Biarlah mengantuk sekalipun, bangunlah untuk menyusukan bayi anda pada waktu malam. Banyak kelebihan menyusukan anak ketika orang lain sedang nyenyak tidur ni. Salah satunya adalah kandungan hormon prolaktin yang tinggi, itulah yang menjadi penguat kasih sayang ibu dan bayi.

IKLAN

Pembimbing Penyusuan, Nor Azura, ada berkongsi tentang kelebihan menyusukan bayi pada waktu malam:

Penyusuan Malam, Jangan Diabaikan

1.Biasanya bayi yang menyusu dari susu ibu akan menyusu 2-3 jam sekali termasuklah pada waktu malam.Ini kerana komposisi susu ibu sangat mudah dihadam oleh bayi.

2.Ransangan (hisapan) yang kerap pada payudara dapat mengurangkan penghasilan FIL atau Feedback Inhibitor of Lactation.

FIL adalah sejenis protein di dalam susu badan, rangsangan yang kerap dari bayi dapat mengurangkan penghasilan FIL.

Lebih lama payudara ibu tidak dirangsang,penghasilan FIL akan semakin banyak didalam susu ibu. FIL akan hantar signal pada otak bahawa penghasilan susu perlu dikurangkan pada sesi seterusnya.

Maka,jika semalaman bayi tidak bangun menyusu dan ibu pula tidak mengepam,penghasilan susu akan makin berkurang. FIL juga boleh buat susu kering seandainya rangsangan kurang atau tiada. Jangan salahkan FIL, itu cuma tugasnya.

IKLAN

Artikel Menarik: [Tengah ‘Sedap’ Anak Menyusu, Tiba-Tiba Susu Drop. Ibu Mana Tak Panik!]

Tugas anda? Pastikan bayi menyusu dengan kerap..
Apabila bayi tidak menyusu secara terus atau berjauhan dari bayi, gantikan rangsangan dengan pam.

3.Selain itu, penghasilan susu pada waktu malam tinggi dengan kandungan lemak,ia membantu menambah berat bayi.

Ha,nak bayi tambah berat dengan jayanya? Kerapkan penyusuan waktu malam ya.

4.Kandungan susu pada waktu malam juga tinggi kandungan hormon prolaktin. Ia adalah hormon kasih sayang antara ibu dan bayi.

Agak rasa penghasilan susu kurang ke,kerap-kerapkan menyusu malam ya. Ia akan menambah penghasilan prolaktin dan seterusnya menambah penghasilan susu.

5.25% dari penyusuan susu seharian adalah dari penyusuan waktu malam.

Bonus🎉🎉

Apa golongan bapa boleh bantu?

-Sediakan air minum ditepi tempat tidur isteri,ibu menyusu kerap dahaga.
-Atau snek, lapar dan ibu menyusu berpisah tiada.
-Kuncikan jam untuk ibu bangun menyusukan bayi.
-Atau anda boleh bantu isteri dengan tukarkan lampin bayi di malam hari.

Artikel Menarik: [Sakit, Kebas Sebelah Badan Ibu. Baby Cuma Pilih ‘Sebelah’ Waktu Menyusu]

Kadang-kadang ibu terlelap ketika menyusukan anak, macam mana nak tahu sama ada bayi cukup menyusu atau tidak?

Sekiranya ibu lihat bayi dapat tidur dengan tenang selepas disusukan, maksudnya dia sudah kenyang. Ketika menyusu waktu malam, bayi bukan hanya membasahkan tekak tetapi sama seperti waktu siang, anak akan mendapat foremilk dan hindmilk. Oleh itu, penyusuan pada waktu malam juga sangat penting untuk bayi anda.