Rungutan mak ayah sebab anak tak nak makan, nak susu je sepanjang masa memang dah biasa. Hinggakan sampai satu tahap, biar je anak ikut seleranya sebab dah puas pujuk. Tapi sampai bila?
Menurut Dr Suriyakhatun, situasi anak banyak minum susu dan tak lalu makan ni boleh dikatakan semua ibu mengalaminya. Jadi macam mana nak mengawalnya. Paling penting, sebagai ibu bapa biar anak yang ikut cakap kita bukan kita yang ikut cakap anak.
Ada banyak kemungkinan anak tak lalu makan.
Ads
Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.
Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula,biskut, kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah. (apa solusi dia agaknya?)
Ibu-bapa penjaga tidak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.
Anak ada masalah penghadaman dan kurang selera disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.
Bila sudah lebih setahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol 250ml, sudah terlalu banyak, lebih lagi jika berikan susu berperisa. Semua susu formula tinggi kandungan gulanya. Banyak gula, banyak perasa tiruan dan banyak pewarna jejas penghadaman. Begitu juga no 2.
Banyak gula dan banyak processed food memberi anak karbohidrat dan lemak dan tak cukup vitamin, zat galian dan protein. Mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik maka selera makannya pada makanan berkhasiat akan kurang. Dia akan tidak berselera pada makanan sihat dan pilih makanan tak sihat.
Ads
Gambar Hiasan (Shutterstock)
“Tapi Dr, saya terpaksa bagi, tak bagi dia mengamuk.”
Ads
Oklah wahai ibu bapa, anak kamu yang diktat kepada kamu ya? Kamu ikut cakap anak walaupun anak minta yang akan sakitkan dia. Saya nak tanya, kalau anak nak terjun dari atas kamu beri tak? Walaupun dia meronta dan menjerit nak terjun? Tentu tidak kan ? Samalah, bila beri dia makan yang akan menyebabkan dia sakit.
Anak tantrum buat perangai itu memang asam garam untuk membesar. Namun ada caranya untuk mereka sentiasa punya mood yang baik iaitu daripada ibu dan ayah sendiri.
Percaya atau tidak hormon ibu menyusu juga boleh memberik kesan pada emosi anak. Jika ibu yang menyusu emosi atau mempunyai gaya hidup yang tidak sihat seperti stress dan sebagainya, keadaan itu sedikit sebanyak menyumbang kepada tantrum anak-anak.
Hal ini dikongsikan oleh Puan Maryam Jamadi melalui pengalamannya sendiri ketika anaknya mula tantrum dan buat perangai tatkala dia sibuk dan tertekan dengan urusan kerja.
Malah menurutnya, hormon ibu yang mempengaruhi emosi anak juga boleh memberi kesan pada tingkahlaku sosial si kecil pada masa akan datang walaupun sudah bercerai susu.
Justeru itu, dia menyarankan jika ini yang berlaku kepada ibu-ibu menyusu, ambil masa untuk buat perkara yang menenangkan sebelum menyusukan anak atau mengepam susu untuk bekalan si kecil.
Ikuti perkongsiannya:
HORMON IBU MENYUSU MEMBERI KESAN PADA EMOSI ANAK
Hari ini saya nak ceritakan tentang pengalaman anak tantrum dan jadi pemarah:
Anak saya tiba-tiba banyak meragam minggu lepas, menangis tanpa sebab. Semua benda tak kena dan jadi sangat pemarah bila tak ikut kemahuan dia. Pujuk macam mana pun tak jalan, kalau kes macam ini memang saya akan biarkan dia menangis untuk lepaskan semua kemarahan dia. Cara saya tahu dia dah puas nangis adalah bila dia dah mula buka mata untuk tengok sekeliling.
