntah-muntah. Berat badan pun semakin naik. Semoga ada sinar untuk Fawwaz sembuh dan kembali sihat seperti dulu. Adik-adik dah rindu nak main-main dengan along Fawwaz.
Ads
Menerusi laporan media sebelum ini, kehidupan Fawwaz dari seorang anak yang sihat dan aktif berubah sekelip mata selepas dia dihempap peti ais di dalam rumahnya.
Ads
Kejadian yang berlaku itu hanya disedari ahli keluarga ketika melihat peti ais itu sudah menghempapnya dan tidak dapat dipastikan bagaimana boleh terjatuh. Kini ia benar-benar membuatkan Fawwaz hanya terbaring sahaja.
Malah menurut doktor kesan kecederaan yang dialami di bahagian kepala Fawwaz mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Penjagaan rapi diperlukan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Tambah bapa adik Fawwaz, perkembangan postif yang ditunjukkan Fawwaz ini pun adalah atas usaha doktor yang sentiasa merawatnya selain doa orang ramai yang tak pernah putus untuknya.
Sumbangan dan bantuan dari pelbagai pihak juga sedikit sebanyak membantu meringankan urusan untuk menguruskan Fawwaz kerana dia hanya bergantung pada susu khas untuk minum dan menaikkan berat badannya.
Jumaat yang lalu pengacara dan pelakon Nadzmi Adhwa melalui akaun Instagram miliknya mengumumkan bahawa isteri tercinta, Ardell Aryana yang juga seorang pelakon telah selamat melahirkan anak perempuan pertama mereka.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 16 jam, namun akhirnya semuanya selamat. Walaupun begitu, menurut salah satu posting di Instagram Babyadhwardell, Nadzmi memaklumkan bahawa isterinya itu mengalami pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan dia muntah tanpa henti selepas melahirkan puteri mereka.
“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan umie . Selepas je selamat melahirkan saya umie muntah terus pengsan sampai keesokkan harinya umi cuba bangun nurse mandi kan umie muntah lagi kemudian umie pengsan terus dalam tandas sebab umie turun banyak darah tapi umie tetap juga kuat. Alhamdulillah hariini umie saya da makin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi . Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” tulisnya
Dalam satu posting yang lain di akaun miliknya sendiri, Nadzmi berkongsi video menunjukkan wajah puteri sulung mereka.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi berkongsi gerangan nama yang diberi kepada cahaya mata pertama mereka itu.
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa menjadi pilihan yang diambil sempena nama dua orang srikandi Islam yang terkenal.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi mengucapkan rasa syukurnya dengan kurniaan dari Ilahi untuk dia dan isterinya Ardell.
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa @babyadhwardell My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini . Salam Jumaat,” tulisnya lagi.
Sementara itu, Ardell juga turut memuat naik gambar puterinya di akaun Instagram memperkenalkan nama buat bayi perempuannya yang kini sudah berusia 7 hari.
“Assalamualaikum nama saya
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa
Lahir pada pukul 2:22:22s pagi Jumaat 5/6/2020 @babyadhwardell,” tulis Ardell
Menjawab salah satu komen yang bertanyakan tentang maksud nama pilihan untuk puterinya, Ardell menjawab bahawa nama tersebut diambil sempena nama dua orang srikandi Islam iaitu Arwa Binti Kuraiz dan juga Malaikha Urwa.
Ardell juga turut menerangkan siapakah kedua-dua srikandi berkenaan dalam komen tersebut.
“Alhamdulillah .. saya mintak maaf , saya jawab sedikit ya . Nama anak ini tiada kaitan gabungan nama antara saya dan suami . Saya beri maksud nama anak saya mungkin nama nya jarang kedengaran .
“Sebelum andaian yang lain keluar saya terang kan serba sedikit supya ia jelas • Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.
“Malaika Urwa : Wanita Islam yang hebat , dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11,” jelasnya lagi.
Makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan kerang memang tinggi dengan sumber zat besi, zink, protein dan lain-lan nutrisi yang perlu buat wanita hamil.
Tidak hanya itu, makanan laut terutamanya ikan juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang sangat bagus untuk pembentukan dan perkembangan si kecil dalam kandungan.
Pun begitu bukan semua ikan boleh dimakan dengan selamat bagi ibu mengandung. Semuanya kerana kandungan merkuri dalam ikan tersebut yang tinggi dan tidak sesuai untuk ibu dan bayi di dalam kandungan.
Kesan tinggi merkuri pada ibu hamil
Masalah sistem saraf bayi akan terjejas pada:
* Isu pada otak bayi.
* Isu pada jantung bayi.
* Dalam kes lebih teruk, ia akan merencatkan tumbesaran mereka di dalam kandungan yang boleh memberi kesan apabila lahir kelak
Jenis ikan yang tinggi merkuri biasanya adalah pemangsa dan bersaiz besar, contoh seperti berikut:
* Ikan jerung
* Ikan todak
* Ikan tuna
* Ikan marlin
* Ikan mackerel
* Ikan tilefish
* Ikan orange roughy
Selain ikan tinggi merkuri, di bawah ini juga termasuk ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung kerana mengandungi bahaya akibat pencemaran di dalam air:
* Ikan kerapu
* Ikan keli
* Ikan bluefish
* Ikan sablefish
* Ikan pacific cod
* Ikan pacific ocean perch
Mungkin ada lagi beberapa jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung yang tidak nyatakan. Sebaiknya, dapatkan informasi yang lebih tepat daripada doktor.
Sekiranya wanita hamil masih mahu makan ikan dan makanan laut lain, tiada masalah asalkan anda elakkan daripada mengambil jenis-jenis ikan yang tidak boleh dimakan seperti yang dinyatakan di atas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak ekzema dan alahan protein susu lembu, Zahirah Macwilson beri semula susu badan. Anak kedua Zahirah dan Aiman Hakim, Inara Raisa mengalami ekzema dan alahan protein susu lembu.
Inara telah dimasukkan wad di hospital beberapa hari lalu. Maka disebab itulah Zahirah telah berhenti memberikan susu formula kepada Inara bagi mengelakkan masalah itu daripada terus berulang.
Berikut perkongsian Zahirah di laman Instagramnya.
Alhamdulillah, Inara semakin baik, kami telah dibenarkan pulang malam tadi.
Terima kasih kepada semua atas doa, nasihat dan kata-kata baik.
Saya akan berehat seketika dari mencuba susu formula dan memberi tumpuan semula kepada perjalanan penyusuan susu ibu demi kesihatan bayi perempuan kami kerana dia mengalami ekzema ringan & CMPA (Alergi Protein Susu Lembu). Seluruh badannya terjejas dan matanya bengkak.
Saya sedang cuba meningkatkan bekalan susu dengan penyusuan langsung yang berterusan, mengepam, minum banyak air, makan, berehat dan semua perkara yang boleh membantu meningkatkan bekalan susu.
Jika ada sesiapa yang sedang menghadapi cabaran yang sama, anda tidak bersendirian! Dan ia bukanlah mudah!
Sebarang cadangan untuk meningkatkan bekalan susu, saya amat menghargai dan sudi berkongsi dengan anda semua.
Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi CMPA, dapatkan nasihat daripada pakar pediatrik/doktor mengenai formula yang sesuai digunakan. Pilihan lain termasuk; berasaskan soya, beras, dan berasaskan asid amino.
Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.