Pernah tak anda rasa, masa bercinta semuanya indah, manis, dan macam dalam cerita? Suami atau isteri anda nampak sempurna, romantik tahap maksimum, buat hati meleleh-leleh! Tapi bila dah kahwin, baru lah ‘rahsia’ sebenar keluar satu per satu macam air paip yang bocor!
Kahwin: Masa Sebenar Untuk Kenal Pasangan
Sebenarnya, kahwin adalah waktu paling real untuk anda kenal siapa pasangan anda yang sebenar. Masa bercinta, kita ada banyak ‘filter’, banyak nak tunjuk yang terbaik je supaya pasangan suka.
Ads
Bila dah jadi suami isteri, ‘filter’ tu satu-satu jatuh, dan perangai sebenar mula muncul. Ada yang suka makan lewat malam, ada pula yang suka susun barang ikut warna, pelik-pelik tapi itulah dia!
Jangan Risau Kalau Perangai Pasangan Berubah
Jangan risau jika selepas kahwin anda rasa pasangan dah tak macam masa mula-mula bercinta. Itu normal sangat! Bila dah hidup bersama, kita terpaksa terima kelebihan dan kekurangan mereka. Lagipun, itulah tanda kita dah masuk fasa yang lebih jujur dan tulus.
Ads
Kahwin Bukan Sekadar Cinta, Tapi Persahabatan Yang Teruji
Yang paling best, bila dah faham perangai pasangan, anda boleh gelak sama-sama dan hadap semua benda bersama. Kahwin bukan hanya tentang cinta, tapi juga jadi kawan baik yang terima semua perangai pelik-pelik pasangan walaupun kadang-kadang buat kepala pening.
Sabar dan cuba faham pasangan walaupun perangai peliknya buat anda terkebil-kebil. Kadang-kadang, perangai pelik itulah yang buat hidup lebih warna-warni dan tak membosankan. Jangan lupa, komunikasi jujur juga penting supaya hubungan kekal harmoni.
Nikmati Setiap Fasa Dalam Hubungan Anda
Kalau anda tengah bercinta sekarang, enjoy setiap detik indah itu. Tapi bila dah kahwin, ingatlah, inilah waktu paling seronok sebab semua perangai sebenar pasangan keluar dan anda boleh terima dia seadanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak mempunyai karakter tersendiri. Kita boleh perhatikan perbezaan perwatakan mereka. Tak pernah kita menyangka waktu kelahiran anak sebenarnya mempengaruhi keperibadian mereka.
Menurut kajian astrologi menunjukkan waktu anak lahir sebenarnya mempunyai kaitan dengan perwatakan mereka. Jom, lihat sama-sama!
Lahir jam 5-7 pagi:
Anak yang lahir ketika waktu ini mempunyai perwatakan yang lembut, sukakan kebersihan dan menjaga penampilan. Mereka juga sangat peramah dan rendah diri.
Anak yang lahir pada waktu subuh biasanya mempunyai akhlak yang sopan dan sesuai menjadi ahli psikologi kerana mempunyai karakter yang sangat memahami serta suka membantu orang lain dan murah hati.
Lahir jam 7-9 pagi:
Mereka sangat bercita-cita tinggi, nekad tetapi agak kurang sabar. Pun begitu, anak yang lahir waktu ini mempunyai komitmen yang kuat, seorang yang jujur serta harga diri yang tinggi. Mereka akan berusaha dengan keras untuk mendapatkan apa yang diingini.
Lahir jam 9-11 pagi:
Sangat menjaga penampilan dan mempunyai perwatakan yang tenang, ceria dan sangat pandai berkata-kata. Juga seorang yang bijak dan selalu menjaga perasaan orang lain.
Sukakan persaingan dan sangat suka jika dapat mengungguli sesuatu yang diusahakan serta bijak merancang strategi.
Lahir jam 11 pagi:
Anak yang lahir dalam lingkungan waktu ini biasanya berminat dengan sukan dan mempunyai kekuatan fizikal. Suka mengembara dan murah hati.
Selain itu juga, mereka sangat suka mengambil berat tentang orang lain seperti ahli keluarga dan rakan-rakan dan sentiasa berusaha untuk kebahagiaan insan yang disayangi.
Lahir jam 12 tengah hari-1 petang:
Anak yang sangat bertenaga dan aktif. Penuh rasa ingin tahu dan suka bermain. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk mengajar orang lain dan sangat bertanggungjawab. Mereka juga tahu apa yang ingin mereka usahakan dalam hidup.
Lahir jam 2-5 petang:
Sangat bersopan-santun dan lemah lembut. Mereka suka berfikir dan akan melawan sekiranya ada yang cuba menyakiti mereka. Namun di sebalik sikap suka melawan, mereka sebenarnya sangat tenang.
Tidak sukakan kekerasan tetapi sangat tekad untuk mencapai apa yang diingininya.
Lahir jam 5 petang-7 malam:
Bersikap terbuka tetapi agak kurang sabar dan cenderung untuk melawan. Namun, mereka juga sangat bijak dan berani. Bijak merancang dan mampu bertahan dalam situasi yang sukar.
Mudah membiasakan diri dengan keadaan sekeliling dan mempunyai dedikasi yang tinggi terhadap apa jua yang diusahakan serta boleh dipercayai. Suka bergurau tetapi akan tegas dalam hal-hal tertentu.
Lahir jam 8-10 malam:
Suka memantu orang lain dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Seorang yang mementingkan kesempurnaan dan tidak suka melakukan kesalahan.
Lahir jam 10-12 tengah malam:
Mempunyai perwatakan yang periang dan sangat kreatif. Tidak suka mengalah dalam apa jua yang diusahakan.
Lahir jam 12 tengah malam – 4 pagi:
Anak-anak yang lahir pada waktu ini sangat kreatif dan penuh imaginasi. Namun, mereka sedikit sensitif.
Lahir jam 12 tengah malam-2 pagi:
Anak yang lahir waktu ini sangat suka berkawan dan sangat dipercayai orang sekeliling. Suka berkongsi ilmu dan sangat mementingkan keluarga.
Lahir jam 2-4 pagi:
Suka berkomunikasi dan membina hubungan yang baik dengan semua orang. Penuh rasa ingin tahu dan sangat pandai menjaga diri.
Setiap ramalan karakter yang disebutkan adalah berdasarkan hasil kajian astrologi. Tak semestinya dipercayai 100% tetapi boleh dijadikan panduan, mungkin ada yang sama dengan perwatakan anak-anak anda.
“Walaupun mungkin saya tidak punya anak…” – begitulah luahan ikhlas penyanyi dan pelakon popular, Amira Othman, apabila ditanya tentang kesediaannya memikul tanggungjawab sebagai ibu tiri kepada anak perempuan Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Fatima.
Baru sahaja bergelar isteri, Amira kini melangkah ke fasa baharu kehidupan. Bukan sekadar menjadi seorang isteri, tetapi turut menerima amanah besar untuk mendampingi seorang anak kecil yang sudah pun menjadi kesayangan ramai.
Dalam satu perkongsian bersama mStar, Amira mengakui beliau tidak melihat status ibu tiri sebagai satu bebanan, sebaliknya ia adalah lumrah dalam kehidupan berumah tangga. Katanya, apabila memilih pasangan, apa sahaja latar belakang dan tanggungjawab yang datang bersama harus diterima dengan hati yang terbuka.
“Pada saya siapa pun yang saya pilih, tak kira status atau keadaan seseorang itu saya perlu terima. Walaupun mungkin saya tidak punya anak, tapi ada benda-benda lain yang saya harus terima,” jelas Amira penuh yakin.
Amira turut menambah bahawa amanah ini bukanlah mudah, tetapi beliau percaya setiap langkah akan dipermudahkan dengan izin Allah. Baginya, fasa baharu dalam hidup harus ditempuh dengan penuh doa dan kesabaran.
“Apa yang pasti setiap fasa baharu itu harus dilalui dengan baik. Mudah-mudahan dapat jadi isteri yang baik,” katanya lagi.
Kata-kata ini menunjukkan betapa Amira mahu melaksanakan peranan baharunya bukan sekadar sebagai isteri, tetapi juga seorang ibu tiri yang prihatin dan penyayang buat Fatima.
Sekadar info, Amira dan Fattah telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada malam Ahad di Sepang, Selangor. Majlis sederhana tetapi penuh bermakna itu menjadi saksi penyatuan dua hati yang kini melangkah ke alam rumah tangga.
Kisah Amira ini memberi inspirasi kepada ramai wanita yang berada dalam situasi serupa. Peranan ibu tiri sering kali dianggap mencabar, namun dengan keikhlasan, doa dan kesabaran, hubungan yang harmoni pasti dapat terjalin. Kehadiran ibu tiri bukan untuk mengganti, tetapi untuk menambah kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
Dengan niat yang tulus dan doa yang tidak putus, Amira yakin amanah ini adalah sebahagian daripada rezeki yang Allah aturkan dalam kehidupannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betapa pantasnya masa berlalu, diam tak diam, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato’Sri Siti Nurhaliza, Aafiyah kini sudah pun berusia enam tahun.
Melalui Instagramnya, Dato’ Siti memuat naik sekeping gambar Aafiyah yang cukup manis dan ayu.
Kata Dato’ Siti, penantian 11 tahunnya berakhir dengan kelahiran Aafiyah enam tahun yang lalu malah kelahiran yang begitu dinantikan olehnya.
Bahkan kata Siti lagi, Aafiyah jugalah yang mengajarnya erti kesabaran untuk bergelar seorang ibu.
“Alhamdullillah, 6 Tahun yang lalu, lahirlah puteri ibu Siti Aafiyah Khalid.
“Anak yang mengajar ibu tentang kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi ibu. Sebelah tahun menantimu, masya Allah, Tabarakallah,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut membingkiskan ucapan sempena hari lahir Aafiyah. Doa sentiasa mengiringi agar Aafiyah membesar menjadi anak yang sentiasa disayangi malah dapat berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti.
“Doa ibu Aafiyah menjadi anak soleha yang sentiasa dijaga Allah Swt. Anak yang cepat matang, terang hatinya, tegas dalam lembut, caring dan terus lah berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti ye.
“Semoga Aafiyah anak ibu disayangi seluruh makhluk Allah swt di langit dan di bumi, menjaga Adab dan Agamamu. Permata hati ayah ibu, Siti Aafiyah .. aamin ya rabb,” katanya lagi.
Terdahulu, si comel kesayangan ramai, Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas hampir 11 tahun menanti. Siti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Muhammad Afwa.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.