Nama yang cukup gah, malah legasinya di dalam dunia solekan bukan biasa-biasa. Dengan lebih 1.7 juta pengikutnya di instagram membolehkan wanita cantik kelahiran Tanjung Dawai ini cukup dikenali.
Biarpun sudah terbang jauh dalam dunia perniagaan, namun ibu kepada tiga anak ini tetap sama. Malah MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini tetap memilih untuk hidup sederhana. Dia tidak bermegah-megah walaupun terlebih mampu untuk hidup mewah seperti ahli perniagaan lain.
Berkongsi cerita di facebooknya, Make up by Bellaz, Bella nyata tidak malu untuk mendedahkan kehidupan sebenar yang dilalui. Malah Bella turut berkongsi beberapa gambar rumahnya yang cukup sederhana dan koleksi fotonya ketika makan bersama anak-anak juga ketika mengandungkan anak ketiganya, Ean Yusof.
“I love my family…saya macam ni ja hampaa. Terapkan anak-anak dengan suasana macam ni selalu.
Bersederhana tu lebih indah,” kongsinya.
Biarpun sudah menyiapkan rumah baru untuk didiami malah masih di dalam proses, namun Bella tidak pernah meninggalkan kehidupannya yang terdahulu. Dia mahu hidup bersederhana.
Itu juga yang mahu diterapkan buat anak-anaknya yang sedang membesar. Itulah yang sebaiknya agar anak-anak tidak dimewahkan dan lebih mengetahui bagaimana mencabarnya kehidupan susah dan senang ibunya.
Ads
Pesan Jangan Lupa Diri
Malah katanya lagi, walau setinggi mana pun kita berada, usahlah lupa diri dan sentiasalah memaafkan orang-orang disekeliling kita. Itulah yang sebaik dan inilah yang sentiasa di pegang wanita berdarah campuran Melayu Turki ini lagi.
“Syukur selalu, jangan lupa pada yg Maha Esa. Sesungguhnya rezeki kita dia yang beri, jadi hidup ini sentiasalah menunduk selalu agar kita tidak terpaling pada mata-mata kemasyuran yang boleh membawa lalai dan lupa akan dimana kita bermula. Sentiasa memaafkan orang dan selalu meminta maaf.
Ads
“Terima kasih suami, ma ,abah kawan-kawan yang selalu bagi nasihat dorongan yang kuat buat saya. Saya doakan hampa semua sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa positive.
“Ingat benda yang paling berharga iaitu kesihatan kudrat yang Allah kurniakan. Wang duit boleh dicari tapi kesihatan kalau kita jatuh sakit..Hmm apa pun tak boleh. Saya selalu pikiaq hat tu,” kongsinya lagi.
Semoga kesederhaan ini terus menjadi inspirasi kepada semua wanita.
Isteri kepada Anuar Ahmad dan ibu kepada Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali dan Ean Yusof ini cukup dikenali kerana usaha kerasnya membina legasi dalam dunia solekan yang akhirnya membuahkan hasil lumayan.
Ads
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Hanya ibu ayah yang mengenali anak-anak sendiri. Sebabnya lain anak, lain perangai. Lain orang, lain cabaran. Jangan sesekali compare journey kita dan ibu ayah lain. Memang takkan sama. Journey besarkan anak sendiri pun akan lain-lain walaupun adik beradik dari rahim yang sama. Macam-macam cerita dan drama.
Tak kisah laa ibu ayah berkerja atau suri rumah. Penat dia lain macam betul.
Ada orang kata jaga baby senang, baby tidur jer. Ada orang kata, jaga anak bila dah pandai cakap senang, mudah sikit faham kita cakap.
Haaa, padahal nya, setiap tahun, ada cabaran berbeza. Macam main game bila kita nak level up
Fasa bayi 0-12 bulan
– Ada masa taknak tidur, nangis jer.
– Kena bersengkang mata siang malam.
– Belum lagi kalau kembung perut ke, jenis melekap jer.
Fasa 1- 2 tahun
– Fasa merangkak, mengutip berjalan.
– Tangga dan pintu almari memang terpaling favorite.
– Rumah kena sentiasa bersih sbb ada tukang ‘mop lantai’.
– Fasa kena pantau 24 jam.
Fasa 2-3 tahun
– Fasa tantrum. Mengamuk tak dapat barang.
– Pandai menjerit, merajuk.
– Nak jalan jer, taknak duduk dalam stroller.
Fasa 4-5 tahun
– Dah banyak ‘kepandaian’ orang kata.
– Banyak drama, demand, dan banyak mulut.
Fasa 5-6 tahun
– Boleh tarik nafas sikit dah.
– Kena bentuk elok supaya mudah dengar kata.
– Fasa kena jadi kawan yang happy go lucky betul-betul supaya mudah handle.
Kemudian fasa-fasa yang kena didik anak solat, didik anak cara berkawan, didik anak kawal sifat marah dan sebagainya.
Kemudian, pejam celik, pejam celik anak-anak akan meniti fasa dewasa yang kita perlu jadikan mereka kawan supaya mereka trust dan percaya kita.
Fuhh. Bukan mudah kan? InshaAllah. Ilmu parenting kena cari hari-hari. Kena sentiasa belajar especially dengan anak. Jadi ibu bapa kena rendahkan ego untuk belajar dengan anak.
Penat. Tapi, every moment is worth it, inshaAllah. Anak-anak ni amanah Allah.
Masih lagi tidak dijumpai! Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini, namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Kehilangan anak kecil ini di rumahnya, terus membuatkan ibu ayah dan ahli keluarga resah dan berduka.
Malah menerusi perkongsian Harian Metro, sejak malam ibunya yang masih tidak keruan dan berharap anak tunggalnya ditemukan dalam keadan selamat.
Menurut ibu saudara bayi itu, Azean Suhaily Ramley, 39, kehilangan Hud Aryan sangat memberi kesan kepada ibunya, Azean Nur Atikah, 34, kerana anak saudaranya itu adalah anak tunggal.
Ujarnya lagi sehingga kini adiknya banyak menangis memikirkan nasib Hud Aryan yang hilang tanpa jejak.
“Atikah berkahwin sejak 2017 lagi dan dua tahun lalu baru berpeluang menimang cahaya mata. Belum puas bermanja, ini pula yang terjadi.
“Kami tidak putus harapan dan masih berdoa sambil berharap ada keajaiban. Tapi dalam masa yang sama, reda dengan ujian ini,” katanya.
Sejak kehilangan Hud Aryan, dalam usaha mencari dan menjejaki Hud, solat hajat terus dibuat sama ada di rumah atau masjid di kampung terbabit.
“Tak henti-henti solat hajat dibuat dan kami tetap berdoa Hud ditemukan walau apa cara sekalipun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Anjing pengesan Unit K9 bantu cari Hud
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat akan diteruskan jam 9 pagi ini dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata operasi akan menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9.
Terdahulu, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang apabila disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam Isnin lalu oleh ahli keluarga.
Pada asalnya, Diana Danielle mengatakan dia mahu mengaku salah di atas kesalahan Muhammad kerana patahkan cekak suaminya. Tetapi perkara itu tidak berlaku apabila dia pun ‘cuak’ melihat Farid yang marah apabila melihat cekak rambutnya sudah patah. Di dalam perkongsiannya di laman Instagram, Diana memberitahu anak sulung mereka berari mendapatkannya dan memberitahu dia terpatahkan cekak Babah.
Takut punya pasal, Muhammad seperti cacing kepanasan. Dek kerana kasihankan anaknya itulah, Diana kononnya mahu mengaku kepada Farid bahawa dia yang terpatahkan cekak suaminya itu. Tapi tak jadi kerana dia pun takut melihat Farid yang sedang marah.
Kejadian tersebut berlaku sebelum keluar rumah. Apabila pulang saja ke rumah, Diana mendapati Muhammad menulis sebuah nota memohon maaf dari Farid. Hati ayah mana yang tidak tersentuh kan? Farid terus sejuk hati melihat usaha bersungguh-sungguh anak lelakinya itu memohon maaf. Usaha Muhammad untuk meminta maaf wajar dicontohi.
Bukan sahaja dia berani mengakui kesilapannya, bahkan dia tahu betapa susah untuk mendapatkan kemaafan. Didikan yang baik dari pasangan suami isteri ini kerana berjaya menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Tidak takut mengaku salah dan berusaha untuk memohon maaf. Kadang-kadang kita yang dewasa pun tidak seberani Muhammad.
Melalui perkongsiannya itu, ramai pengikut Diana yag bersetuju dengan cara didikan mereka serta memuji keberaniaan Muhammad untuk memohon maaf selepas berbuat salah. Syabas Muhammad! Semoga awak membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua orang tuamu.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.