Pemakaian stoking oleh ibu ketika berpantang adalah amalan yang baik, tapi tidaklah wajib. Pastikan anda memilih stoking yang sesuai supaya ia tidak mengganggu pengaliran darah.
Perkongsian daripada jururawat Puan Bel Nawhen mengenai amalan memakai stoking dalam tempoh selepas bersalin
Pantang dan stoking tak dapat dipisahkan.
Ads
Pemakaian stoking membantu ibu mengekalkan suhu badan yang normal dan mengelakkan dari berpijak pada lantai yang sejuk. Ia juga boleh melindungi kaki.
Sekiranya tidak selesa berstoking, boleh pakai selipar/ kasut dalam rumah sebagai alternatif untuk elak kaki tersentuh lantai yang sejuk.
Ads
Berstoking bukan bertujuan untuk mengelakkan ‘masuk angin’. Tiada istilah angin masuk dari kaki ke rahim atau mana-mana liang tubuh.
Memakai stoking & bergerak aktif boleh mengelakkan darah beku pada salur darah di betis.
TIP PEMILIHAN STOKING
Pilih stoking jenis thromboemboletic Deterring- compression stocking untuk memperbaliki pengaliran darah pada bawah kaki ke atas & boleh mengelakkan darah berkumpul di bawah. Ia perlu menyerap peluh, ketat pada betis & tidak licin.
Ads
Tidak memakai stoking semasa pantang bukanlah satu kesalahan besar, kecuali sekiranya di luar rumah bertujuan untuk menutup aurat.
Melalui pelbagai komplikasi ketika kehamilan seperti Gestational diabetes mellitus(GDM), Puan Hidayah terpaksa melalui ujian besar dalam hidupnya apabila komplikasi yang dihadapi membawa kesan ketika melahirkan cahaya matanya.
Sy lahir kan anak saya masa 36 minggu… Hari pertama kelahiran doktor ada cakap anak saya ada masalah jantung.
Anak saya perlu ditahan di wad NICU disebabkan oleh tekanan darah rendah. Seminggu dekat wad NICU doktor cuba bagi ubat untuk tutup saluran darah yang terbuka dipanggil PDA tapi tetap tak tutup juga.
Doktor sarankan saya bawa anak ke hospital Serdang untuk temujanji jantung. Kali pertama pergi saluran darah masih terbuka 2mm, jantung semua ok.
Pada 28.3.19, saya pergi lagi untuk temujanji jantung. Tapi lain yang sy harapkan, rupanya saluran darah tu tak tertutup malah makin besar sebanyak 6mm dan merebak ke jantung kiri, jantung kiri dah mula mebengkak.
Doktor minta anak saya untuk buat pembedahan. Sekarang ni anak saya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pembedahan.
Masalah saya sekarang terpaksa mencari duit untuk kos pembedahan dan saya pun tidak bekerja kerana terpaksa menjaga si kecil ini.
Semasa mengandung, saya memang ada masalah kencing manis, GDM on insulin. Masa nak lahirkan anak saya, memang ada beberapa komplikasi seperti kurang air ketuban dan berat bayi melebih 4 kilogram.
Menjaga anak yang mempunyai penyakit PDA ni memang mencabar. Ada kalanya dia asyik menangis bila panas, kuat berpeluh, kuat meragam. Saya risau badanya makin kurus. Anak saya jugak kurang tidur dan kadang-kadang saya berjaga malam untuk memantau bayi saya.
Doktor ada pesan untuk sentiasa tengok keadaan bayi, pantau pernafasanya dan jangan bagi berpeluh. Doktor juga menasihati agar anak saya tidak terdedah dengan keadaan luar, asap rokok sebab jantung anak saya lemah. Dia perlu di kuarantin sebelum pembedahan dilakukan.
Jika ada yang ingin memberikan bantuan, boleh hubungi ibu ini di alaman facebooknya Kiki Claralove (Puan Hidayah).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka anak yang kelihatan normal pada luaran rupanya menyimpan seribu derita. Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam, 4 tahun dilahirkan tanpa dubur atau Cloacal Exstrophy iaitu ketiadaan tempat pembuangan air besar yang sempurna dan pelbagai masalah kesihatan lain dari pusat ke bawah.
Memetik laporan dari Harian Metro, Aqil yang tidak mempunyai alat sulit sempurna sejak dilahirkan menyebabkan anak kecil ini terpaksa menggunakan bag stoma yang dilekatkan pada lubang ditebuk di bahagian badan untuk memudahkannya membuang najis.
Selain itu, Aqil yang berstatus orang kurang upaya (OKU) terpaksa memakai lampin pakai buang dengan saiz lebih besar daripada sepatutnya dan dipakaikan kasut khas bagi menyokong pergerakannya yang tidak stabil disebabkan masalah kaki kanan terpelecok semasa di dalam rahim lagi.
Berkongsi kisah di sebalik penderitaan Aqil yang merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik, Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman, 41 bapa Aqil berkata doktor tidak mengesan sebarang masalah dan komplikasi sewaktu Aqil di dalam kandungan isterinya, Mardiana Supartak, 39. Katanya, perkara itu hanya diketahui sebaik Aqil dilahirkan dan mereka reda walaupun agak berat menerima kenyataan itu.
“Saya dan isteri tidak menjangkakan Aqil dilahirkan begini kerana sewaktu pemeriksaan kandungan, doktor memberitahu bayi dalam keadaan normal.
“Pada mulanya kami memang sedih, tetapi cuba menerima hakikat selepas memikirkan amanah dan tanggungjawab untuk membesarkan Aqil.
“Kami perlu akur apabila doktor memberitahu tumbesaran Aqil tidak sama dengan kanak-kanak seusia dan perlu menjalani sekurang-kurangnya 16 kali pembedahan sehingga dewasa selain bergantung dengan penggunaan beg stoma serta lampin pakai buang seumur hidupnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.
Mohamad Hairul Nizam berkata, sejak dilahirkan, Aqil pernah menjalani tiga pembedahan dan ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama enam bulan bagi tujuan rawatan serta pemantauan.
Katanya, kesempatan menjaga Aqil di ICU itu digunakan untuk mempelajari kaedah penjagaan betul daripada doktor dan jururawat termasuk cara menukar ganti bag stoma.
“Saya dan isteri memang tiada asas penjagaan kanak-kanak berpenyakit kronik kerana tiada pengalaman sebegitu sewaktu membesarkan tiga anak lain.
“Namun, doktor dan jururawat banyak membantu malah saya belajar dengan memerhatikan cara mereka melakukannya sewaktu di wad.
“Mulanya memang agak kekok untuk mempraktikkannya di rumah, tetapi lama-kelamaan sudah biasa dan kini, anak sulung saya turut membantu menukar beg stoma Aqil sekiranya sudah penuh atau sudah tiba masa untuk diganti dengan yang baru,” katanya.
Mohamad Hairul Nizam berkata, buat masa ini, dia tidak mampu membelikan susu formula khas seperti disyorkan doktor kerana tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap. Menurutnya, dia hanya hanya mampu memberi vitamin kepada Aqil untuk meningkatkan ketahanan antibodinya supaya tidak mudah demam dan selsema yang meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Katanya, dia pernah pernah bekerja di dekat kilang elektronik di Hulu Klang, tetapi berhenti lima tahun lalu kerana mahu menceburi perniagaan sate.
“Namun, perniagaan hanya bertahan setahun saja iaitu dari 2015 hingga 2016 sebelum mengambil keputusan berhenti kerana pekerjaan itu membuatkan saya terdedah kepada kuman sewaktu membeli barangan keperluan di pasar.
“Jadi, saya risaukan Aqil terkena jangkitan kerana pada waktu itu, dia kerap keluar masuk hospital akibat batuk serta selsema yang berlarutan selama tiga bulan.
“Sejak itu, saya menjaga Aqil sepenuh masa di rumah di samping membantu adik berniaga makan dan minuman dan menjadi penghantar rempah untuk perniagaan ayah dengan pendapatan RM50 sehari. Manakala isteri bekerja sebagai kerani di syarikat pelancongan swasta,” katanya.
Jauh di sudut hati, Mohamad Hairul Nizam dan isteri sentiasa berdoa dan berharap ada peluang untuk anaknya membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Hairul Nizam di 012-292 4629 atau menyumbang ke akaun CIMB Bank bernombor 7603947775.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan mengalami sakit belakang pada waktu malam bukanlah perkara biasa dan memerlukan pemeriksaan segera.
Doktor Hairin Anisa, Pakar Kank-Kanak, Pakar Laktasi di Pusat Rawatan Kanak-kanak ADDA menjelaskan ada pelbagai organ yang berkaitan dengan sakit belakang iaitu, tulang belakang (verterbrae), otot tulang selangka, tulang rawan, sistem aliran darah dan paling penting sistem saraf.
Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:
Adakah anak anda mempunyai tulang belakang yang kelihatan bengkok yang tidak normal?
Jika didapati tulangnya bengkok berbentuk S atau C (kyphoscoliosis), boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik dan tidak spesifik.
Adakah anak pernah terjatuh dan terhentak punggungnya/belakang?
Jika pernah, ini berisiko kepada ceper rawan antara tulang verterbra (interverterbral disc) beralih sedikit daripada kedudukan normalnya (Slipped Disc) atau keretakan tulang?
Sakit belakang akan lebih teruk apabila anak bergerak. Jika disebabkan oleh slipped disc, sakitnya boleh menjalar hingga ke dua belah kakinya dan anak boleh berasa kakinya kejang (stiffness).
Adakah anak anda mengalami demam, sakit belakang yang lebih teruk pada waktu malam?
Jika ada, dia mungkin mengalami keradangan kepada ototnya (myositis) dan tulang belakang (osteomyelitis/diskitis) yang disebabkan oleh jangkitan kuman, trauma / kecederaan atau penyakit ketumbuhan (tumor/kanser). Selalunya jika ada jangkitan, sakit belakang berlaku lebih teruk pada waktu malam sehingga mengganggu tidurnya. Sekiranya jangkitan kepada saraf, pesakit boleh mengalami kebas, sakit kaki yang tajam dan mengalami gejala kelumpuhan. Ada pelbagai gejala lain yang mungkin dialami oleh anak seperti kurang selera makan, kelesuan serta kehilangan berat badan. Penyakit yang jarang berlaku yang mempunyai gejala hampir sama seperti di atas, ialah keradangan kepada saraf tunjang (spondylo myelitis / transverse myelitis) akibat jangkitan kuman atau penyakit auto-imun yang perlukan pemeriksaan lanjut.
Secara realistik, kanak-kanak prasekolah tidak mempunyai bebanan buku yang berat seperti pelajar sekolah rendah atau menengah. Maka, bebanan beg sehingga sakit belakang amat jarang berlaku. Sekiranya anak pernah menjalani latihan fizikal yang berat seperti bersukan sebelum gejala ini dialaminya, kemungkinan sakitnya disebabkan oleh kekejangan otot belakang (muscle strain). Anak akan menunjukkan gejala sakit di bahagian yang spesifik dan lebih teruk dengan pergerakan belakang, berkurangan apabila dia kurang bergerak (berehat).
Sakit belakang dikalangan kanak-kanak perlu dirujuk kepada doktor dan sebaiknya kepada pakar tulang (Orthopedic) supaya pemeriksaan, ujian seperti radiologi, ujikaji darah dapat dilakukan secara teliti. Rawatan yang anak perlukan bergantung kepada diagnosis punca sakit belakang antaranya seperti fisioterapi, ubat penahan sakit, antibiotik / antivirus atau pembedahan. Sila berbincang dengan doktor yang merawat anak anda.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!