Seperti mana makanan ada tarikh luputnya, barang-barang semakin buruk dan rosak, begitu jugalah dengan kita sebagai manusia. Itulah lumrah kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Seorang suami pasti akan perasan akan perubahan si isteri selepas berkahwin. Lebih ketara lagi sesebuah perubahan itu dapat dilihat ketika isteri sudah melahirkan anak.
Mustahil isteri akan kekal cantik seperti zaman mudanya. Masih cantik, tetapi dengan caranya sendiri mengikut peredaran usia. Kudratnya mungkin juga semakin berkuarangan, emosi juga mungkin semakin mudah terganggu. Perubahan fizikal, itu sudah pasti. Anda sebagai suami, jangan hanya bijak merungut. memberi komen tentang bentuk badannya atau kulit wajah yang semakin hilang serinya.
Katakan seorang suami mengeluh tentang isterinya yang semakin mengendur dan tidak ‘sehebat’ dahulu, pernahkah anda terfikir adakah isteri itu getah tali? Boleh anda tegangkan atau kendurkan sesuka hati?
Ads
Sebagai seorang suami yang bertanggung jawab dan bertoleransi, perubahan fizikal seharusnya tidak menjadi hal besar kepada anda. Seperti mana dia menerima anda, begitulah juga sebaliknya. Anda juga semakin berusia dan mungkin juga tidak ‘segagah’ dahulu.
Sentiasa beringat, melalui fasa menjadi tua itu sesuatu yang pasti. Tenaga yang semakin berkurangan juga normal. Benar, di luar banyak dipertontonkan gadis cantik dan ‘bergetah’, tetapi sedarkah anda bahawa itu sebua ujian untuk menguji keimanan anda sebagai suami?
Sebaik mana pun wanita lain, hukumnya tetap haram. Haram bukan hanya tidak boleh disentuh bahkan dilihat atau dibayangkan juga tidak boleh. Walhal di rumah sudah ada isteri terbaik yang halal, yang menerima anda seadanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim akui anak keempatnya, Nur Amna Quxandra yang mengalami sumbing di bahagian kiri bibir memerlukan lebih perhatian berbanding bayi lain.
Menurut Sheila, bayi yang sumbing akan menyebabkan lidah dan bibirnya menjadi cepat kering.
Atas keprihatinan tersebut, Sheila juga berkongsi tips mudah buat ibu bapa yang memiliki bayi istimewa seperti Nur Amna.
SUSAH TAK JAGA BABY CLEFT?
“Sebenarnya tak susah, cuma perlu perhatian lebih je.
“SEBAB?
“Keadaan bibir yang tak sempurna membuatkan bibir dan lidah baby senang kering.
“Macam Xandra, bila dia tidur mulut dia sentiasa terbuka. Ditambah pula bibir dia yang ‘cleft’ tu. Jadi lubang udara lebih luas dan angin senang masuk.
“Jadi ‘mommy’ kene selalu basahkan dengan air. Macam saya, saya basahkan dengan air suam. Setakat ini Xandra selesa.
“’Parents’ yang ada ‘baby cleft’, jangan rasa susah dan berat. Banyak je benda yang boleh kita mudahkan. Jadi ‘enjoy’ dengan ‘baby’ kita yang ‘special’ ni.
“Bonus tau. Orang lain tak ada. Kita dapat rasa. Kena selalu positif,” tulisnya diakaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sheila juga memohon pengikut IGnya mendoakan kesejahteraan bayi comel itu supaya dapat menjalani pembedahan untuk memperbetulkan keadaan bibir anaknya itu.
Pisahkan tempat tidur anak bukan satu yang mudah lagi-lagi bila anak dah terbiasa tidur sebilik dengan ibu bapa. Mesti awalnya akan ada cabaran kerana anak akan menangis minta ditemankan atau perasaan kebimbangan bermain di fikiran ibu.
Ada ibu bapa bersetuju memisahkan tempat tidur anak seawal usia namun ada pula tak sampai hati membiarkan si manja tidur di bilik berasingan atas sebab usia masih terlalu kecil.
Namun, dalam kita tidak sedar terdapat pelbagai kebaikan apabila anak dipisahkan tidur ketika kecil, malah tidak keterlaluan jika bayi tidur di ruangnya sendiri. Selain mempengaruhi sikap keberanian dalam dirinya, anak dikatakan menjadi lebih bijak dan matang kerana diasuh untuk berdikari sejak kecil. Bukan itu saja, hubungan suami isteri juga lebih mesra dan aurat lebih terjaga.
Perkongsian dari Puan Intan Dzulkefli ini mengenai caranya pisahkan tempat tidur anak yang awalnya sangat mencabar, akhirnya berjaya mendidik keberanian dalam diri dua anak perempuannya itu.
