
Mama dan Papa tahu tak, kira-kira 70% sel imun badan berada di sekitar sistem penghadaman, khususnya usus? Sebab itulah, bila kita bercakap tentang penjagaan kesihatan dan sistem imun anak, kita memang tak boleh ambil mudah tentang kesihatan perut mereka.
Sistem penghadaman bukan sekadar tempat tubuh memproses makanan. Bermula dari mulut, perut sehinggalah ke usus, sistem ini penting untuk membantu tubuh menghadam makanan, menyerap nutrien dan menyokong pertahanan semula jadi badan.

Bayangkan anak yang sedang seronok bermain tiba-tiba merengek kerana perut kembung. Atau si kecil yang biasanya aktif meneroka setiap sudut rumah, tiba-tiba kurang berselera kerana sukar membuang air besar.
Nampak macam masalah kecil, kan? Namun bagi anak yang sedang membesar dan penuh rasa ingin tahu, rasa tidak selesa pada perut boleh mengganggu banyak perkara yang sepatutnya mereka nikmati setiap hari.
Oleh itu, perut yang selesa bukan hanya tentang penghadaman yang baik, tetapi juga memberi ruang kepada anak untuk lebih menikmati zaman kecil mereka.
Bila Perut Selesa, Anak Pun Lebih Gembira!
Mama dan Papa mesti pernah melihat betapa aktifnya anak-anak apabila mereka rasa selesa. Ada sahaja benda yang mereka mahu terokai, soalan yang mahu ditanya dan cerita yang mahu dikongsi. Kadangkala, baru beberapa minit keluar rumah, macam-macam soalan sudah ditanya. Daripada bertanya kenapa awan bergerak sehinggalah mahu tahu bagaimana semut mencari makanan.

Itulah indahnya dunia kanak-kanak. Setiap hari adalah peluang untuk belajar sesuatu yang baharu.
Namun, apabila perut tidak selesa akibat kembung, cirit-birit atau sembelit, rutin harian anak boleh terganggu. Selera makan mungkin berkurangan, tumpuan semasa beraktiviti juga boleh terjejas, malah masa bermain yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi saat yang kurang selesa.
Jadi, bagaimana Mama dan Papa boleh membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman si kecil?
- Pelbagaikan makanan yang kaya dengan serat dan nutrien
Anak yang sedang membesar memerlukan pemakanan seimbang untuk menyokong perkembangan tubuh dan kesihatan sistem penghadamannya. Mama dan Papa boleh memperkenalkan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh yang mengandungi serat untuk membantu pergerakan usus serta melancarkan proses pembuangan air besar.

Tak semestinya perlu menyediakan menu yang rumit. Potongan buah sebagai snek, sayur kegemaran dalam sup atau oat ketika sarapan pun boleh menjadi langkah kecil yang membawa manfaat besar. Paling penting, pastikan anak mendapat air yang mencukupi setiap hari kerana serat dan air yang cukup membantu mengurangkan risiko sembelit.
- Galakkan anak bergerak aktif setiap hari
Siapa sangka aktiviti bermain juga boleh membantu menjaga kesihatan penghadaman? Apabila anak aktif bergerak, ia turut menyokong pergerakan usus yang normal. Jadi, beri mereka peluang untuk bermain di taman, berlari, menari atau buat aktiviti fizikal yang sesuai dengan umur mereka.
Tak perlu pun aktiviti yang terlalu terancang. Kadangkala, bermain kejar-kejar bersama papa atau menari mengikut lagu kegemaran dengan mama pun sudah cukup untuk menggalakkan anak bergerak. Selain menyokong kesihatan fizikal, aktiviti sebegini juga membuka peluang untuk anak meneroka, belajar dan mencipta kenangan manis bersama keluarga.
Jangan Terlepas Pandang Pemilihan Susu Yang Menyokong Kesihatan Penghadaman
Selain pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif, pilihan susu tumbesaran yang sesuai juga boleh menjadi salah satu cara untuk melengkapkan nutrisi harian anak. Terutamanya ketika anak berusia satu hingga lima tahun, apabila mereka sedang aktif membesar, belajar berdikari dan semakin berani meneroka dunia di sekeliling.
Mama dan Papa boleh mempertimbangkan susu tumbesaran yang bukan sahaja membekalkan nutrien untuk pertumbuhan, malah mempunyai ramuan yang membantu menyokong kesihatan penghadaman dan imuniti usus.
Salah satu pilihan ialah New & Improved Friso Gold, yang kini hadir dengan pek baharu dan formula yang dipertingkatkan dengan Milk Lipid Complex (MLC), Prebiotik dan Probiotik.

Apa Yang Istimewa Tentang New & Improved Friso Gold?
Menariknya, pembaharuan Friso Gold bukan hanya pada rupa peknya.
Formulasi baharu ini kini dilengkapi dengan Milk Lipid Complex (MLC), iaitu struktur lemak susu yang datang secara semula jadi daripada susu segar ladang Friso sendiri.
MLC membantu menyokong proses penghadaman dan penyerapan nutrien penting seperti asid lemak dan kalsium. Ia juga mengandungi nutrien yang menyokong fungsi lapisan pelindung usus serta pertahanan imun badan.**
Mudahnya, apabila sistem penghadaman berfungsi dengan baik, tubuh anak dapat menggunakan nutrien daripada makanan dengan lebih baik untuk menyokong pertumbuhan mereka. Bukan itu sahaja, Friso Gold turut mengandungi Prebiotik dan Probiotik yang membantu menyokong keseimbangan bakteria baik dalam usus.

Prebiotik menjadi makanan untuk bakteria baik, manakala probiotik membantu menjaga keseimbangan bakteria baik dalam sistem penghadaman. Kedua-duanya memainkan peranan dalam menyokong kesihatan usus anak.
Gabungan Milk Lipid Complex, Prebiotik dan Probiotik dalam New & Improved Friso Gold membantu menyokong penghadaman dan imuniti usus, dengan manfaat sehingga 6 kali kurang masalah perut dalam masa seminggu!*
Masalah perut ini termasuk kembung, cirit-birit dan sembelit.
6 Kali Kurang Masalah Perut, Lebih Banyak Momen Indah Untuk Si Kecil!
Cuba Mama dan Papa bayangkan, apabila anak kurang mengalami rasa tidak selesa pada perut, lebih banyak masa boleh digunakan untuk buat perkara yang mereka suka.
Lebih banyak cerita lucu yang boleh dikongsikan, lebih banyak soalan yang boleh ditanya dan lebih banyak peluang untuk mereka memberi tumpuan ketika belajar perkara baharu.
Anak juga boleh menikmati waktu makan dengan lebih selesa, bermain dengan lebih ceria dan terus meneroka dunia kecil mereka tanpa kerap terganggu oleh masalah perut.
Lebih menggembirakan, New & Improved Friso Gold turut dilengkapi 50 nutrien penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak, antaranya:
- DHA, AA serta Omega 3 dan 6 untuk menyokong perkembangan mental dan proses pembelajaran.
- Kalsium, protein, vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan otot dan tulang.
- GOS, nukleotida dan Bifido Lactis untuk membantu menyokong kesihatan penghadaman, penyerapan nutrien dan fungsi sistem imun.
Dengan penjagaan pemakanan yang baik, Mama dan Papa bukan sahaja membantu memenuhi keperluan nutrisi anak, tetapi juga memberi sokongan untuk mereka terus membesar, belajar dan meneroka dunia dengan penuh rasa ingin tahu.
Perut Selesa Hari Ini, Lebih Banyak Cerita Indah Esok!
Akhirnya, apa yang Mama dan Papa mahukan bukan sekadar melihat anak membesar dengan sihat, tetapi juga menyaksikan mereka menikmati setiap detik zaman kanak-kanak.
Daripada gelak tawa ketika bermain, keterujaan mencuba makanan baharu sehinggalah keberanian meneroka tempat yang belum pernah dikunjungi, semuanya menjadi sebahagian daripada perjalanan membesar yang cukup bermakna.
Ingat, kira-kira 70% sel imun berkait dengan sistem penghadaman. Sebab itulah kesihatan usus penting dijaga sejak anak masih kecil.
Dengan New & Improved Friso Gold yang mengandungi Milk Lipid Complex, Prebiotik dan Probiotik, Mama dan Papa boleh membantu menyokong penghadaman dan imuniti usus anak, dengan manfaat sehingga 6 kali kurang masalah perut dalam masa seminggu.*
Bila perut anak lebih selesa, ada lebih banyak ruang untuk mereka bermain, belajar, ketawa dan mencipta kenangan indah bersama Mama dan Papa.
Nak cuba New & Improved Friso Gold?
Friso Gold Step 3 sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun, manakala Friso Gold Step 4 sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas.
Dapatkannya di pasar raya besar, pasar raya, 99 Speedmart, Manjaku Baby Centre, rangkaian farmasi terpilih seperti Caring, BIG Pharmacy, Health Lane dan Alpro, serta kedai rasmi Friso Gold di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Jom terokai Facebook Friso Gold Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut!
Rujukan dan penjelasan tuntutan produk
Sehingga 6 kali kurang masalah perut, merujuk kepada kembung, cirit-birit dan sembelit dalam masa seminggu.
Rujukan: Sheng et al., JNME (2020).
Milk Lipid Complex mengandungi nutrien yang membantu menyokong fungsi lapisan pelindung usus dan pertahanan imun badan.
Rujukan: Manios et al., BMC Nutrition (2020); Hageman et al., Dairy J (2019); Ney L-M et al., Open Biology (2023).
Susu tumbesaran merupakan pelengkap kepada pemakanan seimbang dan bukan pengganti makanan utama. Hasil dan kesesuaian produk mungkin berbeza mengikut individu.

sekarang!
