top pakar

Bila anak dah mula makan, macam-macam benda yang ibu lakukan untuk menarik minat si kecil untuk berselera. Bukan sahaja mencuba pelbagai resipi yang enak, malah juga buat pelbagai cara untuk anak boleh duduk diam dan makan dengan tenang.

Salah satu cara yang sering ibu-ibu lakukan pada hari ini untuk membuatkan anak-anak diam sambil makan adalah dengan memberikan gajet kepada anak-anak. namun menurut Dr Anayasmin Azmi, seorang doktor kanak-kanak berkongsi bahaya apabila anak-anak makan sambil menghadap gajet.

Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet, Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu!

NI 5 BAHAYA MAK AYAH PERLU TAHU KALAU BIAR ANAK MAKAN SAMBIL MENGHADAP GAJET

Hari ni taknak cakap tentang screen dan daya tumpuan. Itu orang dah selalu cakap.
Semalam di klinik, ramai sangat kanak-kanak yang berat mereka terkeluar dari graf berat.. Bukan zon kuning lagi, tapi sampai nun ke bawah kertas.
Bila sembang-sembang dengan ibuayah, ramai yang jawab, “kalau dia tak nak makan, saya bagi dia tgk youtube dekat phone pastu habis satu mangkuk bubur”
Walau pun habis satu mangkuk, ada bahaya disitu. Ini bahayanya:

IKLAN

1. Anak tak aware dengan rasa kenyang.
-rasa kenyang perlu untuk anak mahir bila perlu berhenti makan. Kebanyakan anak yang tiada awareness tentang rasa kenyang akan end up obesiti. Ini pun kita taknak.

2. Anak tak aware rasa lapar
-perasan tak bila anak main games, dia tak makan pun takpe. Tutup je games terus lapar. Sebab dia sangat focus pada screen sampai tak aware rasa lapar. Maka kurus keringla jadinya.

Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet, Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu!

IKLAN

3. Anak tak nikmati rasa makanan yang boleh rangsang perkembangan mereka
-anak yang membersar especially 0-2tahun adalah fasa sensori motor. Input dari deria rasa mereka akan merangsang perkembangan minda mereka. Kalau tak aware rasa manis, madam, pahit etc adalah rugi.

4. Anak tak aware dengan tekstur makanan yang berbeza
-struktur makanan juga beri input pada deria rasa anak. Ia juga bantu perkembangan minda dan pemilihan makanan mereka kelak.

5. Anak boleh tercekik kerana tidak sedar apa dimakan
-ini paling bahaya. Bila terlalu fokus pada screen, mereka tak kunyah dengan betul dan bolrh sebbakan tersedak dan tercekik.
Jom share agar kita tambah ilmu tentang kanak-kanak.

IKLAN

#DrAna
#PerkembanganKanakKanak

Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet, Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu!

Jadi sebaiknya ibu-ibu elakkan daripada memberikan anak gajet ketika makan dan memilih cara lain bagi mengelakkan bahaya seperti yang disenaraikan itu.

Sumber: Anayasmin Azmi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI