Banyak makanan atau minuman yang boleh membantu memperbanyakkan susu ibu. Salah satunya oat campur kurma. Sedia maklum oat dan kurma memberi banyak khasiat kepada tubuh badan.

Gabungan oat dan kurma merupakan gabungan terbaik untuk kesihatan badan terutama untuk ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan. Oat kurma mengandungi banyak manfaat terhadap kesihatan. Ia kaya dengan pelbagai nutrisi serta antioksidan yang dapat meningkatkan tenaga, menambah zat besi dalam badan dan memudahkan proses pencernaan. Sebab itulah, khasiat oat kurma sering dicanang-canang, terutamanya untuk ibu mengandung.

Buah kurma juga sangat baik untuk ibu yang menyusukan anak. Pendek kata, wanita yang sedang mengandung atau sedang menyusukan anak amat digalakkan untuk mengambil susu campur kurma sebagai sebahagian daripada diet harian.

Buah kurma boleh membantu menambah jumlah prolaktin, sejenis hormon yang dapat menggalakkan penghasilan susu badan wanita. Selain buah kurma, wanita juga boleh meningkatkan jumlah susu dengan pengambilan makanan lain seperti halba, quinoa atau oat. Jom lihat resipi oat kurama yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Asmida Nor di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.

IKLAN

RESEPI OAT KURMA

Oat Kurma Lemak Berkrim, Sebagai Milkbooster Untuk Ibu Menyusukan Anak!
Sumber foto: Facebook Asmida Nor

Milkbooster untuk mommy. Hanya 3 bahan je.

Bahan- bahan:
– 5 biji kurma
– Setengah cawan oat @ 40g oat
– Secawan air Horlick

IKLAN

Cara- cara:
– Blend ke semua bahan. Dah boleh minum. Rasa sangat sedap. Lemak- lemak berkrim gittew.

Cubalah.

Baca Juga:

IKLAN

Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!

Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!

Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!

Senang sangat resipi yang dikongsikan. Ibu- ibu boleh cuba di rumah untuk tambah susu badan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI