Pelakon, Alif Satar dan keluarga kini sedang bercuti di United Kingdom (UK) telah dan meraih perhatian ramai pengikutnya di Instagram.
Alif bersama isteri, Shadila Halid serta anak-anak iaitu, Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali memilih lokasi di Exeter, UK sebagai destinasi percutian kali ini untuk mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak Alif yang dibesarkan di Exeter pada 25 tahun yang lepas.
Dalam perkongsian lain, Alif turut berkongsi momen mereka sekeluarga menaiki kereta api dan tambah Alif lagi percutian ini sangat mencabar kerana bukan mudah untuk mengawal anak-anak yang masih kecil dan sangat aktif.
Percutian Alif kali ini walaupun agak mencabar tapi nampak tenang dan menyeronokkan walaupun bersama anak-anak kecil yang punyai pelbagai ragam.
Ads
Momen indah anak-anak Alif merasai percutian yang penuh dengan cabaran ditambah pula dengan pengalaman tidur di dalam train, makan, memberus gigi dan disajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang indah pastinya akan meninggalkan memori yang sukar dilupakan buat cahaya mata mereka.
Turut tak ketinggalan merindui United Kingdom, Chef selebriti iaitu Chef Wan yang turut berkongsi tempat di mana dia pernah membuat pengambaran suatu ketika dahulu. Malah warga maya turut berkongsi pelbagai perasaan di ruangan komen setelah melihat telatah comel 3 beradik ini.
Ads
nunofabrics.hq Nampak struggle nye tu 😂 tapi view cantek Subhanallah buat tambah semangat with the kiddos ❤️👏
_chefwan58 Hee hee tu dia siap berus gigi lagi…so cute the kids…have a wonderful vacation up there…that city reminded of my caravan parking betul2 depan Gereja tu on my BBC 2 TV serie ” East Bites West”…I think I make Satay on the show masa tu.😂
kakchambh Bestnya Alif cuti2 mcm ni 😍😍😍 enjoyyy… and stay safe ❤️
Risau anak sulung cemburu dengan kehadiran adik baru? Bagaimanapun, bagi ibu bapa, kehadiran anak kedua atau anggota keluarga baru tentunya dapat mewujudkan suasana ceria dalam keluarga anda. Namun, perkara ini tidak semestinya dirasakan oleh anak pertama. Kenapa hal ini berlaku?
Anak sulung mungkin rasa perhatian anda sudah makin berkurang dengan kehadiran orang baru hingga menimbulkan rasa cemburu pada adik. Ibu perlu bertenang dan jangan cepat nak marah. Mungkin sebelum ini perhatian anda padanya sahaja.
Keadaan ini boleh diatasi. Cuma ia mengambil masa sedikit untuk anak sulung menyesuaikan diri dengan kehadiran adiknya. Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mengawal sikap anak anda terhadap kehadiran orang baru dalam keluarga.
1) Perkenalkan kehadiran adiknya seawal mungkin
Ketika anda disahkan hamil, beritahu khabar gembira ini kepada anak sulung seawal mungkin. Biarpun anak masih belum faham tetapi apabila selalu diulang lama-kelamaan dia akan faham.
Sebolehnya anda mula menukar panggilan kepada abang atau kakak dan tunjukkan perkembangan perut anda yang semakin membesar setiap hari. Ajar anak untuk menyayangi adik walaupun masih dalam perut dan boleh ajak dia bercakap dengan bayi. Minta anak mencium perut anda setiap kali ada pergerakan bayi dalam perut agar dia akan rasa seronok.
2) Ajak untuk sama menguruskan adik
Apabila anda dah selamat melahirkan anak kedua, ajaklah anak sulung untuk sama-sama menguruskan adik. Maksudnya ketika anda ingin menukar baju atau memakaikan lampin ajak anak untuk melakukan bersama. Walaupun hanya menghulur baju tetapi ia sudah cukup rasa dihargai. Sekurangnya anda tidak meminggirkannya.
Dalam masa yang sama dia akan rasa sayang apabila melihat gelagat si adik dan baharulah timbul perasaan untuk melindungi adik dari orang luar.
3) Beri penjelasan
Selain mengajak anak untuk mengurus adiknya, ibu boleh melibatkan anak sulung dalam pengurusan bayi. Mula dengan topik yang mudah seperti “kalau adik nangis dia nak apa?” Anda boleh bertanya kepada anak dan biar dia menjawab. Mungkin jawapan anak anda betul dan pujilah supaya dia rasa dihargai. Anda boleh beritahu “adik nangis nak susu, nanti ibu bagi”.
Secara automatik apabila si adik menangis, kakak atau abang akan prihatin dan memanggil ibu apabila berada agak jauh dari bayi. Cuma kalau boleh pantau sekali-sekala takut mereka akan bertindak lebih cepat dari kita.
