Bila anak masuk umur 2 tahun ke atas, sikapnya yang ‘behave’ bertukar menjadi pemarah, cepat sedih dan suka mengamuk jika permintaan tidak dituruti. Itu bukan bermakna mereka mempunyai sikap buruk namun sebenarnya mereka sedang mengalami satu proses perubahan yang besar dalam hidup mereka.
KENALI FASA ‘TERRIBLE TWO’ YANG SERING TERJADI PADA KANAK-KANAK 2 TAHUN KEATAS
Anak yang berumur 2 tahun ke atas akan mengalami perubahan yang besar dari segi kemahiran motor, tahap intelektual, kemahiran sosial dan emosi. Perbendaharaan kata mereka semakin bertambah dan berkembang dan timbul keinginan untuk melakukan sendiri sesuatu perkara. Dalam masa yang sama, mereka juga akan belajar untuk mengikut peraturan dan syarat.
Jika anak mengamuk, bukan salah ibu bapa anak berkelakuan begitu. Anak sedang dalam fasa meneroka dunia di sekelilingnya. Ibu bapa usah risau, cuma perlu bertenang dan hadapi keadaan yang sementara ini dengan positif.
Terima perubahan anak, pamerkan sayang dan hormat padanya menjadikan dirinya lebih berkeyakinan. Bagaimana mahu hadapi keadaan ini dengan tenang dan terkawal?
Apa Itu Fasa ‘Teribble Two’
1. Faham dan terima hakikat bahawa semua kanak-kanak mengalaminya. Bukan anak kita sahaja. Ia masalah sedunia! Hampir setiap ibu bapa mengalami situasi ini dan ia bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi. Perkara ini berlaku bukan disebabkan ibu atau bapa. Jadi berhenti menyalahkan diri atas perkara ini, melainkan anak mengalami situasi ini dengan keterlaluan.
2. Sebenarnya anak sedang menguji kita untuk melihat sejauh mana dia boleh bertindak dalam sesuatu perkara. Apa reaksi dan respon kita terhadap setiap kelakuannya.
Ads
Apakah hadnya? Setiap reaksi kita pada perbuatannya adalah penting untuk anak belajar tentang had sesuatu perkara. Sejauh mana dia boleh pergi, setakat mana dia boleh buat.
3. Ya, adakalanya anak memang sengaja membuat provokasi untuk melihat reaksi ibu bapa. Waktu ini ibu bapa amat perlu pamerkan reaksi yang betul dan bersesuaian supaya anak faham tentang had bagi sesuatu perbuatan.
4. Anak sebenarnya tidak tahu perkara yang dilakukannya betul atau tidak, selamat atau bahaya; maka mereka mencari perhatian ibu bapa untuk berikan mereka panduan. Disebabkan itu, ibu bapa perlu beri arahan atau tindakan yang jelas untuk anak faham.
5. Jika anak mengamuk atau buat perangai, usah cepat melatah dan melenting. Ia adalah perkara biasa. Biarkan dia menangis sebentar, pura-pura mengabaikannya.
Lazimnya dua perkara yang menyebabkan anak berkelakuan begitu: terlalu letih atau lapar. Jadi perhatikan apa sebenarnya yang anak mahu. Bantu dia tidur dan berehat, atau berikan makanan dan minuman. Elak memarahi mereka dengan keterlaluan.
Ads
6. Anak sedang belajar berdikari, sedang memahami erti berpisah daripada ibu bapa dan belajar untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Anak dalam fasa ini perlukan ketegasan dan ‘unemotional stand’ daripada ibu bapa untuk anak kenal pasti perkara yang boleh atau tidak boleh dia lakukan. Masalah selalunya berlaku kerana ibu bapa kurang memahami anak (masalah komunikasi). Ibu bapa kurang pasti apa yang anak mahu atau perlukan, menyebabkan anak kecewa kerana permintaan atau kehendaknya tidak dipenuhi.
Memang mencabar pada peringkat ini kerana ia melibatkan kemahiran motor dan bercakap sedangkan anak belum lagi menguasai kemahiran ini. Anak sebenarnya mahu meniru dan membuat apa yang ibu bapa buat tetapi belum mampu. Itu yang mendorong anak cepat marah.
Tip Menangani Fasa ‘Terrible Two’
1. Ibu bapa cuba bertenang semasa anak mengamuk. Anak memang mahu lihat kita marah untuk meraih perhatian, sama ada dengan cara positif atau negatif.
Ads
Semasa anak meragam, abaikan sekejap dan anak akan belajar tentang had bagi sesuatu perbuatan atau perkara. Jangan beri reaksi seperti ketawa atau membuat ‘eye contact’ dengannya, jangan menjawab dan perhatikan sahaja perangainya sehingga dia berhenti.
2. Tawarkan comfort setelah anak diam. Anak yang mengamuk dan meragam ni risau ibu bapa tak sayangkan mereka bila berkelakuan begitu.
Apabila anak dah bertenang, peluk dan beritahu mereka bahawa kita sayangkan mereka. Kemudian, alihkan perhatian anak kepada perkara lain supaya dia tidak terbawa-bawa dengan perasaannya tadi.
3. Jika anak mengamuk di tempat awam, usah panik. Orang di sekeliling memang akan perhati atau lebih buruk, mengata ibu bapa. Tapi abaikan mereka. Cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain contohnya kunci, mainan atau peluk anak. Jangan putus asa!
Kredit
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Seorang ayah adalah hero di mata setiap anak. Bagi setiap anak ayah adalah hero pertama dalam hidup mereka. Walaupun kebanyakan anak akan lebih rapat dengan ibu tetapi tanpa ayah di sisi mereka seperti kehilangan sesuatu.
Bila bersama ayah, hubungan rapat yang terjalin tidak akan sama seperti mana eratnya hubungan ibu dan anak. Pendekatan yang digunakan oleh ayah dalam mendidik anak tidak sama dengan cara ibu yang terkenal dengan kelembutannya.
Ketegasan ayah mampu mendidik anak menjadi orang yang berdisiplin. Tetapi dalam masa yang sama sikap ayah yang penyayang dan rajin melayan anak-anak bermain dengan riang gembira membuatkan si kecil sering tertunggu-tunggu saat itu.
Walaupun kelihatan ayah kurang tahu banyak maklumat tentang si anak namun peranan ayah dalam mempengaruhi karektor seorang anak sangat besar sekali. Makanya janganlah melepaskan semua tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak pada ibu sahaja.
Ayah pun kenalah memainkan peranan melayan anak bukannya asyik melayan handphone sahaja!
Perkongsian oleh seorang Speech Therapist, Puan Ruby Atika dalam facebook beliau wajar dijadikan renungan bersama oleh semua yang bergelar ibu ayah kepada anak-anak di zaman digital ini.
Pengaruh bapa.
Orang lelaki memang macam tu. Dia bukan ingat sangat bab anak-anak ni. Kalau saya tanya,
Bila anak mula berjalan?
Apa mainan yang anak selalu main?
Di rumah, dia selalu makan apa?
Dia boleh minta atau tunjuk apa yang dia nak?
Mesti kena tanya mak-mak juga, baru dapat jawapan yang diyakini. Haha….
Tapi….bapa ni sangat kuat pengaruhnya kepada anak-anak.
Anak tu lebih dengar cakap bapanya.
Dia lebih suka kalau bapa yang teman dia main.
Dia suka ikut bapa pergi jalan (tentulah sebab bapa selalu singgah beli apa-apa yang dia nak)
Bila mengantuk, lapar atau sakit, barulah anak pergi cari maknya.
Rugilah kalau bapa-bapa lebih utamakan handphone/game dari meluang masa dengan anak. Rugi….rugi.
Bila di sekolah, budak-budak bercerita pasal bapak masing-masing. Semua nak kata yang bapak dia paling best.
Anak kecil, dia bukan tau pasal kerja/jawatan bapa dia. Yang dia tau:
– Ayah dia bawa motor
– Daddy dia boleh pancing ikan.
– Pak dia boleh lipat takraw.
– Papa dia boleh makan 5 pinggan.
Maka, sedarlah wahai bapabapa sedunia, anda ialah hero di mata anak anda. Luangkan masa dgn anak.