Selagi dia menangis menjerit tutup mata, buatlah macam-macam cara tak akan “laku”. Punca dia menangis memang “kelakar” dan tak boleh diterima:
– Tak nak mandi
– Tak nak tukar diaper walaupun dah “membuang”
– Nak buka peti ais
– Saya tegur bila dia tumpahkan air
– Nak makan sup panas menggelegak
– Baju dia pakai tak cantik
Benda kecil pun dia akan mengamuk macam kena dera, emosi dia sangat sensitif minggu ini dan saya mencari-cari puncanya dan apa salah saya. Pening + stress.
Dalam seminggu juga dia banyak meragam, selepas itu saya bercuti 3 hari. Tiba-tiba mood dia sangat ok, bangun tidur senyum tak ada nangis dan boleh mendengar arahan tanpa mengamuk. Kalau saya tak ikut kemahuan dia, dia boleh terima.
Lepas difikir-fikir punca, rupanya minggu yang dia banyak mengamuk itu adalah minggu appointment saya penuh selama 7 hari berturut-turut dari 9 pagi hingga 6 petang sebab nak kena ganti 7 hari saya bercuti. Suami pula sedang sibuk siapkan thesis master. Saya kerja beliau jaga anak, berganti-ganti.
Jadi masa itu saya stress, penat dan tak cukup rehat sampai demam, anak saya pun stress dan sangat kuat mengamuk.
Terlalu fikir kerja sehingga saya terlupa yang susu yang saya berikan kepada anak saya boleh “pass” hormon tak baik saya setiap kali saya stress dan penat iaitu hormon cortisol.
Hormon Ibu boleh beri kesan pada anak walaupun selepas bercerai susu
SUSU IBU + HORMON
Inilah jadi mak ayah lagi-lagi anak pertama, kita belajar apa pun atau kerja apa pun bila kena dekat batang hidung sendiri memang pening.
Ini yang ibu menyusu perlu lakukan:
Jadi, untuk mak-mak yang masih menyusu badan kalau anak tiba-tiba kuat mengamuk dan meragam cuba check balik emosi kita semasa menyusu.
Menyusu badan bukan bermaksud kita beri sumber khasiat dan keperluan bayi sahaja. Kita juga salurkan HORMON kita. Jadi, jaga-jaga dengan emosi sepanjang proses perjalanan menyusu badan.
Macam kes saya, sebenarnya saya pun tak perasan tengah stress sebab enjoy kerja walaupun sangat penat. Selepas ini kena lebih berhati-hati lagi dengan hormon stress.
Terima kasih, semoga bermanfaat.
*Dialu-alukan untuk SHARE atau tag suami/isteri supaya sama-sama faham kesan emosi ibu menyusu kepada anak.
Maryam Jamadi
Ibu sama seperti anda
Pediatric Occupational Therapist
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalunya ibu bapa akan tertanya-tanya apa aktiviti yang sesuai untuk bagi anak tak bosan dirumah. Ini kerana anak-anak bila dah tiada aktiviti, pilihannya hanya menonton TV dan suka tengok gajet.
Jika ibu ada masa di rumah dengan anak-anak, cuba buat sesuatu yang lain daripada yang lain untuk cipta keseronokan. Bukan saja bermain tapi anak dapat belajar. Nak tahu apa DIY menarik untuk aktiviti anak, Puan Azyyati Azmi kongsikan aktiviti matematik tap secara santai.
Jom kita DIY aktiviti anak untuk subjek matematik. Bahan dia pun senang dapat dan mudah. Selamat mencuba.
Ok, bahan untuk DIY ‘counting board’ ialah:
1) Kotak
2) Penutup botol air
3) Hot glue gun
4) Pom pom/guli/batu (kedai ECO shop ada)
Aktiviti hari ni Ayyra buat praktis mengira menggunakan pom pom. Ok bahan dia, ummi DIY guna bahan terbuang je. Dah la jimat lepas tu mudah dan senang untuk disediakan.
Aktiviti ni bagus untuk membantu anak-anak kita membina dan memberi pemahaman mereka dalam mengenal pasti nombor serta kuantiti.
Ummi percaya ramai anak kita boleh mengira 1-50 bahkan 100 dengan lancar tetapi berapa ramai yang betul-betul faham jumlah kuantiti dengan nombor tersebut?
