Dalam hidup berumah tangga, kita takkan lari dari perselisihan. Tapi tahu tak, ada benda-benda yang kita boleh elak daripada cakap — demi menjaga hati pasangan dan keharmonian rumahtangga? Kadang-kadang bukan sebab benda besar pun, tapi ayat yang terlepas cakap tu, boleh jadi titik mula pergaduhan yang tak sepatutnya pun berlaku.
Ni antara enam perkara yang elok sangat kita jaga daripada terkeluar dari mulut, kalau betul sayangkan pasangan kita:
“Gaji awak pun bukan besar sangat…”
Bab pendapatan ni memang sensitif. Tak kiralah suami atau isteri, masing-masing ada ego dan maruah. Kalau pasangan tengah usaha sehabis baik untuk cukupkan keperluan rumah, ayat macam ni bukan sekadar menyakitkan hati — dia boleh patahkan semangat.
Tip: Hargai usaha pasangan. Bila kita sokong, semangat dia automatik naik!
“Masa dengan ex dulu, dia selalu…”
Jangan sesekali bandingkan pasangan dengan bekas kekasih. Itu bukan sahaja tak sensitif, malah boleh buat pasangan rasa terhina dan tak dihargai.
Tip: Kenangan lama, simpan dalam lipatan. Bila dah berkahwin, kenangan baru yang kita bina bersama tu yang patut diraikan.
Ads
“Macam tu la keluarga awak…”
Aib keluarga pasangan bukan bahan gurauan. Apa pun yang berlaku, itu keluarga dia. Kita pun ada keluarga, dan tak semua sempurna.
Tip: Kalau tak suka sesuatu, bincang elok-elok. Jangan babitkan maruah orang yang pasangan sayang.
“Cuba tengok badan awak sekarang…”
Ayat ni lebih tajam dari pisau. Kadang kita tak perasan, tapi komen tentang fizikal boleh merosakkan keyakinan diri pasangan. Ingat, kita bukan kahwin sebab luaran semata.
Tip: Sokong perubahan sihat, bukan kritik. Jadilah pendorong, bukan penghancur keyakinan.
Ads
“Hari tu pun sama juga, ingat lagi saya!”
Ungkit pergaduhan lama hanya akan buat luka lama berdarah semula. Kalau dah maafkan, jangan buka balik cerita. Kita kahwin bukan nak kumpul dendam.
Tip: Belajar maaf dan betul-betul maaf. Let go, and move on. Kita pun tak sempurna.
“Awak ni, dulu kan pernah buat…”
Pasangan dah cuba berubah, tapi kita masih ungkit kesilapan silam? Itu tak adil. Perubahan perlu masa dan sokongan, bukan ejekan atau sindiran.
Ads
Tip: Bila nampak usaha pasangan nak berubah, peluk dia. Cakap, “Saya bangga dengan awak.”
Percayalah, itu ubat hati paling mujarab.
Rumah Tangga Itu Tentang Bertahan, Bukan Menang
Kadang-kadang, dalam rumahtangga, kita terlalu nak ‘menang’ dalam setiap hujah, sampai lupa untuk menang hati pasangan. Cinta bukan tentang siapa betul siapa salah tetapi tentang saling jaga, saling sabar, dan saling sayang walaupun banyak kelemahan.
Kalau kita tak jaga pasangan kita, siapa lagi nak jaga dia?
Kalau kita asyik lukakan, siapa nak sembuhkan?
Jadi… sebelum mulut ni laju sangat nak ‘sound’, fikir dulu – “Perlu ke?”
Kadang-kadang, diam itu lebih menyelamatkan daripada perkataan yang tak boleh ditarik balik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebahagiaan sesebuah pasangan tidak terletak kepada kemewahan semata-mata. Banyak caranya untuk kita merasa gembira dan bahagia bersama insan tersayang. Kadang-kadang perbuatan sekecil menyuap pasangan pun sudah cukup untuk kita kekal harmoni.
Dalam sesebuah rumah tangga, menerima pasangan dalam kekurangannya itu adalah yang paling besar sekali. Anggaplah ia sebagai satu kelebihan maka kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dan sentiasa menghargai antara satu sama lain.
Sebuah video yang tular di Tiktok, perkongsian dari alongpm berjaya meraih perhatian warganet. Si suami di dalam video adalah insan istimewa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilihat menyuap isterinya. Si isteri pula malu-malu ketika disuap.
Uniknya, Mohd Khairuddin Che Rani menyuapkan makanan ke mulut isterinya dengan menggunakan kaki. Isterinya yang dikenali sebagai Wani kelihatan tersipu-sipu malu ketika Khairuddin menyuapnya makan.
Warganet memuji kebahagiaan pasangan ini serta keikhlasan Wani menerima suaminya. Keadaan fizikal Khairuddin tidak menghalang pasangan ini untuk saling mencintai dan bahagia dengan cara mereka sendiri.
Pasangan ini difahamkan baru sahaja mendirikan perkahwinan pada bulan Jun yang lepas di Pasir Mas, Kelantan. Khairuddin kini bekerja sebagai pelukis sepenuh masa di syarikat Mouth & Foot Painting Artist Sdn Bhd.
Diharapkan pasangan ini terus bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat. Pasangan ini membuktikan dalam keadaan apa sekalipun, seseorang itu boleh bahagia dengan caranya sendiri. Paling penting, jangan pernah lupa untuk mensyukuri setiap nikmat kurniaan Allah SWT.
Semua orang punya cara sendiri untuk menyimpan wang simpanan. Ada yang gemar menyimpan melalui akaun emas namun ada juga yang gemar membuat tabungan atau menyimpan dalam tabung amanah.
Lain pula kisahnya dengan pasangan ini yang memilih menyimpan wang dengan pasangan. Bukan hanya lebih mudah bahkan lebih semangat untuk sama-sama menyimpan.
Bermula dari RM1 hinggalah simpanan setahun sebanyak RM465. Memang banyak! Jom ikuti cara pasangan ini, Hafizul Hakim dan isterinya menyimpan wang.
Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Stress rasanya bila ramai yang asyik bertanya mengenai anak. Bukan tidak mahu tetapi semua itu diluar bidang kuasa kita. Rezeki kan di tangan Allah. Rungutan yang acapkali kita dengar.
Perkataan subur menjadi satu kebimbangan bagi yang sudah berumah tangga. Risau dipersalahkan tidak subur. Lebih-lebih bagi yang sudah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak sebagai penyeri.
Menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika, hampir 15% pasangan akan menghadapi kesukaran untuk dapat anak dan 1/3 daripadanya adalah kerana masalah sperma.
Kurangkan Guna Telefon Bimbit
Ashok Agarwal, Ph.D, Ketua Jabatan Kesihatan Reproduksi di Cleveland Clinic mendedahkan lelaki harus mengubah gaya hidup mereka untuk mendapatkan sperma yang subur, sihat dan kuat. Salah satunya adalah mengurangkan dedahan telefon bimbit. Penggunaan smartphone yang berlebihan didapati mampu membuatkan sperma jadi lebih lambat. Kajian di Cleveland Clinik mendapati, lelaki yang terlalu lama menggunakan telefon bimbit akan menurunkan keaktifan sperma.
Pilih Makanan Sihat
Baik suami atau isteri, makanan kena jaga. Pilihlah buah-buahan dan juga sayuran yang masih lagi segar. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari makan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi makanan tersebut telah berkurangan.
Kawal Berat Badan
Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda dan suami terlebih berat, banyakkan bersenam dan kurangkan makanan karbohidrat. Jika anda tidak cukup berat, ambil supplimen dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.
Elak Kafein
Kafein baik untuk merangsang otak malah merangsang daya seksual namun ianya kurang sesuai untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda berdua dengan amalan minum dua gelas susu sehari. Itu lebih baik!
Elak Aktiviti Berat
Bagi isteri, aktiviti yang terlalu lasak juga akan mengganggu kesuburan. Elakkanlah mengangkat barangan yang terlalu berat kerana ini akan memberi kesan kepada peranakan. Berat melebihi 20kg, sebaiklah elakkanlah diangkat. Banyak kesannya pada sistem peranakan.
Lakukan Pemeriksaan Rahim
Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta permasalahan lain yang boleh mengganggu anda untuk mengandung.
Masalah pada rahim seperti endometriosis, fibroid atau masalah pada ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur. Jadi kena periksa!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.