Lagi satu kesan positif yang dia dapat apabila biasakan anak tidur di bilik sendiri hubungan suami isteri jadi semakin erat dan sama-sama tahu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
—————————————————————————————
Sejak kami suami isteri melatih Maira dan Insyirah tidur di bilik sendiri, boleh kata kebanyakan pagi saya menjadi zombi.
Berulang alik dari bilik tidur kami ke bilik anak-anak apabila Insyirah menangis nakkan susu (breastfeeding). Selepas menidurkannya, saya akan kembali ke bilik utama. Kalau terlalu penat, mengantuk dan sudah pening kepala (kerana tidur lewat atau kerap terjaga), saya tertidurlah dengan anak-anak sampai ke pagi.
Sudah hampir setahun juga bila dicongak masanya.
Tertidur dengan anak, rasa jauh dengan suami
Pernah saya malas nak berulang alik, saya tidur terus di bilik anak-anak. Namun kesannya, saya rasa jauhh saja pula dengan suami.
Walaupun hubungan kami baik seperti biasa, tidak bergaduh dan melalui hari seperti kebiasaannya, ‘aura’ tu rasa tak best, tak seintim jika tidur di bilik yang sama.
Sebab apa?
Sebab ‘cuddle time’, ‘pillow talk’, tu tak ada. ‘Intimate feeling’ tu tak ada.
Jangan salah faham, hal-hal yang saya tuliskan ini bukanlah berkisar tentang hubungan secara seksual atau mesti berakhir ke ‘situ’. Namun, sebenarnya lebih kepada ‘physical contact’ yang menghubungkan hati-hati kita, suami dan isteri.
Sebelum tidur amalkan komunikasi positif
Sebelum tidur yang ada sesi ‘cuddle time’, ‘pillow talk’, berbual-bual, bergurau, kemudian bangun pagi dimulakan dengan pelukan, tentu berbeza rasanya dengan tidak berbuat demikian. Betul kan?
Hal yang nampak simple ini mengisi tangki emosi. Kalau hari dimulakan dengan happy, tenang, insyaAllah ia mempengaruhi kualiti seharian juga.
Jadi, inilah dilema kaum isteri yang bergelar mak-mak sebenarnya. Sebab itu ada ramai juga ibu bapa yang akhirnya TEWAS dan ‘redha’ sahaja anak-anak tidur sekali dengan mereka kerana ‘tak kuat’ mahu tidur berasing/bangun berulang kali sewaktu proses mengasing tidur anak-anak.
Betulkan mindset
Begitupun, ibu bapa kena sedar proses mengasingkan tidur anak-anak ini BUKAN SAJA-SAJA melainkan untuk mendidik dan mendisiplinkan anak-anak tentang adab, aurat serta ikhtilat. Inilah yang disarankan agama.
Jadi, bagaimana mahu kekal kuat? Namun dalam masa yang sama tak perlu rasa ‘jauh’ dengan pasangan?
Pertamanya, kedua pasangan suami isteri perlu betulkan mindset.
Breastfeeding/susu formula adalah tanggungjawab ibu bapa. Bersama-sama.
Mengasingkan tempat tidur anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Bersama-sama.
Pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab BERSAMA suami isteri sebagai ibu bapa.
Ini hal yang sangat penting. Mindset perlu betul kerana sekiranya diletakkan semuanya atas bahu suami atau isteri seorang, takut hilang rasa kasih sayang dan hormat dalam sesebuah perhubungan. Atau lebih perit, pasangan rasa seperti diri sendiri terkorban dan makan hati.
Suami sama-sama main peranan
Seperti saya, alhamdulillah dan insyaAllah, suami takkan abaikan ‘goodnight kiss’, baca doa sama-sama dengan anak. Atau lebih tepat, proses ‘pre-sleep’ itu dia pun ada bersama. Terutamanya jika saya ada banyak kerja bisnes yang perlu diuruskan.
Ada masa-masanya dia akan belikan atau masakkan sarapan. Atau paling tidak, sentiasa pastikan ada barang basah dan kering di dapur untuk memudahkan urusan seharian saya untuk masak dan makan. Maklumlah kalau tidur tak cukup ni, mood mudah sangat nak upside down apabila handle rumah tangga di siang hari. Tambah kalau lapar lagi mudah menjadi singa. Ye kan?
Appreciation secara verbal atau non-verbal dari pasangan juga sangat membantu. Secara verbal ni contohnya suami directly ucap terima kasih sebab susukan anak, jaga anak-anak. Yes, memang itu anak-anak si isteri juga, ada apa halnya mahu berkira. Namun, kata-kata penghargaan suami setidaknya menguatkan isteri tadi bahawa ‘I am not alone in this journey’.
Non-verbal support pula ialah apabila dia nampak saya dah zombi sangat. Bercakap kurang, monyok saja, atau mood swing, dia akan terus take over anak-anak. Dia akan bagi saya masa untuk mandi dengan tenang, solat dengan tenang, bertafakur lama sedikit selepas solat. Semua ini sangat-sangat membantu untuk stay-up (dengan tenang) di malam hari.
Berbincang dengan pasangan
Sekiranya pasangan bukan jenis memahami ‘bahasa’ reaksi muka dan tubuh kita yang penat, tak larat, bateri kong, TOLONG BERITAHU, BERTERUS TERANG DAN BERBINCANG dengan pasangan.
Macam mana nak berbincang? Ikutlah ‘cara’ pasangan masing-masing. You know your partner better than anyone else. Never forget to sit together, plan together and work as a team.
Ingat ya..
Fasa anak nak menyusu, anak nak melekap seperti koala, berjaga malam hingga mata ibu bapa pun dah seperti panda, tak mahu berenggang tidur ini bukan selamanya, ia merupakan salah satu fasa dalam perjalanan ‘parenthood’. Untuk mematangkan kita, bahkan ia adalah salah satu jalan untuk mengeratkan hubungan suami isteri jika BETUL caranya.
Maka, jangan lepas tangan biar pasangan seorang diri. Jangan buat tak faham kesusahan pasangan kita. Juga jangan memendam di dalam hati hingga jadi benci pada pasangan.
Talk to each other, berbincang, rancang tindakan selanjutnya bersama.
Okay?
(ni bertanya sambil ingatkan diri sendiri juga ni.)
Banyak kali sudah saya kongsikan, namun suka untuk saya kongsikan sekali lagi. Ingatlah pesan Imam Hassan al-Banna tentang perkahwinan;
“Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’ yang diwarnai oleh beban-beban & kewajiban, yang bukan semata kesenangan dan romantik, melainkan tolong-menolong dalam memikul beban kehidupan dan juga bebanan dakwah.”
Bawa sekali car seat anak naik flight? Siapa ada buat macam ni? Kagum sangat dengan usaha dilakukan oleh ibu ayah ini yang sanggup bersusah payah mengangkut car seat anak ke dalam kapal terbang demi memastikan keselamatan anaknya.
Inisiatif yang dilakukan oleh Puan Sarah Sulaiman dan suaminya wajar dijadikan contoh oleh ibu bapa lain. Bab keselamatan anak memang tiada kompromi. Terpulang pada masing-masing melakukan yang terbaik untuk anak-anak.
TRAVEL DAN BAWA CHILD CAR SEAT DALAM KAPAL TERBANG?
Siapa baru nak cari child restraining system (CRS) untuk anak?
Jangan lupa cari CRS yang Federal Aviation Administration (FAA) approved iaitu CRS yang selamat digunakan dalam kapal terbang selain kereta
1. Check pada manual CRS mengenai label stiker FAA approved.
2. Hubungi airline sebelum buat belian tiket kapal terbang. Ada juga polisi yang tidak membenarkan pemakaian CRS tetapi diganti dengan sistem CARES harness contohnya Firefly airlines. (rujukan CARES safety harness on flights : http://kidsflysafe.com/ )
4. Semak adakah CRS anda boleh digunakan di lokasi yang dituju? Contohnya jika anda mempunyai CRS US standart, anda tidak boleh menggunakannya di Australia kerana tidak mengikut polisi CRS di negara berkenaan.
5. Semak manual pemasangan CRS adakah ia memerlukan lap-shoulder belt? Jika ya, ia tidak boleh digunakan di dalam kapal terbang kerana hanya pemasangan melalui lap belt dan tanpa tether anchors pada kerusi kapal terbang. Most European seats are not airlines approved since they requires lap – shoulder belt installation. American Standard car seat normally will be Aircraft approved tetapi check pada manual sebelum pembelian.
6. Untuk membawa masuk CRS, berdasarkan pengalaman kami, staff di kaunter check in tak membenarkan CRS digunakan di dalam kapal terbang, jadi minta untuk bercakap dengan air crew dan tunjuk label stiker FAA approved pada CRS bagi membolehkan CRS anda digunakan pada seat anak anda boleh request belt extender untuk pasang CRS.
Untuk flight kali ni route kami guna Malaysia Airlines (MAS) flight dari Kota Bharu transit ke KLIA untuk ke Sarawak.
CRS: Graco Extend2Fit
Buckle Up! Bawa CRS sendiri anak duduk dalam flight pun selesa dan lebih selamat. Bila sampai lokasi boleh terus pasang dalam kereta sewa. Tiada alasan untuk travel dan tak guna CRS ye