Bermula usia anak 6 bulan ke atas, ibu kena lebih kreatif memikirkan menu si manja. Ini antara salah satu cara nak elak anak memilih makanan sejak dari awal.Tempoh ini paling baik nak bagi anak rasa semua jenis makanan yang berkhasiat.
Mungkin dalam tempoh beberapa bulan ibu boleh cuba macam-macam menu, tetapi sampai satu tahap dah tak ada idea kan? Ok kali ini nak kongsikan resipi bubur salmon dan udang dari seorang ibu, Aza Razif yang dah dicuba untuk anaknya berusia 10 bulan.
Mana tahu resipi ini boleh dicuba dan tak adalah anak bosan dengan bubur yang sama je untuk mereka setiap minggu sehingga anak rasa muak.
——————————————————————–
Anak dah 10months…baru nk pelbagaikan bubur dia…sblm ni cuma buat bubur ayam shja…last week & this week try buat bubur salmon & bubur udang pulak…campur sayur banyak2… cuma tmbh perisa serbuk ayam & serbuk bilis homemade…Alhamdulillah dia suka…licin dia mkn
Ads
Resepi Bubur Salmon
-beras yg dibekukan semalaman (bila masak cepat kembang skjp shja dh jd bubur)
-Isi ikan salmon potong cube kecil
-sayur2 pilihan : sy guna carrot, lobak putih, kurma sebiji, ubi kentang, daun sup & daun bawang (semua sayuran hiris halus/ potong cube kecil)
-bwg merah & putih utk tumis
-serbuk ayam / bilis
Ads
-tumis bwg merah & putih dgn unsalted butter
-masuk ikan salmon
-bila ikan dh agak masak masuk sayur2 kecuali daun sup & daun bawang
-masukkan beras yg beku td, tmbh air biasa secawan lg & masak sampai beras kembang
-perisakan dgn serbuk ayam/ bilis
-dh nk siap masak baru masukkan daun sup daun bwg
-siap
Resepi Bubur Udang
Ads
-Beras yg dibekukan
-udang dikupas kulit
-sayur2 pilihan : sy guna baby corn, cherry tomato, asparagus, kurma sebiji, carrot , daun sup & daun bwg
-bwg holland & bwg putih utk tumis
-serbuk ayam/bilis
-tumis bwg holland & bwg putih dgn unsalted butter
-masukkan udang
-bila udang dh keluarkan air masukkan sayur2 kecuali daun bwg daun sup
-masukkan beras & tmbh air biasa, masak smpai jd bubur
-perasakan dgn serbuk ayam/ bilis
-bila bubur dh pekat n hmpir masak masukkan daun sup daun bawang
-siap
Setiap ibu pastinya menjadi cukup teruja dan gembira bila anak sudah memasuki usia 6 bulan. Mana tidaknya, mempersiapkan anak dengan makanan pejal dan proses untuk memperkenalkan bayi dengan deretan makanan adalah satu momen yang cukup indah.
Ditambah rasa berdebar dengan penerimaan bayi menjadikan ibu cukup bimbang. Begitulah proses perkembangan bayi kita. Namun semua ini tidaklah menjadi sesukar mana bila ibu berusaha untuk mencari semua ilmu berkaitan pemakanan ini, demi bayi tercinta.
Bagi mencari apa yang sesuai dan terbaik buat bayi anda, Puan Rose Hanizan Mat Hassan, Pakar Pemakanan daripada KPJ Perdana, Kota Bharu menyediakan nota lengkap untuk ibu jadikan panduan.
Menurutnya, selepas bayi berusia enam bulan, susu badan sahaja tidak memberikan nutrien yang cukup kepada bayi terutamanya zat besi, dan yang lain – lain dimana kita perlu memberikan makanan lain selain daripada susu badan.
Pemberian makanan pejal tidak sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah kerana risau akan tumbesaran usus belum matang serta mempercepatkan risiko obese apabila dia besar nanti.
Makanan pejal juga bagus diperkenalkan selepas usia 6 bulan bagi mengurangkan risiko alahan kepada makanan terutamanya bagi keluarga yang mempunyai sejarah teruk kepada alahan makanan.
Sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, seeloknya anda perlu berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda.
Bagaimana anda tahu bayi anda telah bersedia untuk makanan pejal?
1. Bayi boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi.
Ini adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil sekiranya dia mahu mengambil makanan dan disuap dengan sudu.
2. Melakukan pergerakan mengunyah.
Bayi boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi sudah pandai menelan dengan efisien, dimana bila anda perhati bahawa air liur sudah kurang meleleh.
3. Bayi anda kelihatan seperti minat dengan makanan yang anda makan.
Bayi mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut.
Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu sudah tentu tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel anda malah ada ibu yang tidak sabar. Ada beberapa perkara yang perlu di beri perhatian agar makanan si kecil kita sihat dan berkhasiat.
• Sebaik – baiknya makanan pertama si kecil kita di masak sendiri menggunakan bahan – bahan segar dan tiada bahan pengawet.
• Sayur – sayuran perlulah di rendam sebaik yang mungkin manakala buah – buahan seharusnya di cuci serta dikupas dengan elok bagi menjaga sistem pencernaan bayi dan memastikan selamat untuk bayi kita.
Tip Perlu Tahu
Pada usia enam bulan bayi hanya disarankan makanan dalam bentuk puri, separa pejal , bubur atau makanan di kisar. Makanan pertama bayi kita digalakkan yang kurang sensitif kepada bayi serta perut nya.
Dari segi rasa juga tidak digalakkan meletakkan penambah perisa yang boleh mendorong bayi menjadi suka kepada benda yang tidak bernutrisi. Rasa makanan yang semulajadi atau rasa asli lebih baik untuk bayi.
Bijirin beras adalah makanan pertama yang sesuai kepada bayi, ibu juga boleh mencampurkan sedikit sayur – sayuran yang dilecek atau di puri kan.
Bagi makanan dalam bentuk puri, buah – buahan perlu di kukus atau direbus terlebih dahulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilangkan nutrisi makanan tersebut.
Sekiranya anda merebus sayuran ubi – ubian seperti kentang, brokoli, lobak merah, sebaik – baiknya gunakan air rebusan tersebut untuk mengisar makanan kerana ia mengandungi nutrisi (vitamin dan mineral) yang tinggi untuk keperluan bayi.
Selepas di kisar pastikan tekstur makanan tersebut tidak terlalu pekat, sebaik – baik nya sedikit cair supaya ia serasi dan lebih kurang dengan tekstur susu ibu sahaja.
Bila bayi kita sudah terbiasa lama kelamaan kita boleh memekatkan tekstur tersebut sedikit pekat secara berperingkat dan sedikit pejal seterusnya seperti makanan orang dewasa. Kepekatan makanan bayi akan membantu bayi berlatih menyunyah (dengan gusinya) dan menelan makanan.
Semasa penyediaan makanan kepada bayi, ibu juga boleh menambah perasa asli seperti bawang dan sedikit garam mengikut kepada tahap bayi. Minyak zaitun juga elok diperkenalkan kepada bayi kerana mengandungi banyak khasiat.
Selera bayi kita akan berubah – ubah, masa untuk berikan makanan tidak perlu banyak berubah dari sehari ke sehari, jenis makanan juga perlulah pelbagai dan bukan benda yang sama.
Ibu juga haruslah bijak memerhatikan tanda – tanda bayi sudah kenyang. Biasanya seorang bayi yang sudah kenyang adalah seperti bayi tidak mahu membuka mulutnya untuk terus disuap atau berpaling muka, atau mula bermain dengan makanannya.
Selepas bayi anda lebih berpengalaman, anda boleh menambahkan kepekatan makanan yang diberi serta ketulan – ketulan lembut dan makanan lecek.
Bila bayi sudah membesar mereka sudah bersedia untuk mengambil makanan jenis jejari dengan saiz potongan, cukup untuk sekali suap.
Beberapa makanan jejari yang sesuai dikisar dengan gusi dan mudah dicerna adalah seperti roti, pisang, ubi keledek yang dimasak lembut, bijirin beras rapuh atau beras paf (rice puff), dan masakan pasta beranika potongan.
Peringatan penting buat ibu, elakkan meninggalkan bayi seorang diri ketika makan kerana bimbang dengan risiko tercekik dan sebagainya.
Elakkan Tiga Perkara Ini
* Jangan terus memberi makanan kepada bayi anda sekiranya dia tidak mahu (memalingkan kepalanya atau tidak mahu membuka mulutnya). Bayi mungkin sudah kenyang atau tidak suka dengan makanan tersebut. Jika kita terus memaksa, ini akan membuat kan bayi tidak mahu mencuba makanan lain.
* Elakkan makanan yang terlalu manis, terlalu masin, makanan berlemak, makanan pedas serta terlalu berempah. Ini akan menyebabkan kerengsaan kepada perut bayi seperti kembung atau cirit.
* Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Seeloknya gunakan pelukan, ciuman dan berikan perhatian sepenuhnya kepada bayi kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka dari lebihan marshmallow boleh dijadikan biskut dan kudapan untuk anak-anak makan. Jadi lebihan marshmallow atau yang tidak dihabiskan oleh anak-anak jangan dibuang, buatkan sahaja Mix Crunchy Rice Pop ni. Cukup mudah, sedap dan rangup untuk kudapan anak-anak.
Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Daten Eeita ini cukup menarik untuk dicuba. Jom cuba.
My simple Mix crunchy rice pop. Bahan-bahan pun ringkas.
Menu shell out antara yang menjadi pilihan penggemar makanan laut. Walaupun harga bahan mentahnya agak mahal, namun berbanding makan di kedai, lebih jimat sebenarnya buat sendiri di rumah.
Mungkin ramai yang macam ragu-ragu nak masak sendiri di rumah kerana menganggap resipi shell out ni susah. Namun bagi ibu yang nak mencuba sendiri menu ini untuk dihidangkan pada ahli keluarga, resepi Rahayu Abdul Rasib ini cukup simple dan pasti menepati citarasa anda.
Jika buat sendiri mungkin boleh bajet modal nak beli barang mentah. Lagipun makan kat rumah lagi puas hati dan nak tambah-tambah pun tak ada rasa masalah. Jimat pun jimat kan! Sesekali makan besar apa salahnya.
ALHAMDULILLAH…tak pandai memasak..tapi demi insan tersayang semuanya JADI!!
UMIE SHARE RESEPI SECARA RINGKAS YE..
Bahan A:
Untuk masak shell out kena guna seafood yang fresh-fresh tau baru sedap! Tak kisah la nak tambah apa ya ini yang ada semalam umie buat je
1.kepah retak seribu
2.ketam
3.udang
4.sotong
(Semua ni basuh dan rebus sekejap. Semasa rebus letakkan garam dalam air. Kulit dah merah angkat, toskan)
Bahan B
Sayur-sayuran
1.jagung takda kalau ada lagi cantik.umi ganti badek jagung(anak jagung)
2.lobak merak
3.brokoli
Semua ni rebus juga. Kemudian toskan, brokoli lepas dah rebus angkat letak dalam air sejuk supaya WARNA DIA ASLI..tak layu.
Bahan C
Untuk tumisan:
1.cili kering ikut sukatan sendiri kalau masak sikit 5biji sudahlah
2.bawang merah 5biji
3.bawang putih 5biji
4.halia sikit
5.serbuk kari ikan sukatan yang umie sebungkus..
Blend semua sekali..Tumis bahan tu jangan lupa letak daun kari supaya naik wangi..letak garam gula sesedap rasa.
Tumis sampai garing. Masukkan air didihan udang, sotong, ketam tadi sikit. Tunggu sampai garing. Masuk lagi air didihan tu.
Air didihan tadi digunakan untuk dijadikan kuah kalau nak. Bukan guna semua sekadar berkuah guna air tu semula untuk lebih umph!!
Gaul semua sekali dalam kuali. Taburkan brokoli atasnya, daun sup, daun bawang sikit naik harumannya..SEDIA UNTUK DIMAKAN!!
Simple je dari umie.. Selamat mencuba!!
#cdmayumie
#shellouthomemade
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.