Jadi, kat sini ummi gunakan pom pom sebagai bahan maujud untuk Ayyra gunakan sewaktu mengira agar dia lebih memahami konsep mengira dengan tepat. Selain pom pom, ibu ayah boleh gantikan dengan benda lain seperti batu atau guli.
Selain tu, ibu ayah boleh gunakan penyepit untuk memindahkan pompom ke dalam bekas. Dalam masa yang sama boleh tingkatkan kemahiran kordinasi mata-tangan anak. Sekaligus meningkatkan daya fokus mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan bimbang ya ibu ayah. Waktu ini anda rasa penat maknanya anda ibu bapa yang terbaik.
Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi.
Bila anak umur 1 bulan, rasa penatnya nak jaga bayi yang masih tak tahu siang dan malam dalam keadaan masih dalam berpantang.
Bila anak umur 7 bulan, rasa penatnya nak kejar anak dan “selamatkan” anak bila hampir terjatuh ketika fasa lasak merangkak dan memanjat.
Bila anak umur 8 bulan, penatnya nak melayan kehendak anak yang mahu berkepit 24 jam dengan kita kerana tengah “peak season” fasa “separation anxiety”.
Bila anak umur 1 tahun, rasa penatnya nak mengejar anak yang siang malam berjalan sambil memunggah barang.
Bila anak umur 1 tahun 6 bulan, rasa penatnya nak mengawal sikap mengamuk tanpa sebab anak.
Bila anak umur 2 tahun, rasa penatnya nak membalas pertanyaan demi pertanyaan tentang segala benda kepada kita sambil menghadapi fasa merajuk anak.
Bila anak umur 2 tahun 6 bulan, rasa penatnya untuk memastikan anak boleh uruskan diri sendiri termasuklah penat nak mengelap lantai semasa proses “potty training”.
Jika mak ayah pernah rasa “penat” sepanjang anak umur 0-3 tahun, TAHNIAH saya ucapkan kerana mak ayah dah buat perkara yang betul.
Saya kata begini sebab saya dah jumpa ramai mak ayah yang dah tersilap langkah apabila pilih “senang” dahulu semasa menjaga anak sewaktu waktu genting ini.
Bila anak melasak merangkak ke mana-mana di rumah, buka TV. Bila anak mula tak duduk diam, beri gadget. Bila anak mula “menyanyi”, dimintanya anak untuk diam. Bila anak mula nak potpet, disumbatnya puting tiruan sebab bising. Bila anak mula mengamuk pukul orang lain, dilayankan amukan dengan beri segala benda yang anak mahu. Bila anak nak belajar makan sendiri, disuapkan sebab tak mahu bersepah.
Apabila kita pilih senang dahulu, di masa hadapan pasti lagi susah.
Apabila anak mula terlewat perkembangan bahasa disebabkan 24 jam dengan gadget,
Anak tak belajar bercakap apabila 24 jam dengan puting tiruan,
Anak tak hormat mak ayah jika mak ayah tak pernah beritahu tindakannya salah,
Anak tak reti uruskan diri sendiri walaupun dah umur 6 tahun.
Setiap didikan yang kita berikan kepada anak semasa kecil membentuk peribadinya.
Setiap kali terasa penatnya nak menghadap ragaman anak semasa ini, kenanglah kembali teletah anak sejak dari lahir sehingga sekarang. Saat itu, kita akan tersedar kembali yang anak membesar hanya sekali. Anak tidak akan jadi bayi selamanya, tidak akan selamanya 24 jam dengan kita dan tidak akan selamanya “obses” dengan kita.
Anak “obses” dengan kita sewaktu ini kerana kitalah dunia mereka. Sampai satu masa apabila anak mula sedar kewujudan dunia yang lebih luas dan menarik, pasti kita rindu saat ini.
Jadi, saya ucapkan SELAMAT BERSUSAH-SUSAH kepada semua mak ayah yang mempunyai anak kecil.