“Allah. Kita tak mampu pun nak jaga anak kita, nak tentukan ke mana arahnya dan sebagainya. Tapi usahakan lah untuk kenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan kekasih kepada semua hati yang mencintainya, Rasulullah saw.”
Ads
Sempat menitipkan doa buat kedua puterinya, Saharul berharap anak-anak diberi akhlak yang baik dan perlindungan dunia akhirat.
“Semoga Allah pandang usaha kita, dan asbab itu, Allah bentukkan akhlak dan perlindungan terbaik dunia akhirat untuk kita semua. Amin Ya Allah ”
Untuk rekod Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada September 2016.
Ads
Pasangan ini dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 6, Fateema Azzahara, 3 dan baby Khadijah AlKubraa.
Adat dalam rumah tangga, sesekali bermasam muka dan berselisihan faham itu normal. Kadang benda kecil je pun, boleh buat suami atau isteri diam seketika. Masa ni lah boleh nampak skil memujuk antara satu sama lain.
Bagi anda yang ingin terus menyemarakkan rasa cinta dalam hubungan rumah tangga, Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kongsikan tipnya.
10 petua semarakkan rasa cinta
Buat pasangan yang sudah lama berkahwin. Ini adalah 10 petua untuk semarakkan lagi rasa cinta antara kalian:
1. Sentiasa utamakan tanggungjawab. Cuba buat senarai semak mengenai apa yang perlu kita lakukan bagi memupuk kasih sayang dan memotivasikan pasangan. Kadangkala pasangan cuma nak kita layan dia macam mula-mula dulu kalian berkenalan saja.
2. Cinta sebenar sentiasa bertunjangkan hikmah dan diplomasi. Berikan tujuh kali penghargaan atau pujian sebelum berniat untuk menegur. Inilah istilah tarik rambut dalam tepung seperti pepatah orang Melayu kita.
3. Sentiasa target untuk bahagia. Programkan hati dan minda untuk sentiasa ceria dan gembira walaupun masih banyak masalah yang belum diatasi bersama.
4. Berdoa dan yakin bahawa cinta kalian kekal sehingga ke akhir hayat dan bersambung di alam akhirat kelak.
5. Sentiasa menjadi ‘cermin’ kepada pasangan. Maksudnya bukan tiru bulat-bulat apa yang pasangan buat tetapi ambil inspirasi dan rujukan hal kebaikan dari pasangan. Pasangan akan perasan dan tahu kita menghargai ‘small gesture’ dari kita yang dapat mengubah hidup kita.
6. Cinta sejati membantu pasangan membangunkan diri dan jadi lebih dewasa serta matang dalam setiap pengalaman hidup. Bajalah cinta kalian dengan sama-sama belajar dan memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.
7. Cinta sejati sentiasa memandang ke depan secara positif. Harapan memberi kekuatan dan rangsangan untuk bertindak secara cemerlang setiap waktu.
8. Cemburu tanda kasih. Namun jika keterlaluan, ia akan membuatkan pasangan rasa kalian tidak mempercayainya. Berterus teranglah dengan pasangan. Jangan dipendam atau cuba untuk membalas dendam.
Katakan bahawa kalian tidak selesa dengan apa yang kalian lihat dan jika penjelasannya munasabah dan tidak bertentang dengan apa-apa kesalahan, maka terimalah dengan lapang dada.
Kadangkala kita terlalu ikut emosi dan hilang pertimbangan. Namun jika pasangan celik dan sedar akan hal ini, dia akan “tarik handbreak” dan tak mahu buat kalian cemburu lagi.
9. Cinta sejati berpegang kepada prinsip, semakin kita menyayangi diri, semakin mudah orang menyayangi kita. Bagaimana nak orang sayang kita kalau kita sendiri tak sayang diri sendiri. Self love itu sangat penting dalam peribadi diri.
10. Cinta sejati peka kepada hakikat. Semakin sedikit kita berharap, semakin banyak yang kita dapat. Apabila banyak yang kita minta, pasangan menjadi tertekan dan mula merasa rimas.
Keep it simple and live life to the fullest, guys. Semoga bertambah erat dan semakin bertaut hubungan kasih dalam rumahtangga kalian ya.
Batuk yang berpanjangan selepas terkena Covid-19 membuatkan kita terus rasa tidak selesa. Selain usahakan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan, cara mudah yang dikongsikan ini mungkin serasi dengan kita.
Tak perlukan ubat, hanya potongan buah limau dan nenas setiap pagi dan sebelum tidur yang dikongsikan oleh Pn Ezan Ed ini boleh anda usahakan. Mana tahu serasi. Jom cuba!
Nak share “ubat batuk” saya pagi ni. Hampir sebulan dah batuk. Lalok makan ubat batuk hari-hari tapi masih jugak tak sembuh.
Akhirnya saya cuba potong buah oren dengan nenas kecil-kecil macam ni. Kemudian tabur sedikit garam. Alhamdulillah semakin ok. Kahak pun kurang. Cubalah.
Anda hanya perlukan: Sebelah buah oren potong nipis sekali kulit. (Lemon pon boleh.) Sepotong nenas potong kecil. 1 sudu teh garam. Tabur.
(Edit** Saya makan sekali kulit. Basuh bersih-bersih ye)
Saya makan sebelum sarapan & setengah jam sebelum tidur. Pastikan minum air secukupnya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Setiap kali mama memasak antara peralatan memasak yang sering digunakan adalah papan pemotong. Tapi tahukah bahawa papan pemotong yang kita sering gunakan adalah barangan yang paling kotor jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap.
Bila papan pemotong sentiasa dibersihkan barulah makanan untuk anak-anak terjamin bersih dan sihat untuk dimakan kerana peralatan yang digunakan bersih. ia juga dapat mengelakkan anak-anak daripada risiko dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh makanan yang tidak bersih.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ahli kimia, Fatimah Salim menerusi laman Facebook miliknya. Menurut Dr Fatimah, papan pemotong perlu dibersihkan dengan kerap dan betul supaya tidak menjadi sarang kepada beribu jenis kuman.
Dalam perkongsian tersebut juga, Fatimah turut berkongsi cara cepat dan mudah untuk membersihkan papan pemotong yang digunakan di rumah.
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?!Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat. CARANYA: • Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN: 1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air. 2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain. 3) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap. Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita yang menawarkan lebih 100 hidangan tradisional serta program CSR penuh bermakna sepanjang Ramadan.