Ketika si kakak atau abang mengekspresikan kecemburuannya
Walaupun kita dah beritahu awal kepada anak sulung mengenai kehadiran adik, akan ada masanya mereka akan rasa kekurangan perhatian kedua ibu bapanya dan mula akan menunjukkan perangai.
Ketika anak sulung mula mencari perhatian seperti merengek atau mahu memukul adik, jangan sampai anda suami isteri mengatakan bahawa anak sulung anda nakal. Memberi tanggapan negatif tentu anak akan mahu memberontak dan perangainya makin menjadi-jadi.
Memang tidak mudah untuk memberikan perhatian yang sama pada kedua anak, tapi anda harus tetap berhati-hati. Minta bantuan suami untuk menguruskan jika anda rasa tidak mampu dan sentiasa berikan pemahaman sebaik mungkin agar anak tidak rasa semakin cemburu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mesti rasa seronok bila anak dah nak mulakan alam persekolahan. Rasa macam tak percaya si kecil yang dulu tak tahu apa-apa kini semakin bijak dan sudah bersedia untuk ke sekolah.
Tapi dalam rasa seronok dan gembira, ibu dan ayah tentu rasa nervous juga kan? Sebenarnya bukan si kecil sahaja yang perlukan persediaan untuk ke prasekolah. Ibu ayah pun tidak terkecuali supaya nanti tidak kelam-kabut dan ada yang tertinggal di hari pertama persekolahan.
Jom semak countdown persediaan yang anda kena buat supaya semuanya berjalan lancar.
– Periksa adakah tahap pertumbuhan anak anda berada di landasan yang normal sebelum dia memulakan prasekolah. Rujuk pada pakar kanak-kanak jika ada masalah pertumbuhan. Klik di sini watchMeGrow
– Perkembangan fizikal kanak-kanak sejak lahir hingga berusia 5 tahun adalah tahap tumbesaran yang sangat penting. Ia melibatkan perubahan berat badan, ketinggian, saiz badan, rangka, tulang dan gigi.
– Kebanyakan kanak-kanak yang mahu memulakan prasekolah juga sudah mahir mengawal otot-otot penting, mempunyai deria pengimbangan yang baik, mempunyai kemahiran motor halus dan kasar yang bagus.
– Mereka boleh berlari, melompat, memanjat, menari, menangkap bola, mengendali butang dan zip pakaian, mengikat tali kasut, memegang pensel, menggunakan sudu garfu dan alatan secara betul dengan pantauan.
– Selalu bercerita tentang keseronokan ke sekolah kepada si kecil. Berceritalah tentang keseronokan berkenalan dengan kawan baru, melakukan pelbagai aktiviti bersama dan macam-macam lagi.
Biasakan anak rutin tidur awal jika sebelum ini dia biasa tidur tidak mengikut waktu yang konsisten. Ini untuk mengelakkan mereka daripada meragam disebabkan kurang tidur.
– Belajar pisahkan dengan botol susu, dan mula ajar anak minum dalam cawan supaya dia biasa minum susu di prasekolah nanti tanpa masalah.
– Ajar anak berdikari perkara asas seperti buang air kecil sendiri, pakai seluar dan baju, makan sendiri. Jelaskan kepadanya semua kanak-kanak yang sudah bersekolah perlu tahu menguruskan diri sendiri di sekolah.
– Biasakan anak supaya tidak lagi bergantung pada barang kesayangannya seperti ‘bantal busuk’ atau anak patung.
– Ajar anak tahu maklumat dirinya seperti nama, alamat rumah dan nama ibu bapa serta nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan.
2. Dua minggu sebelum
– Buat lawatan ke tadika pilihan bersama anak anda semasa hari terbuka sekolah tersebut. Kenalkan anak kepada cikgu kelasnya supaya dia boleh rasa selesa bila hari pertama masuk sekolah.
– Biarkan anak merasai suasana kawasan sekolah dan beri masa kepadanya meninjau-ninjau sekitar kawasan sekolah.
– Bawa anak beli peralatan untuk ke sekolah bersama-sama. Biarkan dia buat pilihan sendiri barang-barang keperluan sekolahnya. Barulah dia teruja nak ke sekolah!
– Kadang-kala sukar untuk memastikan anak makan makanan yang berkhasiat setiap hari, jadi pastikan anak anda memenuhi jurang pemakanan tersebut dengan nutrisi pemakanan lengkap seperti PediaSure.
– Bincang dengan guru sekolah jika anak ada alahan terhadap makanan. Maklumkan kepada cikgu tentang hal tersebut.
3. Dua hari sebelum
– Pastikan beg dan barangan kelengkapan sekolah anak sudah siap sedia.
