Tangisan mulai jatuh ke pipi, pelbagai perasaan yang dirasai oleh ibu muda ini apabila terpaksa berpisah dengan anaknya sendiri.
Di saat usianya 19 tahun, Jeong So Hyang (kini 21 tahun) telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas tuduhan mencuri.
Lebih menyedihkan, ibu muda ini sebatang kara dan tidak mempunyai ahli keluarga lain. Hanya cahaya mata satu-satunya sahaja yang telah menemani kehidupanya selama hampir 1 tahun 5 bulan.
Jeong So melahirkan dan membesarkan anaknya iaitu Jeon Ga Eun kini berusia 1 tahun 5 bulan di dalam penjara.
Jeong So Hyang merupakan ibu tunggal dan tidak memiliki keluarga selain Jeong Ga Eun.
Walaupun tinggal di penjara, banduan wanita di sana dibenarkan menguruskan anak mereka dengan kemudahan yang lengkap termasuklah pemeriksaan percuma daripada doktor.
Namun paling mneyedihkan, ibu-ibu dipenjara dikatakan hanya dapat membesarkan sehingga anak menjangkau usia 1 tahun lebih saja.
Ads
Rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak melihat ibu dan pengalaman yang dilalui oleh anak kecil ini.
Sherharraz anak sulung kepada Chot dan Isteri, mengalami masalah jantung ketika dilahirkan. Beberapa pembedahan sudah dijalankan namun Allah lebih sayangkanya.
Assalamualaikum..
13 June 2019 2.58 pagi lahir lah anak bertuah kami.. Harini genap setahun umur anak syurga ku MUHAMAD SHER HARRAZ BIN HAZMEER .. SAYANG , selamat hari lahir yang ke setahun buat MUHAMMAD SHER HARRAZ..walaupun dia hanya pinjam kan anak syurga selama 4bulan tapi bagi kami itu sudah cukup bermakna dalam hati ni.. itu saat paling manis dan berharga pada kami selama anak syurga ada ..sekejap sungguh mase berlalu pergi meninggalkan kami.. Rindu nye tiada penghujungnya pada anak syurga mmy d..mmy dd tak kan lupakan anak syurga sampai akhir hayat kami.. semoga rohnya dicucuri rahmat allah swt.. AL FATIHAH
Terima kasih juga padamu ya allah berikan kami pengganti untuk anak syurga.. insyaallah same2 doakan nanti urusan saya dipermudahkan, aminn..
Memahami kekangan kewangan bagi keluarga berpendapatan sederhana ke bawah dan dalam keadaan negara sedang menghadapi proses pemulihan ekonomi, kerajaan komited untuk terus membantu dalam usaha mengurangkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat.
Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa tiga melibatkan lima juta penerima bukan di kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dibuat sebelum akhir Julai ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran berkenaan membabitkan RM3 bilion terdiri daripada 3.8 juta kategori isi rumah dan 1.2 juta individu bujang.
Bantuan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun, maksimum 4 orang
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penerima kategori isi rumah yang menerima bantuan sebanyak RM600 layak menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak yang berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.
“Misalnya, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat anak akan mendapat RM1,080,” katanya dalam kenyataan media Laporan Ke-11 Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) bagi Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, seperti yang diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta fasa kedua dan ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (tiada akaun bank) akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 yang diselaraskan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak)
Usaha itu katanya, bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta.
Dalam perkembangan berasingan, beliau menambah, sebanyak 4.34 juta permohonan telah diluluskan dengan pengeluaran berjumlah RM2.17 bilion sebulan sehingga 26 Jun lepas bagi program i-Lestari KWSP.
“Kerajaan sedar walaupun masih ada bantuan-bantuan yang lain seperti BPN, BSH, SOCSO, EIS, zakat, dan sebagainya, masih ada golongan rakyat yang berkeadaan amat kekurangan,” katanya.
Kerajaan akan terus cari jalan penyelesaian
Ekoran itu, beliau menegaskan kerajaan tidak memandang ringan aspek keselamatan sosial rakyat dan bantuan pakej PRIHATIN dan PENJANA disasarkan untuk membantu dalam jangka masa pendek.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus memantau rapat situasi semasa untuk mencari jalan penyelesaian yang mampan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Irene Nadia, blogger & instafamous yang dikenali. Pada usia 27 tahun sudah ada 4 anak. Bantuan suami dalam mendidik & menjaga anak membuatkan ibu muda ini tidak kisah ada anak ramai.
Perkahwinannya sebelum ulang tahun kelahiran ke-21, Irene awalnya merancang untuk menangguhkan dulu hasrat memiliki cahaya mata kerana masih bergelar pelajar. Namun selepas bernikah, ada perasaan ingin memiliki anak sendiri. Pelan asal bertukar, dia dan suami, Mohd Amirul ingin segera memiliki anak pertama.
Belajar dengan suami cara jaga anak
“Irene memang suka anak ramai. Suami jenis melayan anak. Budak-budak pun mudah rapat dengan dia. Mak mertua Irene dulu pengasuh. Suami dah terbiasa dengan situasi ramai dikelilingi ramai kanak-kanak. Jadi dia tumpang sekali jaga budak-budak.
“Sampaikan budak-budak yang mak dia mengasuh tu pun memang rapat dengan dia. Kakak ipar pun pelik, macam mana budak-budak boleh rapat dengan dia ni. Mungkin dari situ pun support untuk Irene. Setengah orang kan tak nak anak ramai sebab isteri kena jaga sendiri. Tapi bagi Irene anak ramai bukan Irene seorang yang jaga, suami pun bertanggungjawab menjaga bersama-sama,” kata ibu muda ini.
Jaga pemakanan kekalkan kesuburan
Memiliki 4 anak dengan mudah, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana Irene mengekalkan kesuburan.
“Irene dulu pun bersalin secara caesar, tapi tetap amalkan pemakanan sihat. Dengn banyakkan makanan seperti fastfood dan sebagainya, memang susah nak lawan. Irene ambil makanan tambahan untuk dalaman Irene. Even macam masa bersalin tu pun Irene memang jaga daripada pantang untuk make sure luka dalaman betul-betul sembuh.
Bila badan sihat, emosi akan baik
Ibu muda ini tahu setiap kali nak bersalin, dia perlu menjaga anak-anak yang yang lain selain bayi yang baru lahir. Maka dari situ dia bermotivasi untuk kekal cergas & sihat. “Irene tak boleh dalam keadaan beremosi. Apabila badan tidak sihat, kita akan jadi emosi sebab anak kita ramai. Menjaga pemakanna & kesihatan amat penting supaya sentiasa positif. Mungkin dari situ situ juga Irene maintain kesuburan & senang untuk conceive,” kata Irene kepada Pa&Ma.
Suami jaga masa berpantang
Irene juga turut berkongsi rutin berpantang yang diamalkan. “Anak pertama Irene bersalin secara pembedahan caesarean. Ibu mertua yang jaga dan kalau di sebelah utara, berpantang memang betul-betul. Ada semua step seperti bertungku dan berbengkung.
“Bila anak kedua lahir, ibu mertua jaga tetapi sekejap sahaja. Suami yang jaga sehinggalah bersalin anak ketiga. Ketika kelahiran anak keempat, Hud Hydar saya berpantang sendiri kerana ibu mertua tak berapa sihat ketika itu. Ada juga mendapatkan perkhidmatan perawat pantang. Husband pun boleh jadi confinement lady juga,” kata Irene sambil ketawa.
Murahnya rezeki pasangan ini dikurniakan 4 cahaya mata comel dan pintar pada usia yang muda. “Dulu anak pertama lahir caesar & tak sampai 2 tahun pregnant balik. Anak nombor 1 umur 1 tahun 3 bulan Irene hamil lagi. Dan masa anak nombor 2 tak sampai 2 tahun Irene hamil anak nombor 3. Dan anak nombor 3 tak sampai 2 tahun Irene hamil anak keempat, Hud Hydar ini pula. Jadi anak yang seterusnya saya dan suami nak betul-betul rancang,” kata Irene berseloroh.
Anak rapat dengan ayah
Irene tidak menafikan ramai yang bertanya bagaimana anak-anak rapat dengan suaminya. Keprihatinan suaminya mungkin menjadi punca. “Kalau anak menangis, dia yang pergi dulu. Maksudnya anak-anak faham keprihatinan ayah mereka. Kalau anak sakit pun, dia yang berjaga malam yang ambil tugas. Mungkin suami faham Irene menjaga bayi & menyusukan, jadi dia ambil tugas lain termasuk menjaga anak-anak yang lain.
Bagi memgetahui persiapan raya Irene, boleh dapatkan Pa&Ma edisi Jun 2018 yang menampilkan anak keempatnya, Hud Haydar sebagai bayi muka depan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!