ayah guna

Sudah nasib, ibu mengandungkan sembilan bulan. Kemudian bersusah payah melahirkan, sekali bila keluar anaknya mirip si ayah! Tidak mengapa, asalkan sihat sudah cukup. Lagipun memang itu ayahnya, logiklah kalau wajah mereka seiras. Kalau ditegur kenalan pun, si ibu biasanya akan tersenyum dan bersetuju yang si kecil tu memang anak ayah.

Artikel Menarik: [Dah Ada Anak 2, Masuk 3 Girl Juga. Untungnya Suami Isteri Ada Anak Perempuan Banyak!]

Mengikut kajian, apabila wajah anak seakan-akan sama seperti ayah atau ibunya, ia akan mempengaruhi gaya mendidik seseorang itu. Sebagai contoh, jika anak seiras dengan ayahnya maka mereka akan menjadi lebih rapat kerana ada ‘tenaga’ dan keserasian antara mereka. Si ayah juga akan bermotivasi untuk meluangkan masa bersama anaknya itu.

Bila Bersalin, Anak Ikut Muka Suami. Isteri Gembira, Rumah Tangga BahagiaMenurut Profesor Solomon Polachek dari Binghamton University New York, ayah yang melihat anaknya yang mempunyai wajah seiras dengannya akan lebih terikat secara emosi dan cenderung untuk selalu dekat dengan si kecil. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Binghamtom University dan Southern Illinois University ke atas 715 buah keluarga yang bermasalah, hampir berpisah atau sudah bercerai dan mungkin tidak pernah berkahwin (serta semua anak-anak dari keluarga ini tinggal bersama si ibu).

IKLAN

Bila Bersalin, Anak Ikut Muka Suami. Isteri Gembira, Rumah Tangga BahagiaKajian ini mendapati anak yang menyerupai wajah ayah mereka lebih sihat apabila mencapai usia setahun. Tahap kesihatan ini diambil kira dari pelbagai sudut, termasuklah penyakit yang mereka hidapi atau berapa kali pernah masuk ke hospital dan sebagainya.

Artikel Menarik: [Tak Salah Suami Isteri GAduh, Jadi Lebih Harmoni. Syaratnya, Jangan Maki!]

Apabila ayah mempunyai anak-anak yang seiras dengannya, ia bukan saja memberi kesan positif terhadap si ayah tetapi anak mereka. Anak akan berasa gembira apabila dapat meluangkan masa dengan siayah. Inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan si anak. Biasanya ayah yang mempunyai wajah seakan sama dnegan anak, mereka jarang nak marahkan anak tersebut.

IKLAN

Bila Bersalin, Anak Ikut Muka Suami. Isteri Gembira, Rumah Tangga BahagiaHasil penyelidikan dari dua buah universiti ini memang menarik, tetapi tidak bermakna jika wajah anak mereka tidak sama seperti ayah, mereka tidak sayangkan anak itu. Setiap ayah pasti sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarganya. Penemuan paling penting dalam kajian ini mendapati si ayah perlu meluangkan lebih masa dnegan anak-anak. Ia akan menggembirakan si kecil dan memberi kesan positif pada anak.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Wajah Seiras Lebih Bahagia & Jarang Gaduh. Sweet Je!]

IKLAN

Bila Bersalin, Anak Ikut Muka Suami. Isteri Gembira, Rumah Tangga BahagiaRumah tangga ‘sejuk’ kerana wajah anak seiras dengan ayah mereka mungkin satu kebetulan kerana apabila ayah selalu meluangkan masa dengan si manja, ibu akan ada sedikit masa untuk dirinya sendiri. Kebanyakan ibu pun tidak kisah kalau anak lebih rapat dengan ayah kerana sekurang-kurangnya mereka dapat fokus kepada hal-hal rumah tangga yang lain. Apabila suami isteri saling bekerjasama sudah pasti rumah tangga lebih bahagia dan harmoni.

Sumber: Majalahsantan.com

Foto Utama: Syahmi Sazli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI