“Berseri Muka Mummy,” Fazura Dapat Pujian Tampil Langsing & Cantik Walau Dalam Pantang

Share

Kemunculannya sering dinantikan, tambahan pula baru-baru ini pelakon cantik jelita, Nur Fazura baru sahaja melahirkan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Walaupun masih lagi dalam berpantang, pelakon Gol & Gincu ini tetap tampil anggun selepas dua minggu bersalin.

Berkongsi di Instagram miliknya, Fazura memaparkan sekeping foto membawa Fatima ke Hospital semalam. Berbusana simple namun tetap menawan, perkongsian tersebut ternyata mengubat kerinduan peminat untuk menatap wajah Fazura.

“Out for a quick hospital visit only today. Stay safe everyone,” tulis Fazura

Ternyata kemunculan suri hati kepada pelakon, Fattah Amin itu mengundang perhatian para pengikutnya yang rata-ratanya memberikan respon di ruangan komen.

Ramai yang terpesona dan memuji kecantikan dan susuk tubuh langsing Fazura walaupun baru dua minggu menjalani proses berpantang. Malah ada juga yang mengatakan dia masih cantik persis anak dara.

Selain memuji kecantikan Fazura, ramai juga pengikut yang tidak sabar untuk menunggu pasangan ini berkongsi wajah puteri mereka Fatima.

Sejak dilahirkan, Fazura dan Fattah masih merahsiakan wajah puteri sulung mereka kepada umum.

Sumber: missfazura

 

IKLAN