“Besar Harapan Lihat Kamu Membesar Normal.” Luahan Bapa Ainul Menyentuh Hati

Share

Bayi bernama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin ini sentiasa meniti dibibir dan selalu disayangi. Baru pulang dari London beberapa minggu yang lalu selepas mendapat rawatan dan pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200gram, perkembangan bayi ini sangat baik.

Bakal genap setahun beberapa hari lagi, Ainul Mardhiah yang kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di ibu negara kelihatan semakin berisi. Kedua belah pipinya tampak tembam manakala parut luka pembedahan juga kelihatan pudar menarik perhatian warganet.

Bapanya mengkhabarkan keadaan terkini Ainul sihat dan menunjukkan perkembangan yang positif. Mengenang kembali cabaran yang dilalui, setahun keluarga kecil ini keluar masuk hospital menjadikan mereka sudah terbiasa.

Selain itu, Ahmad Safiuddin meluahkan untuk melihat Ainul membesar seperti bayi normal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, Ainul Mardhiah kekal sihat dan menunjukkan perkembangan yang positif setiap hari.

Sudah hampir setahun kamu keluar masuk hospital, walid dengan mama sudah terbiasa.

Janji kamu dapat sihat sepenuhnya anak. Besar harapan kami mahu melihat kamu membesar secara normal seperti bayi-bayi yang lain.

InshaAllah anak, masa kamu akan tiba nanti. Kamu akan menjadi anak yang bermanfaat dan membahagiakan kami.

Sekarang ini, biar mama dan walid berbakti kepada kamu dulu ya sebab kamu adalah tanggungjawab kami. Apa pun berlaku, mama dengan walid akan sentiasa berada di sini Ainul.

Kita dah lalui bersama hampir setahun dah Ainul.

Warganet sentiasa memberikan sokongan kepada bapa ini. Selain tu, ramai yang geram dengan keadaan terkini Ainul yang semakin berisi.

“Comel nyer kamu wahai bidadari walid dan mama kamu..kamu sungguh kuat seperti sumayyah dan siti khadijah..besarlah menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua ibubapa…”-Pa’An NahRaf

“Alhamdulillah3 segak n comeii sangat Ainulmardhiah..baby luarbiasa moga membesar ainul dengan sihat dn dpermudahkan urusanmu aamiin.”-Hamidah Ibrahim

“Ainul saygg mkin demokk lahh.. ?? semogaa trusss sihat dn kuat serta mmbesar mnjd ank yg solehah.. Aamiin2.”-Siti Noor Aamiin

Ainul ketika mendapatkan rawatan di London.

“Alhamdullilah..awak sgt cantik syg secantik nama awak..semoga terus sihat ye..”- Aza Nurul Safiza

“Amboiii bulatnya mataa..geram..semoga mmbesar dgn sihat syg…jadi anak yg solehah..syggg Ainul.”-Dayah Rashid

“Syg ainul. Da makin comel bambam syg.semoga dikurniakan kesihatan yg baik ye. Mudahan dpt membesar mcm anak2 yg lain.amiinn.”-CT Norlilawana

Sumber: Ahmad Safiuddin

IKLAN