Suami isteri ditakdirkan untuk menjadi pelengkap antara satu sama lain. Sesuatu hubungan yang bahagia tidak perlu dinilai dengan kemewahan material semata-mata tetapi jumlah perhatian yang diberikan kepada pasangan kita.

Sebagai suami contohnya, anda tidak perlu berusaha keras untuk menjaga hati isteri. Lumrahnya wanita, asalkan dirinya dijaga dengan baik dan dihargai, sudah cukup membuatkan mereka bahagia.

Ikutilah cara Rasulullah SAW menghargai isteri-isterinya. Baginda seorang suami yang sangat bertimbang rasa dan romantis. baginda juga tidak memewahkan para isteri dengan harta benda dan hidup bersederhana sahaja, tetapi keperibadian Baginda amat disenangi dan membahagiakan mereka.

Suami yang romantik mampu membuatkan si isteri tersenyum sendiri saat keseorangan apabila mengingati suaminya. Jika suami anda memenuhi ciri-ciri ini, bermakna anda bertuah mempunyai suami romantik yang menyayangi anda sepenuh hatinya:

1. Suka peluk dan cium isteri

Setiap kali sebelum keluar rumah, suami akan peluk isteri dan memberinya ciuman ikhlas. Pelukan dan ciuman ini dapat membina aura positif dalam diri isteri untuk memulakan harinya.

IKLAN
Bila Kahwin, Kita Kongsi Hidup. Susah Senang Biar Bersama. Baru Bahagia!
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
2. Tanya khabar isteri

Sekarang sudah mudah. Kalau tak sempat nak call isteri, boleh kirimkan pesanan Whatsapp sahaja padanya. Tanyakan kedaan dirinya, ketika ini isteri akan rasa sangat bahagia kerana menyedari suaminya mengambil berat tentang dirinya.

Baca Juga:

Nampak Lembut Tapi Kuat! Ibu Cari Rezeki Sara 5 Anak, Bawa Lori Kontena

Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai

IKLAN

Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!

3. Panggil isteri manja-manja

Tak salah nak panggil isteri dengan nama manja. Isteri kan? Selain memanggilnya dengan nama, suami boleh menggunakan panggilan Sayang, My Queen, Ratu Hatiku, Cintaku, Bidadari dan sebagainya. Selagi ia membawa maksud yang baik, isteri dah kembang hidung.

4. Tolong isteri

Buat kerja rumah ni letih, jadi kalau suami dapat bantu senanglah hati si isteri. Sambil buat kerja bersama-sama tu, berbuallah dan ambil masa untuk berlawak dengannya. Semakin semangat isteri nak buat kerja.

Bila Kahwin, Kita Kongsi Hidup. Susah Senang Biar Bersama. Baru Bahagia!
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
5. Suap isteri makan

Makan di rumah atau di luar, sesekali tu suaplah si isteri. Ini tidak, lepaskan diri sendiri je. Anak-anak isteri suap, apa lah sangat jika suami suapkan isteri kan? Kalau nak lebih romantik, jadilah seperti Rasulullah SAW yang makan minum dari pinggan dan gelas isterinya.

IKLAN

Semua perkara ini sangat mudah, ia perkara asas yang kadang-kadang para suami terlepas pandang. Apa lagi jika si isteri jenis yang berdikari, memang suami ta kisah kerana tahu isterinya mampu.

Sebenarnya isteri tidak mengharapkan hadiah mewah atau kejutan istimewa, cukuplah sekadar suami layan mereka dengan baik. Itu sudah cukup menggembirakan mereka.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Bila Kahwin, Kita Kongsi Hidup. Susah Senang Biar Bersama. Baru Bahagia!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI