Bila bercerita tentang berjiwa besar ni banyak perspektif yang boleh diambil seperti suka tolong menolong, berani dan juga yakin dalam membuat sesuatu perkara.
Anak-anak dilahirkan tidak tahu apa-apa, maka tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik mereka untuk menjadi manusia yang sempurna.
Ibu bapa mana yang tak nak anak mereka membesar menjadi manusia yang mulia dan berjiwa besar.Tapi sebagai ibu bapa juga kita mesti tahu bagaimana cara untuk mendidik anak kita supaya menjadi seorang yang berakhlak baik dan juga berjiwa besar.
Ads
Adik Adam sebagai squad Pa&Ma bertemu Muhammad dan ibunya Farah Adeeba untuk mengetahui bagaimana Puan Farah mendidik Muhammad menjadi manusia yang berjiwa besar.
Menurut Muhammad, dia suka melakukan pekerjaan amal kerana dia suka menolong orang dan dia sentiasa ingat pesan ibunya ‘Orang yang suka membantu orang lain akan disayangi Allah.’
Puan Farah turut berkongsi pengalaman mendidik Muhammad supaya menpunyai rasa empathy dalam diri. Menurutnya, sikap empathy terbentuk apabila seseorang itu mampu meletakkan dirinya dalam ‘kasut’ orang lain, memahami orang lain dan dalam masa yang sama turut membantu mereka.
Ads
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perkongsian Puan Farah, anda wajib tonton siaran ulangan Pa&Ma TV pada 18.10.2020, Ahad jam 9.30 pagi di ASTRO RIA.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan anak-anak yang baik akhlak, hormat orang tua, mudah dengar kata dan menjadi saham akhirat untuk ibu bapa kelak. Bagaimanapun sejauh mana kita harapkan, ingatlah hati anak-anak Allah yang pegang.
Tak salah untuk ibu bapa ikhtiar cara yang terbaik asalkan ia menjadi pegangan untuk anak sejak dari awal.
Melalui perkongsian ibu kepada 7 orang anak ini, Rohamiah Muda, salah satu amalan yang dilakukannya ialah menyapu air lebihan wuduk pada wajah dan kepala anak-anak.
Ada yang tanya saya macam mana saya handle anak tujuh orang. Ada yang anak baru dua pun dah kelam kabut. Rumah tak siap, nak buat sarapan tak sempat, terkejar-kejar dengan masa pula.
Saya hanya senyum mendengar komen daripada kawan dan sahabat tentang perkara ini.
Sebenarnya, ketika saya anak dua dahulu pun begitu juga. Saya kagum dengan ibu-ibu yang dikurniakan anak yang ramai.
Tetapi, apabila saya sendiri dikurniakan anak yang ramai, terasa mudah. Dan, hakikatnya ketika anak pertama hingga ketiga masih kecil terasa agak susah dan agak penat
Namun, apabila anak pertama, kedua dan ketiga semakin membesar, urusan saya sebagai ibu semakin mudah.
Kenapa?
Kerana anak pertama sudah boleh diharap untuk menolong kita apa yang patut.
Kemudian, anak kedua dan ketiga semakin besar, mereka dapat adik lagi. Urusan juga semakin senang.
Hinggalah sekarang, apabila semua anak semakin besar, mereka sudah pandai urus diri dan berdikari.
Saya sebagai ibu memberi tunjuk ajar dan arahan sahaja.
“Baju sekolah jangan lupa gosok!”
“Baju lipat sendiri!”
“Kemas ruang tamu!”
Alhamdulillah, jika kita sebagai ibu memberi contoh teladan yang baik, anak-anak mudah mengikut arahan yang diberi.
Mudah, kan?
Jika kita fikir mudah, ia akan menjadi mudah. Jika kita fikir susah, ia akan menjadi susah.
Begitulah cara mendidik anak yang seterusnya.
Bahkan, anak ramai ni mereka sudah ada kawan bermain di rumah. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk mencari kawan.
Seperkara lagi, ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai mesti ada satu sifat iaitu sabar, sabar dan terus sabar. Itulah yang Islam ajar.
Setiap hari, ibu-ibu berhadapan dengan kerenah anak-anak yang sama seperti bermain, bergaduh, bergurau dan juga usik-mengusik. Sekejap ketawa, sekejap lagi menjerit. Telinga yang mendengar pun rasa sakit. Lama-lama ibu juga bertempik.
Itulah rutin saya setiap hari. Saya angggap ia sebagai suara-suara yang sedang menyanyi. Kerana saya fikir, tanpa mereka, pasti rumah akan sunyi. Itulah dunia untuk mereka nikmati.
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip dalam pendidikan anak:
1. Selepas berwuduk, lapkan air basahan wudhuk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
2. Mengulang zikir ‘Ya Latif Ya Latif ketika membuat air dan memasak.
3. Memeluk dan mencium mereka ketika mereka bergaduh.
4. Ucapkan mama sayang ….(sebut nama anak)
5. Doakan anak-anak dan sebutkan nama setiap anak.
6. Sebelum mereka ke sekolah atau ke asrama, bacakan surah Ar-Rahman ayat 1-4 ke ubun anak-anak. Kemudian zikirkan “Ya Hafiz Ya Muhaimin”. Boleh juga letakkan tangan di kepala mereka sambil membaca ayat dan zikir di atas.
7. Setiap hari, sedekahkan A-fatihah untuk setiap anak.
8. Sentiasa berkata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
9. Jika anak-anak bergaduh, sama ada di dalam rumah atau di dalam kereta, ibu boleh laungkan azan di hadapan anak. Kerana anak yang sedang bergaduh, sebenarnya sedang diganggu syaitan. Apabila azan, syaitan akan lari. Tapi, dengan syarat lafaz azannya mesti betul ya.
10. Ilmu ini saya dapat daripada seorang ustazah di sekolah anak saya. Ketika anak tidur, bacakan ayat Qursi dan surah Al-Insyirah serta tiupkan pada ubun-ubun anak.
Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita dalam menjaga anak-anak. Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga fizikal anak, bahkan rohani dan jiwa mereka perlu diberi keutamaan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar seorang bapa di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Alif, kehadiran anak dianggap pembawa rezeki buatnya dan isteri.
Berkongsi mengenai cabaran dalam membesarkan anak-anak, Alif mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun tetap menjadi momen indah buat dirinya dan kisah ini dikongsi dalam Anugerah BEST PAPA MILLENIAL 2022.
“Ada dugaan dan cabaran. Alhamdulillah sekarang bapa kepada 3 orang anak.”
“Setiap anak ada karakter sendiri, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Dan Alif bangga jadi ayah kepada anak perempuan. Tak pernah ada rasa kasih sayang yang berbeza-beza setiap anak, kena adil. Alif percaya kita kena lead by example. Kalau diaorang nak bermanja, layan.”
Tambah Alif lagi, sebagai bapa kepada 3 cahaya mata dia menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam mendidik anak-anak.
“Cara Rasulullah layan kanak-kanak, dengan kelembutan. Jadi Alif cuba buat benda yang sama.. anak datang tepuk-tepuk muka kita, panjat kita masa solat, tapi Alif tak pernah rasa marah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak jadi kita layan sebaiknya.”
“Waktu Alif di rumah, bila ada masa terluang, Alif akan curi masa (Waktu main key point) contoh waktu anak sebelum tidur, selepas tidur atau hantar anak ke sekolah Alif akan ambik masa tu, pikul tanggungjawab supaya anak sentiasa rasa kehadiran ayah mereka.”
Pemenang Anugerah Best Papa Millenial 2022 ini turut berkongsi tip untuk tidak ‘stress’ dalam menguruskan keluarga tercinta kerana baginya ibu bapa perlu pandai menguruskan emosi sebelum menguruskan anak-anak.
“Antara saya dan isteri, Shadila of course kami bahagi-bahagi tugas. Daddy time, mommy time (Me time) perlu jugak dan sangat penting sebab kita pengendali kapal. Kena tahu masa untuk jaga anak-anak dan jaga diri sendiri, diri kita as parents. Kena sentiasa ada masa untuk diri sendiri barulah rasa lancar dan best je. Hantar anak-anak rumah atuk nenek dia, mama papa pergilah dating”
Siapa sangka dari seorang yang biasa-biasa kini dirinya antara selebriti dan pengacara pilihan ramai. Nak tahu perkongsian lebih tentang bagaimana Alif sebagai seorang papa dan suami melaksanakan tanggungjawabnya pada keluarga dalam kesibukannya bekerja, saksikan video di bawah.
Jika anak sedang batuk berkahak, salah satu bahan makanan semulajadi yang bagus ialah
biji kembang semangkuk. Air rendaman biji semangkuk, bagus untuk keluarkan kahak dan hingus anak yang selesema dan batuk.
Biji Kembang Semangkuk (Malva Nut/Taiwan Sweet Gum)
Ia berupaya bukan sahaja menyejukkan badan, tetapi juga membuang kahak.
Cara-caranya:
Rendam 2 biji kembang semangkuk ke dalam air.
Selepas setengah jam, tapis. Ambil airnya.
Airnya dicampur sedikit madu. Minum 3 kali sehari.
Juga boleh dijadikan pengganti air kosong, simpan dalam botol, minum sekerap mungkin.
Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Selepas itu, akan lebih ok, Bi idznillah.
Untuk bayi bawah 1 tahun dan menyusu badan, ibu yang kerapkan minum. Sesuai untuk 1 tahun ke atas.
*** ELAKKANLAH MAKANAN/MINUMAN INI KETIKA BERKAHAK:
Makanan yang menghasilkan kahak – gula, junkfood, fastfood, cikedis, coklat, aiskrim, kek, biskut, susu tepung, susu (walau organik sekalipun), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli, rye.
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak kita tidak tinggalkan.
Di mana nak dapatkan biji Kembang Semangkuk?
Pasar harian, pasaraya bahagian rempah/barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain.
Juga ada yang telah dipekkan. Harganya dalam 3-4 ringgit saja, lebih kurang 10 biji.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.