– Pastikan anak tidur dan bangun awal supaya tidak meragam di hari sekolah.
– Rancang menu sihat untuk sarapan pagi anak terutama jika sebelum ini dia jenis picky eater.
4. Hari pertama ke prasekolah
– Kejutkan anak di awal pagi dengan wajah yang ceria dan bersemangat.
– Sediakan anak sarapan pagi yang berkhasiat kerana ia penting untuk membekalkan si manja tenaga berpanjangan sepanjang di sekolah.
– Ambil cuti untuk hantar anak di hari pertama persekolahannya. Si kecil mungkin belum bersedia untuk terus ditinggalkan jadi anda perlu menunggunya sebentar sehingga dia dapat menyesuaikan diri.
– Berikan kata-kata semangat dan pujian kepada anak supaya dia tidak meragam semasa ditinggalkan di sekolah. Terangkan kepada anak yang anda akan datang semula untuk menjemputnya selepas tamat masa persekolahan.
Kenapa penting menyediakan makanan berkhasiat untuk anak ke prasekolah?
Bila anak anda sudah mula masuk sekolah, salah satu faktor penting yang mesti diberi perhatian adalah penyediaan makanan berkhasiat untuk mereka. Pemakanan lengkap turut memainkan peranan penting membantu kecerdasan kanak-kanak.
Pemakanan lengkap membantu perkembangan fizikal dan mental yang optimum. Tanpa pertumbuhan fizikal yang optimal, tugasan mudah di sekolah pun boleh jadi sangat mencabar bagi kanak-kanak.
Untuk mendapatkan sample percuma susu berkhasiat PediaSure, ibu-ibu boleh klik di sini www.pediasure.com.my
Ia penting supaya anak bersemangat dan aktif belajar di sekolah. Sediakan makanan berkhasiat untuk anak supaya dia lebih bersemangat untuk ke sekolah.
Kalau anak anda jenis susah makan, cari alternatif lain untuk tetap pastikan dia ke sekolah dengan makan makanan berkhasiat. Perkenalkan nutrisi pemakanan lengkap seperti Pediasure bagi menutup jurang pemakanan anak anda.
Susu ini menyediakan khasiat lengkap untuk kanak-kanak berusia antara 1 hingga 10 tahun. Ia pemakanan lengkap secara yang diformulasi secara saintifik untuk menyokong pertumbuhan optimal dan mengurangkan bilangan hari sakit.
PediaSure menepati 100% US Dietary Reference Intakes (USDRI) keperluan protein dan 25 mineral dan vitamin penting untuk meningkatkan tumbesaran anak anda dan menyokong sistem pertahanan semula jadi.
Pastikan anak mendapat pemakanan lengkap untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak nampak lembut, sopan dan baik di depan mata… tapi tiba-tiba cikgu panggil dan kata anak kita membuli? Susah nak percaya, kan? Tapi hakikatnya, pembuli bukan sekadar menumbuk, menolak atau menyepak orang lain secara fizikal. Ia juga boleh berlaku dalam bentuk arahan kasar, ejekan halus, sindiran berulang atau memperlekehkan orang lain secara lisan.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), ramai ibu bapa tidak sedar bahawa anak yang kelihatan “baik” di rumah sebenarnya mungkin menunjukkan sisi berbeza di luar. Kadang-kadang, anak yang nampak patuh di rumah melepaskan tekanan di luar rumah terutama jika mereka menunjukkan tingkah laku seperti:
Kajian psikologi oleh Dan Olweus, pakar dari Norway yang terkenal dalam penyelidikan tentang buli, mendapati bahawa pembuli selalunya datang dari rumah yang kurang empati atau terlalu keras. Mereka belajar bahawa cara untuk dihormati adalah dengan menunjukkan kuasa dan menakut-nakutkan orang lain. Ada juga yang membuli kerana mereka sendiri pernah menjadi mangsa dan kini mengulangi corak itu tanpa sedar.
PHM menjelaskan bahawa buli bukan perangai nakal yang boleh dibiarkan. Ia adalah corak tingkah laku yang dipelajari dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak dibendung. Jika tidak dihentikan, kanak-kanak yang suka membuli akan membesar menjadi:
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, berikut tanda-tanda anak mungkin menunjukkan tingkah laku pembuli:
Public Health Malaysia menegaskan bahawa buli ialah satu kitaran — dan rumah adalah tempat pertama ia bermula atau boleh dihentikan. Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya memastikan anak tidak dibuli, tetapi juga memastikan anak kita bukan pembuli.
Didik mereka dengan empati, kawal emosi dengan kasih, dan tunjukkan teladan yang baik setiap hari. Itulah benteng terbaik melawan budaya buli di kalangan anak-anak hari ini.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.