Tugas membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga sememangnya tidak mudah. Bekerja dari pagi hingga ke malam hari malah berdepan dengan emosi anak kecil dan sekeliling yang sama saban hari ada waktunya buat surirumah rasa tidak kuat.

Namun dalam kesabaran, Allah tempatkan ibu dengan hati yang ikhlas ini pada tempat yang begitu tinggi. Tampil memberi sedikit ilmu buat semua surirumah yang bersengkang mata membesarkan anak, Yatt Hamzah tampil berkongsi sedikit perkongsian ilmu dari Tuan Guru, Ustaz Wani Anuar.

“Besarkan Anak, Tugas No 1 Paling Tinggi Di Sisi Allah” Yatt Hamzah Kongsi Pesanan Ustaz Wadi!

Memuat naik video perkongsian di Instagramnya, ia pastinya memberi kelegaan buat semua surirumah.

“Besarkan Anak, Tugas No 1 Paling Tinggi Di Sisi Allah” Yatt Hamzah Kongsi Pesanan Ustaz Wadi!

 


“Berbahagialah wahai ibu-ibu yang menjaga anak-anak siang malam terutama buat semua suri rumah di luar sana. Sesungguhnya tiga ketua wanita syurga adalah kesemuanya Surirumah.

IKLAN

“Dan sekiranya dapat mendidik 1 atau 2 anak perempuan dengan baik di atas jalan Allah, maka syurgalah jaminan buat ibunya.

“Besarkan Anak, Tugas No 1 Paling Tinggi Di Sisi Allah” Yatt Hamzah Kongsi Pesanan Ustaz Wadi!

“Membesarkan anak-anak dan menguruskan rumah adalah sebenarnya tugas nombor satu paling tinggi di sisi Allah. Maka jangan pernah rasa rugi. Itulah jihad buat seorang wanita bergelar IBU. MashaAllah Tabarakallah.

“Pesanan ini buat Bonda dan semua wanita bergelar ibu terutama yang bergelar SURI RUMAH. Sekarang, SENYUMLAH penuh BAHAGIA.

IKLAN

“Besarkan Anak, Tugas No 1 Paling Tinggi Di Sisi Allah” Yatt Hamzah Kongsi Pesanan Ustaz Wadi!

“Terima kasih Tuan Guru @ustazwadiannuar atas pesanan dan doanya buat kami suami isteri. In shaa Allah akan kami sama-sama amalkan. Alhamdulillah.

Jom kita ikuti apa kata Ustaz Wadi untuk semua ibu-ibu yang menjaga anak-anak mereka.

IKLAN

Sebegitu hebat ganjaran yang Allah SWT berikan buat ibu-ibu dalam membesarkan anak-anak malah menguruskan rumah tangga dengan baik.

Menarik: Bercuti Boleh, Kena Hormat Sekolah Anak, Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Mak Ayah

Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.

Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI