Betty Rahmad Tahan Nafsu Nak Keluar Rumah Masa Pantang. Suami Pula Dah Ada Plan Anak Kedua

Share

Betty yang kini berada di penghujung pantang selepas bersalinkan anak sulungnya. Mengakui menahan rasa untuk keluar rumah ketika dalam tempoh selepas bersalin.

Keluar dari rumah selepas tempoh tertentu menjadi satu amalan berpantang masyarakat Melayu. Tapi kini, ibu perlu keluar untuk mendapatkan pemeriksaan dan imunisasi bayi, memang tidak dapat dielakkan lagi. Pelakon & penyanyi Betty Rahmad meluahkan perkara yang sama di Instagram.

Lebih manis lagi bila Betty memberitahu yang suaminya, Ardy Damis dah ada perancangan untuk anak kedua mereka.

bettyrahmad Pantang Day 38! Mommy jumpa doctor for last check up today. Ambik gambar ni khas untuk makcik bawang yang suka tuduh sis merayau langgar pantang sedangkan sis terseksa jiwa & raga menahan nafsu serakah duduk dalam rumah tau haha! Tapi tulis caption panjang-panjang pun tak guna. Tak dibaca. Apapun few more days to MERDEKA yeay?
. ?Gambar diambil oleh suamiku yang belom apa-apa dah plan nak second baby. Kemain eh @ardydamis ??‍♀️

Posting itu lebih comel dan lucu bila Betty meletakan hashtag yang dia masih berpantang, memakai stoking, mengikat rambut dengan ketat dan jangan kau bimbang sayang seperti berikut;

#stillpantang #dalamkasutadasocks #rambutikatketat #jangankaubimbangsayang

Sumber: bettyrahmad 

IKLAN