Sumber: Ruby Atika
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi ketika menyambut Hari Raya. Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun berehat untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam. Jika kurang daripada itu, anak boleh mengamuk dan buat perangai. Confirm ganggu mood hari raya. Jom cuba tip mudah ini.
1.JADUAL
Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Katakan walaupun raya ,tetap kena tidur awal.
2. TIDAK IKUT PERMINTAAN ANAK
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain atau menonton televisyen. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
3. BILIK TIDUR
Memang susah nak suruh tidur lebih-lebih lagi ada saudara mara.Tetapi anda kena tegas. Tumpang bilik sesiap dulu, jika di kampung anak tidur di ruang tamu. Masa ini, anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda dan kurangkan interaksi dengan anak anda.
4.BERI PUJIAN
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Contohnya memberitahu jika tidur awal, esok boleh bangun awal pergi beraya.
5. BACA BUKU
Walaupun raya, jangan lupa rutin harian anda. sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita.
6. TUTUP TELEVISYEN
Masalahnya jika berkumpul masa hari raya ini, tentu ada yang menonton televisyen hingga larut malam. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Adam boleh tak duduk sekejap ke? Penat mama tengok awak lompat sana, lompat sini, memanjat dan berlari tak berhenti-henti.”
Siapa yang ada anak lelaki tentu biasa berhadapan dengan perangai mereka yang tak tahu duduk diam walaupun sekejap. Kadang-kala boleh pening kepala dibuatnya dengan keaktifan mereka.
Tapi orang kata “biasalah budak lelaki memang macam-macam idea mereka.” Mungkin sebab itu mereka tak tahu duduk diam. Tapi kenapa agaknya anak lelaki penuh dengan tenaga dan sukar berasa penat sehingga menyebabkan mereka sukar duduk diam seketika?
1. Rasa ingin tahu yang tinggi
Anak umur 2 hingga 3 tahun mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi, ditambah pula dengan tenaga mereka yang sangat berganda. Sebenarnya tak perlu anda penat-penat kejar anak dan suruh mereka duduk diam. Biarkan sahaja mereka aktif berlari dan melompat asalah ia tidak membahayakan. Ia salah satu cara mereka untuk belajar dan meneroka dunia sekeliling.
2. Suka berlari dan melakukan aktiviti fizikal
Memang sikap semula jadi anak lelaki suka dengan aktiviti fizikal terserlah sejak kecil lagi. Jadi jangan berasa hairan kalau si kecil memang tak boleh duduk diam. Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, memanjat memang jadi kesukaan mereka. Ia lebih banyak dilakukan oleh anak lelaki berbanding anak perempuan.
3. Suka ambil risiko
Anak lelaki gemar meneroka perkara baru di sekeliling mereka. Kadangkala mereka suka mencuba buat sesuatu aktiviti tanpa memikirkan risikonya. Sebenarnya si kecil sendiri tak tahu apa yang mereka lakukan itu bahaya. Apa yang mereka tahu cuma ia menyeronokkan. Bagaimanapun sikap ini sebenarnya boleh menanamkan rasa percaya pada diri sendiri, berkeyakinan, berdikari dan bertanggungjawab dalam diri anak lelaki.
4. Kreatif dan bijak
Mungkin pada pandangan mata seorang anak lelaki, pintu pagar rumah adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dipanjat. Begitu juga dengan sofa atau rak buku yang ada di rumah dianggap sebagai satu tempat bermain yang menyeronokkan. Kreativiti mereka memikirkan sesuatu objek menjadi alat permainan memang mengagumkan. Ia sebenarnya ciri anak yang bijak!
5. Ingin meneroka dunia sebenar
Keinginan untuk tahu semua perkara di sekeliling membuatkan anak lelaki tak betah duduk diam kerana merasakan ia membuang masa. Mereka tak sabar untuk tahu apa jadi pada sesuatu objek atau perkara bila dicuba atau dilakukan.
Kalau anak lelaki anda jenis tak boleh duduk diam, jangan marah mereka. Ia adalah perangai semula jadi si kecil dalam proses membesar. Apa yang penting pastikan mereka sentiasa selamat semasa sibuk meneroka persekitaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.