Dalam membesarkan anak pasti banyak dugaanya. Namun perjalanan membesarkan mereka pasti kita akan rindu suatu saat nanti.
Usahawan kosmetik, Puan Yatie berkongsi kenangan dan nasihat dalam membesarkan anak.
Bila anak kecik, kita rasa belanja banyak sebab diapers, susu, nursery. Kita terpikir, dah besar senang sikit kut sebab dah tak belanja susu, diapers.
Tapi bila masuk sekolah, lain pulak belanjanya. Yuran sekolah, uniform, buku, makan etc.
Kita pun pikir, ohh nanti anak dah habis sekolah ok kut. Tapi.. kita lupa yg anak masuk IPT lagi byk belanja. Rumah sewa, yuran, makan, transport etc.
Ads
Dah habis IPT kita pun mula susah hati macam mana mereka nak menjalani hidup kat luar. Jodoh elok ke tak, mampu tak mereka handle own family.
Apa pun, kita sebagai parent cuba jalankan tanggungjawab sehabis baik. Bukan meletakkan anak-anak sebagai satu cagaran untuk menjaga, provide segalanya masa kita tua nanti sebagai imbalan membesarkan mereka. Sebab, anak-anak yang baik pasti tak mengabaikan orang tua mereka.
Untuk yang masih ada anak-anak kecik atau remaja yang masih bawah tanggungjawab kita.. hargailah setiap saat. Moment ni tak boleh repeat lagi. Once mereka ada pasangan, transition baru akan bermula. Tak semua kita boleh masuk campur.
Ads
Anak-anak ni anugerah. Komunikasi sangat penting terutama zaman sekarang. Anak-anak spend lbh masa dgn laman sosial dari dgn parent kalau kurang communication. Sama2 lah kita doa supaya kita semua mampu jadi parents yg baik. Sebab anak2 ialah “investment” terbesar dunia & akhirat.
Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga. Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat. Semuanya demi keluarga. Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan. Dengan menyuap makan kepada anak, mereka akan rasa lebih disayangi. Jika ayah yang menyuap dengan tangan sendiri ke mulut anak-anak, percayalah akan datang rasa hormat dan kasih kepada si ayah.
Ingat Selalu
Jika makan sekeluarga, anak-anak akan lebih menghargai dan mengingati antara satu sama lain. Ke mana pun mereka pergi, pasti tidak akan terlupa kepada yang lain. Juga dengan suapan ayah itulah yang membuatkan mereka sentiasa terasa memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan mereka. Ayah yang menyuap pula akan sentiasa disebut-sebut dan dirindui. Percayalah.
Kasih Sayang Utuh Antara Beradik
Tahukah anda, dengan mengamalkan konsep makan bersuap oleh ayah akan membuatkan kasih sayang antara beradik menjadi utuh? Ketika suap makan, peranan ayah bukan sekadar sebagai tukang suap. Titipkan pesanan perlahan-lahan secara konsisten dan mereka akan ingat akan pesanan itu sehingga bila-bila. Jika makan disuap oleh si ayah, yang tua akan melindungi adik-adik. Yang kecil pula akan menghormati yang abang atau kakak di atasnya.
Merapatkan Hubungan Ayah & Anak
Biarpun sibuk bekerja, tunjukkan kepada anak-anak yang anda peka dengan setiap perkembangan mereka. Kongsikan cerita anda ketika di pejabat atau bersembanglah dengan mereka tentang apa saja topik. Bukan sahaja dapat memberi mereka pendedahan kepada perkara baharu tetapi membuka peluang kepada anak-anak untuk lebih mempercayai si ayah.
Tolong Ibu, Apa Salahnya?
Ini paling win! Sebenarnya, mengambil alih tugas menyuap anak-anak dapat memberi sedikit masa kepada ibu untuk berehat. Lebih bahagia, jika ketika itu ayah juga suapkan ibu. Bukan sahaja kasih sayang antara ayah dan anak-anak semakin kuat, bahkan hubungan suami isteri juga lebih bahagia dan memberi impak positif kepada tumbesaran anak.
Sesekali cubalah makan bersuap satu keluarga. Anda akan nampak sendiri perubahannya pada diri sendiri, pasangan serta anak. Selamat makan bersuap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak solat bukan boleh ambil masa yang singkat. Ia perlu dilakukan setiap hari untuk pastikan anak faham dan lama kelamaan boleh mendisiplinkan diri tanpa disuruh. Namun hari ini kebanyakan ibu bapa lebih menyuruh anak-anak kecil berpuasa berbanding menunaikan solat.
Ini yang ramai dalam kalangan ibu bapa silap. Sepatutnya pastikan solat anak dulu betul, lepas tu perlahan-lahan pula ajar berpuasa. Bila dua-dua seiring, barulah lagi mudah tanpa nak paksa banyak lagi.
Bagi ibu bapa yang masih belum dapat pendekatan sesuai mengajar anak-anak solat, perkongsian Puan Nurul Shazalina mungkin boleh membantu. Sama-sama kita belajar untuk didik anak faham rukun Islam kedua ini penting buat mereka.
Kedengaran isu ajar anak berpuasa tapi tak ajar solat. Ramai dah beri pendapat, sepatutnya ajar anak solat dulu baru ajar anak berpuasa. Ya ini paling tepat. Saya dah tak perlu ulas, sebab semua tepat tepat dan bagus.
Ini 2 reason yang mungkin. Bukan parents tak nak ajar solat, tapi puasa lebih senang sebab suruh tahan makan minum sahaja. Semua orang boleh buat tanpa perlu apa apa hafalan. Mungkin ini reason ramai berpusu pusu minta anak puasa.
Ok tak apa sahabat semua, saya nak share cara ajar anak solat berperingkat peringkat. Saya bukan bagus pun, bukan pandai agama pun.
Anak saya pun belum lengkap solatnya tapi sedang berusaha lengkapkan. Cuma saya terpanggil untuk buat perkongsian ini. Saya yakin ramai perlukan tips ini.
Tip didik anak cinta solat
Ok pertama sekali, sedari bayi lagi, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa tunjuk kita solat. Especially ibu-ibu sebab kebanyakan masa kita bersama mereka di rumah kan.
Jangan solat sorok-sorok. Sentiasa solat berhampiran mereka. Lakukan setiap hari. Saya tahu ramai je buat macam ni tapi saya yakin ada juga yang tidak buat begini. Ada di antara mereka perlukan keadaan tenang, bilik khas untuk khusyuk.
Tapi saya syorkan, bawa bayi anda letak berhampiran. Percayalah, umur setahun dua nanti, mereka akan ikut pergerakan kita solat. Jangan expect mereka terus pandai. Ikut pergerakan solat adalah langkah pertama.
Bila mereka dah boleh mula bercakap dengan lancar, ajar mereka bacaan dalam solat. Ikutkan dari kecil kita dah biasakan dengan bacaan ayat quran at least yang basic supaya senang mereka recall sebab dah biasa dengar kan.
Ok first hafal surah al fatihah. Lafaz hari-hari dengan anak. Sampai dia hafal. Jadi bila dia dah hafal, sekarang solat dia dah boleh ada bacaan surah al fatihah. Jadi dia ikut solat sambil ada bacaan al fatihah.
Jangan tunggu sehingga anak dah hafal semua bacaan
Jangan tunggu sehingga anak kita hafal lengkap semuanya baru suruh solat. Mungkin ini antara kes yang terjadi. Ada yang menunggu anak bersedia hafal semua baru nak anak solat.
Ok lepas tu ajar mereka sikit-sikit bacaan dalam rukuk. Ambil masa sehari ajar yang mudah-mudah dahulu. Bacaan rukuk. Dah hafal tu suruh dia baca masa rukuk dalam solat.
Lepas tu bacaan sujud. Dan seterusnya. Semua berperingkat. Untuk anak-anak yang tidak kuat daya hafalan, jangan harap sehari dah hafal atau buat expectation tinggi. Tolong fahami kemampuan anak anda. Beri masa, yang penting teruskan.
Tips saya bagi hafal yang mudah-mudah dulu. Tak perlu ikut urutan. Tahiyat akhir dan doa qunut paling last sekali saya ajar hafal setelah yang lain lancar. Kita jangan mulakan dengan yang panjang dulu. Biar yang senang je dulu.
Setiap anak berbeza. Jangan sesekali marah, kenapa susah sangat nak hafal. Anak jiran tu dah hafal semua! Haa jangan macam tu ok. Setiap orang lain daya hafalnya. Mungkin berminggu, mungkin berbulan malah bertahun. Teruskan mendidik.
Sebaiknya ibu atau ayah ada di sebelah
Lepas tu lagi satu cara, setiap solat anak kita, kita berada di sebelah. Ni jangan solat berimam. Bukan sebab saya tak galakkan solat jemaah dengan anak. Sebab tujuan sekarang saya nak anda bantu anak anda solat.
Kalau anda imamkan, anda tak dapat betulkan bacaan anak. Anak di belakang mungkin khayal atau berangan atau sekadar ikut pergerakan. Jadi mereka takkan dibiasakan membaca bacaan solat sendiri.
Ok duduk sebelah sambil anak solat, bagi dia baca semua kuat-kuat. Kita betulkan bacaan atau tolong bacakan dan dia ikut. Buat hari-hari sampai dia boleh baca sendiri
Setiap kali lepas solat, beri kata pujian dan pelukan serta ciuman. Bagitahu Allah suka orang yang berusaha nak solat. Banyak pahala anak insyaallah. Anak gembira dan lebih bersemangat apatah lagi bila dia berjaya baca bacaan solat tanpa bantuan dah.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak remaja jadi makin memberontak.Fasa remaja adalah tempoh kritikal dalam kehidupan seseorang, di mana pelbagai perubahan fizikal, emosi, dan mental berlaku. Seringkali, ibu bapa mendapati bahawa anak remaja mereka mula menunjukkan sikap yang lebih memberontak, sukar dikawal, dan tidak mudah menerima nasihat.
Sifat memberontak ini bukanlah sesuatu yang ganjil dalam perkembangan seorang remaja, malah ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada proses mencapai kematangan. Namun, penting untuk memahami sebab-sebab di sebalik sikap ini supaya ibu bapa dan penjaga dapat mengurusnya dengan bijak.
Berikut perkara-perkara yang sering ibu bapa terlepas pandang pada anak remaja seperti yang dikongsikan oleh Taufiq Razif
1. Kita banyak puji, peluk cium adik-adiknya secara berlebihan tetapi berkeras dan tegas melampau dengan dirinya.
Ubah: Kena banyak peluk cium anak anak yang lain juga. Bukan yang bongsu sahaja.
2. Kita terlampau “Authoritarian” dengan anak remaja kita. Semua benda tak boleh. Semua benda kena sekat.
Ubah: Kena banyak bersembang dan berbincang.
3. Kita tak ajar dia untuk berdepan dengan “rejection”. Kita banyak sangat tunai permintaan dia sewaktu masih kecil hingga dia jadi memberontak bila tak dapat sesuatu
Ubah: Sewaktu kecil lagi kena ajar anak tak semua benda dia nak dia dapat. Walaupun kita mampu saja nak bagi.
4. Kita lupa nak jadi kawan dia. Kita banyak jadi “pengetua dan warden” je pada anak remaja kita.
Ubah: Sesekali kena keluar berdua dengan anak remaja kita. Sesekali tu masuklah ke dunia anak remaja kita
5. Kita buat segalanya untuk mereka tapi kita lupa nak ucapkan dan zahirkan kasih sayang melalui kata-kata.
Ubah: Banyak cakap I Love You atau Mama Sayang Awak. Kalau tak selesa nak ucap, dalam bentuk tulisan pun boleh.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.