“Bersalin Operate Pun Boleh Baik Cepat.” Berpantang Dengan Betul Dan Disokong Orang-Orang Terdekat, Bantu Sarah Pulih Segera Selepas Melahirkan Noura Imaan

Share

Pengasas Modvier yang juga seorang Instafamous, Sarah Shahnor, baharu sahaja melahirkan anaknya yang ketiga tidak lama dahulu. Berkongsi tentang pengalamannya ketika berpantang, dia mengatakan melahirkan secara pembedahan juga jika dijaga dengan betul, ibu boleh pulih dengan baik.

Menurut Sarah lagi, waktu pantangnya berjalan dengan baik kerana dijaga sepenuhnya oleh CL yang komited. Katanya, CL menjaga dia dan anaknya dengan baik dari kepala ke hujung kaki. Itulah yang memudahkan dia berpantang kerana dia dapat berehat secukupnya dalam tempoh berpantang.

Selain makanan pantang yang enak dan penuh protein dan serat, Sarah juga mengamalkan meminum air masak secukupnya untuk sembuh cepat.

Tambah Sarah lagi, ketika dalam pantang kita perlu mempunyai sistem sokongan yang baik. Minta bantuan dari ahli keluarga untuk membantu kerja yang biasanya anda buat. Katakanlah anda bukan seorang yang selesa mengenakan kain batik ketika berpantang, pilihlah seluar mengandung atau skirt panjang yang longgar.

Sesetengah hospital menyarankan ibu yang bersalin secara pembedahan untuk memakai compression socks yang dapat membantu aliran darah. Selain itu, pakailah seluar dalam yang tinggi supaya getahnya berada pada perut dan bukannya di atas luka pembedahan.

Akhir sekali, katanya jika sudah mandi herba dan diurut ibu biasanya berbau seperti jamu. Tambah Sarah, ibu haruslah jaga diri sendiri dan lakukan rutin penjagaan wajah seperti biasa.

Betul apa yang dikatakan oleh Sarah, biarpun sedang berpantang para ibu harusah menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Bukan sahaja lebih selesa, tetapi ibu juga akan menjadi lebih berkeyakinan.

SUMBER: Laman Instagram SARAH SHAHNOR

 

IKLAN