Macam mana nak buat ya, anak saya memang tak mahu makan. Susu sahaja yang anak hendak minum. Anak saya mesti nak hisap susu botol sebelum tidur.

Malah dah jadi kebiasaan bila ibu tak bagi susu pada anak mulalah rasa risau takut anak tak kenyang ataupun tak dapat zat dan nutrisi yang mencukupi.

Untuk anak yang berusia lebih 2 tahun, susu bukan keperluan utama anak.

Semasa pertumbuhan anak membesar dari 0 hingga 2 tahun, susu ialah keperluan zat untuk pertumbuhan fizikal (tulang dan lain-lain) serta perkembangan minda anak-anak (untuk perhubungan sel-sel otak).

Bila Cecah Dua Tahun, Anak Kurang Susu Tak Ada Masalah. Asalkan Makan Makanan Berkhasiat

Antara tip-tip untuk membantu anak di dalam pemakanan:

IKLAN
  1. Langkah permulaan untuk buka selera makan anak-anak, ‘offer’ anak makan dahulu, baru susu.

Jarakkan 4 hingga 6 jam untuk susu selepas makan. Jika anak minta susu, beri buah-buahan ataupun snek sihat (homemade finger food/homemade nugget dan lain-lain).

  1. Ada banyak pilihan untuk didik anak makan.
    Yang utamanya, kena kurangkan bergantung dengan susu. Banyakkan makanan.

Antara konsep yang biasa digunakan

+ “eat or go hungry” – beri anak 2 sahaja pilihan, nak makan atau berlapar.
+ “eat and play” (sesi belajar masa makan) – Sesi makan bersama yang penuh dengan konsep belajar seperti ‘pretend and play’.
+ “Do it together and eat” – ajak anak memasak bersama, dan proses belajar zat dan nutrisi bermula dari penyediaan makanan lagi

IKLAN

Tidak kira mana-mana konsep yang serasi dengan cara keluarga kita, yang pentingnya dapat membantu ‘mood’ anak untuk mula suka makan.
Dan kurangkan bergantung pada susu.

Antara sebab anak yang kurang makan ialah

  1. Sudah kenyang dengan susu.
    ii. Susu kotak/susu formula banyak gula dan perisa tambahan. Dan kesan dari ketagihan gula dan perasa tambahan susu, anak tak dapat berenggang dengan susu. Setiap masa mesti minta susu.
  2. Jika kita bimbang tentang kalsium dalam susu, sebenarnya kalsium juga ada banyak dari sumber

Bila Cecah Dua Tahun, Anak Kurang Susu Tak Ada Masalah. Asalkan Makan Makanan Berkhasiat

IKLAN

+ Kekacang – badam/ flax seed/ sesame seed/ chia seed
+ Sayuran – brokoli, bayam, kubis
+ Buah-buahan seperti avocado

Kita juga boleh menyediakan susu ‘homemade’ dari sumber badam atau beras, santan segar, gajus dan banyak lagi. Susu badam dan kurma juga sangat sedap.

Sumber: Geng Mak Masak Sihat

`

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI