Pengalaman melahirkan anak sememangnya meninggalkan satu pengalaman yang cukup bermakna buat seorang ibu. Melahirkan seorang sahaja anak sudah terasa getirnya inikan pula melahirkan bayi kembar secara normal. Satu kekuatan yang cukup hebat. Bukan calang-calang.
Namun bagi Ainan Tasneem, dia tidak menyangka Allah rezekikan nikmat untuk dia bersalinkan kembarnya, Fageh Nael dan Faeqa Naela secara normal. Baginya ia satu pengalaman yang cukup hebat, kekuatan yang dipinjamkan dari Allah juga berkat kesungguhan dari team hospital yang cukup hebat.
Selepas dua bulan melahirkan bayi kembarnya, Ainan tampil berkongsi pengalamannya melahirkan bayi kembar sepasangnya di Instagramnya baru-baru ini. Katanya ia adalah permintaan dari seluruh pengikutnya di IG.
Kata Ainan lagi, dia pada mulanya bercadang untuk bersalin di Putrajaya bagaimana disebabkan PKP dia terpaksa menukar untuk melahirkan bayi kembarnya di sebuah hospital di Shah Alam.
“Pada mulanya Ainan plan untuk ambil FPP (Full Paying Patient) & bersalin di Hosp Putrajaya. Tapi last minute cancel disebabkan FPP tak benarkan suami/waris teman di labour room & wad semasa musim covid ni. Lagi satu sebab doc taknak take a risk untuk bagi Ainan bersalin normal walaupun dua-dua kepala dah dekat bawah.
“So doc plan untuk czer. Ainan memang kalau boleh nak cuba normal kalau takde sebarang komplikasi sebab Salsabiela dulu pun rezeki dapat normal. So Ainan pun pergi ke Salam Hospital untuk minta 2nd opinion daripada Dr Siti Maryam memandangkan beliau seorang yang memang pro kepada normal birth.
“Baca dari cerita orang ramai, Dr Siti selalunya memang akan usaha sehabis baik untuk bagi patient dia bersalin normal. So waktu 35 minggu Ainan datang checkup Dr Siti cakap boleh try normal sebab twins dua-dua kepala memang kat bawah.
“2nd checkup waktu 37 minggu Dr Siti plan nak induce keesokan harinya sebab risau 1st baby kecik sikit, baru 2kg tapi 2nd baby 2.8kg. Tapi Dr Siti seluk & bagi bukak jalan dulu sampai 4cm then kalau ada contraction datang je hosp. Tapi kalau masih tiada contraction, kena induce keesokan paginya.
“Disebabkan masih tiada contraction, esoknya Ainan datang Salam pukul 9.30 pagi dan kena induce dalam pukul 10.30 pagi macam tu. Alhamdulillah Allah mudahkan, proses bukaan berlaku dengan cepat tapi Subhanallah sakit contraction sebab induce ni berbeza dengan contraction biasa ya.
Ads
“Dulu time Salsabiela Ainan tak kena induce, bagi Ainan contraction dia memang sakit tapi still bearable lagi. Tapi contraction sebab induce ni memang kaw kaw sakit dia & betul-betul menginsafkan ya waktu tu, Ainan fikir takut mati je 😭 Ainan asyik sedut gas entonox tu je konon nak bagi hilang sakit tapi rasa macam makin khayal ada lah 😂
“Btw beza 1st baby dan 2nd baby lahir adalah 19 minit. Nak tahu kenapa 2nd baby keluar agak lambat & makan masa?,” tulis Ainan.
Beza Kembar Lahir 19 Minit
Melalui satu entri berbeza, Ainan turut menyatakan perbezaan masa yang agak ketara diantara bayi pertama dan keduanya.
Malah kata Ainan lagi, bayi keduanya itu lahir 19 minit selepas yang pertama. Semuanya disebabkan oleh bayi yang tiba-tiba berpusing di dalam perut. Panik dibuatnya, namun berkat bantuan semua, bayi keduanya itu berjaya dilahirkan.
Ads
“Bila bukaan dah 10cm, selepas 2-3 kali teran, tepat 11.52 pagi, lahirlah 1st baby iaitu Faqeh Nael ke muka bumi ini. Waktu ni baru nak tarik nafas lega sekejap.
“Tapi tiba-tiba keadaan panik seketika sebabnya 2nd baby pulak berpusing dalam perut, dan jadi melintang. Dr Siti bagitahu kalau baby berpusing tapi kaki dekat bawah boleh tarik dan keluarkan je baby tu sebab jalan dah bukak besar.
“Tapi disebabkan baby berpusing melintang memang tak boleh buat apa-apa, takut bahu dan kepala baby tersangkut. Kalau kes ni la yang selalunya kebanyakan orang kena emergency czer. Time ni sangat nervous ya! Ainan tak boleh imagine kalau kena emergency czer waktu tu.
“Sakit bawah sakit atas. Dua-dua kena jahit. Takut. Tapi waktu tu memang Ainan banyakkan doa & berzikir je mohon supaya Allah permudahkan semuanya. Ainan betul-betul berserah & redha je dengan apa yang berlaku selepas tu. Pengharapan 100% hanya pada Allah waktu tu.
“Tapi Dr Siti mashaaAllah sangat tenang & cool walaupun suasana & keadaan ketika itu sungguh panik ya. Siap boleh ajak borak-borak lagi dalam keadaan yang macam tu. Dia bawa mesin scan tu & scan untuk confirmkan yang baby memang dah berpusing dalam perut.
“Lepastu dia pusingkan baby dalam perut tu supaya kepala baby kembali berpusing ke bawah. Macam mana dia pusingkan? Dia buat ECV, teknik urutan khas pada perut untuk pusingkan baby dalam perut tu. Bila Dr Siti dah berjaya pusingkan baby Dr Siti kata boleh teran. So datang je contraction dalam 2-3 kali teran akhirnya lahirlah 2nd baby iaitu Faeqa Naela ke muka bumi ni pada pukul 12.11 tengahari.
Ads
“MashaaAllah lepas tu rasa lega yang teramat sangat… letih tak payah cakap la, Allah je tahu rasa letih tu macam mana selepas berjuang melahirkan 2 orang baby. Tak sangka Allah rezekikan nikmat untuk bersalinkan kembar secara normal.
“Alhamdulillah syukur segala puji bagi Allah. Tapi lepas tu Ainan knockdown habis. Mengantuk sampai 1 hari tido pun masih rasa tak puas,”kongsi Ainan lagi.
Kini Fageh Nael dan Faeqa Naela sudah pun berusia dua bulan selepas dilahirkan pada tanggal 18 Disember 2020 lalu.
Semoga Fageh Nael dan Faeqa Naela terus membesar menjadi anak yang soleh dan solehah malah berbakti kepada ummi dan abuyanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ainantasneem92
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak produser terkenal, Datuk Ziela Jalil, Dr. Puteri Julia Nabilah selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.
Ziela berkongsi berita gembira itu beserta beberapa keping gambar di ruangan ‘Instagram Story’ nya.
Ziela turut melahirkan rasa bersyukurnya apabila menerima kehadiran cucu sulung.
“My little bundle joy has arrived. Alhamdulillah Ya Allah”, tulisnya.
Terdahulu, Ziela menganjurkan majlis doa selamat dan baby shower serba pink sambil menghitung detik kelahiran cucu pertamanya itu.
Majlis yang diadakan secara sederhana dan serba meriah itu telah mendedahkan bahawa Ziela bakal menimang seorang cucu perempuan.
Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.
Sumber: Ig Ziela Jalil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka bersalin lebih-lebih lagi jahitan caesarean perlu dijaga dengan baik sehingga benar-benar pulih. Walaupun nampak luarannya seperti sudah kering dan sembuh, namun luka dalamannya mengambil masa tertentu untuk pulih sepenuhnya.
Bukan seminggu dua bahkan berbulan-bulan lamanya sehingga ia benar-benar pulih. Ini yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad. Jagalah kesan jahitan sebaiknya. Elakkan terkena jangkitan.
JANGKITAN KUMAN PADA LUKA CESAREAN
Sepanjang saya menjadi doktor, jarang saya melihat jangkitan kuman pada luka Cesarean terlalu teruk. Hanya satu kes di mana seorang pesakit berusia lewat 30 an, yang merupakan pesakit diabetes yang tidak terkawal, mengalami jangkitan pada luka Cesarean sehingga terbuka jahitan pada kulit.
Untuk sembuh mengambil masa yang lama, berbulan-bulan. Selain mencuci luka dan pemberian antibiotik, saya mendapati pemberian vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.
Melahirkan anak secara pembedahan caesarean memerlukan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan jangkitan luka Cesaerean ini.
Kuman (bakteria) boleh memasuki luka pembedahan apabila kawasan sekitar luka menjadi lembab dan kotor, terutama bagi wanita yang obese kuat berpeluh.
Selalunya kuman jenis Staphylococcus dan Streptococcus yang akan menyebabkan jangkitan luka Cesarean. Kuman ini berada pada kulit manusia secara semulajadi dan akan hilang apabila kita membersihkan diri dan mandi. Ia mudah membiak di kawasan yang lembab dan kotor yang tidak dibersihkan.
Tidak semua orang akan mengalami jangkitan luka Cesarean. Antara yang berisiko untuk mengdapat jangkitan ini adalah:
* Obesiti
* Umur yang semakin meningkatkan.
* Kulit yang berpenyakit
* Penghidap Diabetes
Selalunya jangkitan luka Cesarean tidak menunjukkan sebarang tanda kecuali selepas 3-7 hari. Pada masa itu kebanyakan pesakit sudah berada di rumah.
Pada awalnya, terdapat cecair yang keluar dari luka. Cecair ini akan kering selepas beberapa hari. Tetapi jika berlaku jangkitan luka Cesarean, lebih banyak cecair yang dikeluarkan.
Seterusnya jangkitan luka Cesarean menyebabkan luka akan menjadi bengkak dan kemerahan pada sekitar luka. Cecair yang dikeluarkan akan menjadi lebih kekuningan (nanah).
Demam menggigil petanda jangkitan pada luka
Jika jangkitan luka Cesarean menjadi teruk, pesakit akan berpeluh, demam yang tinggi sehingga menggigil, sakit kepala dan sakit seluruh tubuh, keletihan dan tidak bermaya.
Antara cara yang dilakukan untuk merawat jangkitan luka Cesarean adalah:
* Mencuci luka mengggunakan air yang bersih (sterile), dengan teknik yang betul. Sapukan cecair antiseptic (seperti alcohol dan ubat kuning) pada sekitar luka.
* Tutup luka jika ada cecair yang keluar dari luka.
* Ambil antibiotic seperti yang dinasihatkan.
* Kawal paras gula (bagi pesakit diabetes)
* Ambil makanan yang bernutrisi
* Ambil suplemen Vitamin C bagi membantu penyembuhan.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam wajah ceria seorang ibu, kadangkala tersimpan kisah perjuangan yang tidak terlihat oleh mata. Itulah kisah Nas Adila, seorang selebriti dan ibu berjiwa waja yang pernah melalui detik paling mencabar dalam hidupnya apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga pada tahun 2023.
Segalanya bermula dengan satu ketulan kecil di bahagian kiri payudara. Awalnya, Nas menyangka ia hanyalah kesan biasa selepas beliau berhenti menyusukan anak keduanya. Anak itu lebih memilih susu formula berbanding susu badan, menyebabkan penghasilan susu dalam badannya tidak digunakan sepenuhnya.
Ketulan tersebut dibiarkan, disangkakan akan surut dengan sendiri. Namun, waktu terus berlalu, dan ketulan itu makin membesar.
“Saya suka makan tempe masa tu, memang craving sangat… bila makin besar, saya terus rasa tak sedap hati,” ujar Nas. Keputusan untuk berjumpa doktor akhirnya membawa kepada berita yang mengejutkan – beliau menghidap kanser payudara.
Namun di sebalik berita mendebarkan itu, Nas menerima ujian ini dengan hati terbuka. Malah, beliau menyifatkan penyakit ini sebagai satu bentuk penghapusan dosa.
“Saya reda, saya bersyukur… Allah bagi penyakit ini untuk hapuskan dosa-dosa kita.”
Dengan semangat luar biasa, Nas menjalani keseluruhan rawatan – dari kemoterapi, pembedahan, radioterapi, hinggalah ke kemo terakhirnya yang ke-17. Sepanjang tempoh itu, Nas tidak membiarkan dirinya larut dalam kesedihan. Sebaliknya, kekuatan beliau datang daripada rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Satu perkara yang menakjubkan ialah bagaimana Nas sentiasa memilih untuk berfikiran positif. Baginya, setiap dugaan adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Didikan ibunya sejak kecil menjadikan beliau seorang wanita yang penuh kepercayaan bahawa setiap ujian punya hikmah.
“Saya percaya sangat-sangat, setiap ujian Allah adalah yang terbaik untuk kita.”
Kini, selepas dua tahun berlalu, Nas Adila bangkit semula – bukan hanya sebagai ibu atau bekas pesakit kanser, tetapi sebagai wanita yang menjadi inspirasi kepada ramai. Semangatnya tidak pernah padam.
Beliau meneruskan kehidupannya dengan penuh tenaga, menjadi instruktor zumba, dan berkongsi kisah perjuangannya demi memberi sinar harapan kepada mereka yang masih bergelut.
Kisah Nas Adila ini adalah satu peringatan kepada kita semua – bahawa dalam setiap kesakitan, ada kekuatan. Dalam setiap ujian, ada sinar harapan. Dan dalam setiap ibu yang tabah, ada cinta yang tak terhingga.
Tonton video interviu bersama Nas Adila:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.